Kelmarin,
Saifuddin Nasution bising tentang sejumlah wang yang telah dibelanjakan
oleh NFC untuk Salleh Ismail, suami Sharizat Jalil dan Pengerusi
Eksekutif melakukan ibadah umrah di Makkah. Katanya, duit umrah itu
adalah DANA RAKYAT dan Salleh telah menyalahgunakan dana rakyat untuk
kepentingan dirinya.
Setiausaha
Agung PKR itu barangkali BUKANNYA SEORANG ISLAM yang sangat prihatin
dengan Makkah dan Kaabah. Disebabkan itu, tidaklah dia faham maksud
sebenar ibadah ziarah.
NFC
merupakan pengeluar daging halal dan untuk jangka panjang, ia akan
bertukar menjadi skala besar dengan golden share kerajaan di dalamnya.
Arab Saudi merupakan pasaran halal terbesar memandangkan negara tersebut
menerima kunjungan umat Islam paling ramai sepanjang tahun kerana
Makkah, Madinah, Kaabah dan makam Rasulullah s.a.w.
Sebagai
Pengerusi Eksekutif sebuah syarikat yang mendapat pinjaman bagi
mengeluarkan daging halal untuk umat Islam, pastinya pasaran pertama
yang akan diterokai adalah Arab Saudi. Dan untuk menggalas tugas
tersebut, maka sejumlah peruntukan diperlukan memandangkan zaman
sekarang, orang ke Makkah tidak lagi menunggang unta, berjalan kaki,
berenang atau berlayar di lautan menumpang kapal.
Dan
apabila sudah berada di Arab Saudi, sebagai seorang MANUSIA YANG
BERIMAN dan KASIHKAN NABI-NYA, maka ibadah ziarah dilakukan. Selain
daripada mencari keuntungan duniawi, alang-alang berada di negara yang
menempatkan dua tanah suci, maka jalankanlah ibadah umrah.
Itu
yang dilakukan oleh Salleh Ismail. Malah sesiapa sahaja yang beragama
Islam dan mengaku beriman kepada Muhammad s.a.w. Salleh Ismail membuat
promosi daging halal keluaran syarikatnya di Arab Saudi. Kesempatan
berada di Arab Saudi menghantarnya untuk melakukan sekali ibadah ziarah.
Malangnya,
Saifuddin Nasution terlalu buta untuk melihat hal itu. Kemunafikan yang
membalut hatinya, amat keterlaluan sehinggakan orang yang mengambil
kesempatan untuk melakukan ibadah ziarah pun dikatakan sebagai
menyeleweng DANA RAKYAT.
Saifuddin
Nasution barangkali tidak pernah melihat contoh teladan seperti itu di
sekelilingnya. Ketuanya, Anwar Ibrahim berulang kali ke Jeddah dan
Riyadh, tetapi amat liat singgah ke Makkah.
Bahkan
Anwar yang mengaku telah dua kali menunaikan Haji, langsung tidak
mempunyai sebarang bukti untuk membuktikan kata-katanya, sekadar satu
pengakuan yang seringkali dibuat oleh kaum Taslim, Bahai, Brawel dan
Qadiani.
Salahkah
seorang manusia seperti Salleh Ismail, dalam usaha menjual produk
syarikatnya di Arab Saudi yang dibiayai oleh syarikatnya, mengambil
kesempatan daripada ruang masa yang tersisa untuk melakukan ibadah
umrah?
Setiausaha Agung PKR itu cuba menyamakan Salleh Ismail dengan Anwar Ibrahim!
Satu
kesilapan yang menampakkan betapa MUNAFIKNYA seorang Setiausaha Agung
PKR yang tidak mempunyai sebarang kecintaan BAHKAN BESAR KEMUNGKINAN
TIDAK MEMPUNYAI CITA-CITA untuk melakukan ibadah ziarah sepanjang
hidupnya!!!
Terserlah
kejahatan kemunafikan dan kezindikannya itu sepertimana kaum Yahudi
Zionis yang bukan sahaja merampas tanah kaum Palestin, bahkan mengusir
dan membunuh mereka beramai-ramai. Saifuddin Nasution mendesak kerajaan
agar membekukan aset dan operasi NFC untuk menunjukkan yang dia bercakap
benar.
BAGAIMANA
DENGAN 150 kakitangan NFC yang sedang bertugas sekarang di ladang
fidlot di Gemas, Senawang, mahupun di tempat-tempat lain? Apakah
Saifuddin Nasution mempunyai back-up plan untuk memperjuangkan dan
memastikan kebajikan kaum keluarga 150 orang kakitangan NFC yang bukan
sahaja kehilangan kerja, bahkan kehilangan mata pencarian ekoran
pembekuan dan pemberhentian operasi NFC sebagaimana Kerajaan Negeri
Selangor memberhentikan operasi Program Pertanian Untuk Komersial
selepas 2 tahun beroperasi pada Februari 2010?
Mungkin
ada baiknya, jikalau Saifuddin Nasution mengarahkan ahli-ahli PKR untuk
mengenalpasti kakitangan NFC dan anggota-anggota keluarga mereka.
Kumpulkan kesemua mereka dan bakar atau tanam mereka hidup-hidup kerana
penderitaan itu jauh lebih kecil berbanding membiarkan mereka terseksa
tanpa mata pencarian sebagaimana yang dirancangkan oleh otak syaitan
Saifuddin Nasution!!!!
Sumber : Gerakan Anti PKR
No comments:
Post a Comment