Audit 2010: Bukti DAP Tak Mampu Bela Orang Miskin
Klik besar di sini
Penulis sebenarnya agak terkejut dengan pendedahan Laporan Audit 2010
yang mendedahkan bahawa kerajaan negeri DAP Pulau Pinang tidak membina
waima satu pun projek perumahan kos rendah untuk rakyat sejak mula
mentadbir pada 2010.
Sedangkan dalam masa yang sama ada lebih 152,702 permohonan dinegeri itu untuk mendapat rumah dari kategori tersebut.
Walhal kita biasa dengar tanah diambil dan dirampas (seperti kes
Kampung Buah Pala) untuk projek-projek perumahan dan komersial mewah, '
little that we know' rupanya tidak satu pun tanah yang dirampas itu untuk
tujuan perumahan rakyat yang teramai.
Ini mencetuskan persoalan, dimana peluang untuk rakyat yang kurang
berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri kalau kerajaan negeri pimpinan
DAP gagal membela nasib mereka dengan menyediakan projek perumahan kos
rendah yang mampu dimiliki golongan ini.
Perlu diingat, inilah dia nanti pihak yang akan membentuk kerajaan
persekutuan di Malaysia ini nanti kalau ditakdirkan pakat-pakat ini
menang kelak dalam PRU-13 (minta dijauhkanlah hendaknya).
Tapi kalau ikut gebang, boleh tahanlah. Semua benda pun kelihatannya
berpaksikan kehendak rakyat kebanyakkan (bukan segelintir yang lebih
bernasib baik hidup mewah), tapi dari segi praktikalnya, rumah kos
rendah pun tidak ada.
Penulis dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai, perancangan
itu ada tapi atas sebab yang hanya diketahui Lim Guan Eng, semua
perancangan itu dibatalkan. Mungkin untuk mendapatkan kelebihan
(surplus) di dalam akaun kerajaan negeri seperti mana yang didakwa ramai
pihak.
Tapi, apa gunanya akaun kerajaan negeri berlebih kalau rakyat dibawah
tidak nampak dimana istimewanya lebihan itu kepada mereka? Macam di
Selangorlah, digambarkan yang negeri itu termaju dan terkaya di Malaysia
tapi rupanya nak bayar maintenance Stadium Shah Alam pun tak mampu.
DAP tak usah nak berlakon seperti pejuang rakyat kalau
perkara-perkara asas seperti perumahan untuk rakyat inipun tidak mampu
nak di selesaikan.
Sumber : MyKMU.net
No comments:
Post a Comment