Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 8 December 2011

GTP nak kata nih.., "Ada kami kisah...???"

Guna Dakwat Kekal Atau Tidak UMNO, BN Tiada Masalah – Ahmad

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah dengan apa jua sistem yang bakal digunakan pihak Suruhanjaya 

Pilihan Raya (SPR) pada pilihanraya umum ke 13 nanti samada dakwat kekal atau sistem 
 biometrik atau mengekalkan sistem sedia ada.

“Ia langsung tidak mendatangkan sebarang kekhuatiran kerana UMNO/BN tidak pernah menyalahguna sistem pilihanraya yang ada.

“Itu sebab pada tahun 2004/05 di Kelantan UMNO/BN cuma kalah satu kerusi dan Pas berjaya memerintah negeri dengan cuma dua undi majoriti di DUN Kemuning, Machang”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berpendapat SPR juga telah melaksanakan pilihanraya dengsn adil hinggakan pembangkang boleh menang di lima negeri pada pilihanraya umum lalu.

“Terpenting kaedah dakwat kekal itu perlu penuhi tiga syarat iaitu dipersetujui oleh Majlis Fatwa, tidak boleh dibuang dengan apa juga jenis peluntur hingga tempoh tertentu dan tidak ada pihak yang cuba seludup masuk untuk tujuan salah guna masa pilihanraya”, ujarnya..

Malah beliau juga menegaskan telah ternyata juga sebelum ini bahawa tiada bukti wujud pengundi hantu dalam mana-mana petisyen mahkamah baik dalam pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil yang dibawa oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan.

Jelas beliau lagi dakwat kekal juga boleh dijadikan asas tambahan bagi membuktikan bahawa pilihanraya umum atau pilihanraya kecil di negara ini adalah telus dan adil.

“UMNO dan BN tidak pernah bergantung kepada manipulasi keputusan pilihanraya umum atau pilihanraya kecil untuk memerintah negara ini sejak dahulu lagi.

“Kemenangan kami adalah bermaruah dan benar. Selama ini kami menyerahkan kemenangan kepada kebijaksanaan pengundi membuat keputusan yang tepat setelah segala yang baik dan perlu sentiasa diberi dan disedia oleh UMNO dan BN untuk transformasi rakyat yang didahulukan demi membela untung nasib rakyat tanpa mengira kaum“, katanya.

Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini memetik Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Katanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.

“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment