Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 17 November 2011

AMANAT PRESIDEN UMNO KEPADA KEPIMPINAN SAYAP- SAYAP UMNO 20 NOVEMBER INI

KUALA LUMPUR, 16 Nov – UMNO bakal melakar sejarah apabila buat pertama kalinya, Presiden Parti, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan sendiri amanat penting kepada kepimpinan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sebelum menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bakal berlangsung hujung bulan ini. 

Majlis amanat yang bakal berlangsung pada 20 November di Dewan Merdeka, PWTC ini dirasakan amat bertepatan pada waktunya memandangkan persidangan kali ini berkemungkinan merupakan perhimpunan yang terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU). 

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam sidang medianya di Parlimen hari ini berkata," majlis anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO ini adalah bertujuan memberi ruang kepada kepimpinan Pemuda dan Puteri peringkat bahagian, berkumpul dan mendengar aspirasi serta harapan Presiden parti sebelum menjelang PRU akan datang". 

“Pergerakan Pemuda dan Puteri merasakan, amanat ini amat penting sebagai satu persediaan kepada sayap-sayap yang mewakili generasi muda selain sebagai persediaan menghadapi Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung hujung bulan ini.

 “Malah ini juga merupakan saluran yang sesuai untuk Presiden parti menyuntik kata-kata semangat kepada Pemuda dan Puteri sebagai bekalan memperjuangkan hala tuju parti dalam memenuhi tanggungjawab membela nasib rakyat serta tanggungjawab menjamin kesejahteraan negara, bangsa dan agama. 

“Kita juga berharap agar generasi muda akan berasa yakin bahawa Pemuda dan Puteri adalah jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap memartabatkan perjuangan parti malah sekaligus mengiktiraf Pemuda dan Puteri sebagai pemangkin transformasi kerajaan,” ujarnya.

 Majlis Amanat Presiden UMNO ini dijangka juga bakal disertai oleh seluruh peringkat kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi Pemuda dan Puteri UMNO seluruh bahagian dan ianya turut akan disertai oleh Timbalan Presiden Parti, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments:

Post a Comment