Kemaskini jumlah yang dijanjikan setakat ini (setakat 7.20pm): RM 1, 350.00
– Budiman(RM 150), Keris_melayu (RM 100.00), Tengkudin (RM 100),
Adamyan (RM 100), Gullit (RM 150), Salim Zainal (RM 150), kunta kinte
(RM 150) Jalil (RM 150), Jamil (RM 150), Johari (RM 150).
Mykmu.net
ingin mencari 30 orang para sahabat siber yang sanggup menderma RM 100 –
150 bagi membantu membiayai kos pendahuluan bagi pembedahan adik Puteri
Amalin Nabila Binti Tengku Azminizam.
Puteri Nabila mengalami masalah jantung berlubang dan asma. Kos
perbelanjaan pembedahan mencecah RM 25, 000.00. Bagaimanapun keluarga
ini memerlukan kos pendahuluan sebanyak RM 2, 500.00 untuk membolehkan
Puteri diterima masuk untuk menjalani pembedahan.
Sesiapa yang berminat untuk menyumbang sila sms atau berhubung dengan
penyelaras sekretariat bantuan MYKMU, saudara Ab Jalil Backer di talian
0192210430 (Sms nama dan jumlah yang hendak disumbang) atau emel beliau
jalil74@myjaring.net
GT Puteri RM150 - harap seketeriat dapat berikan no akaun. kami akan hubungi melalui email. tq
ReplyDelete