Sebagaimana kita tahu, sejak Wardina
mengubah imejnya dari tidak bertudung kepada imej yang lebih baik dan
mengenakan tudung, identiti baru Wardina itu dipuji serta diakui sebagai
satu tindakan yang sangat baik. Saya sendiri suka dan puji dengan
tindakan Wardina tersebut.
Dijelaskan di sini, pujian dan sokongan
tersebut adalah kerana penghijrahan dan penampilan imejnya yang lebih
Islamik. Meskipun masih lagi mengenakan pakaian yang agak menampakkan
bentuk tubuhnya dan menayangkan bentuk dengan menjadi model produk
kelansingan badan, tindakan Wardina itu boleh dikira sebagai satu
permulaan yang baik untuk menutup aurat. Itu saja.
Namun malangnya, penghijrahan identiti
Wardina itu tidak sekata dengan penghijrahan minda dan sikap Wardina.
Setelah bertudung, dia sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan
kontroversi yang mencetuskan kekeliruan serta dikatakan sering berlagak
lebih bagus dari orang lain, termasuk rakan-rakan artisnya.
Suatu ketika dahulu, Wardina pernah
mengeluarkan kenyataan berbaur politik terhadap Dato’ Seri Shahrizat
Jalil dan seolah-olah mencabar Menteri itu untuk bertanding pada
pilihanraya akan datang. Komen “retweet”nya di laman twitter Shahrizat
menggambarkan dia seolah-olah mahu menceburi bidang politik dengan
bercita-cita untuk duduk ditempat Shahrizat di Parlimen.
Ekoran itu, dia “dibelasah” teruk oleh
beberapa blogger politik semasa yang mempertikaikan tindakan bodohnya
itu. Tidak tahan dengan serangan blogger tersebut, Wardina bertindak
mengadakan sidang media menjelaskan bahawa dia tidak punya kaitan atau
minat dengan dunia politik! Munasabahkah kenyataan Wardina itu jika
dibandingkan dengan kenyataannya pada Shahrizat?
Setelah insiden itu reda, Wardina sekali
lagi menimbulkan kontroversi apabila mengecam sebilangan artis yang
ditanya wartawan mengenai perlaksanaan hukum hudud. Kata Wardina, selain
mengutuk wartawan yang berartis-artis tersebut tidak layak memberikan
komen mengenai perkara itu kerana tidak berilmu.
Saya tertanya-tanya, dengan penghijrahan
Wardina dari sudut pakaian, apakah dia berhak menghukum rakan-rakan
artisnya sebagai tidak berilmu? Apakah semata-mata kerana Wardina kini
bertudung maka dia berhak untuk menafikan rakan-rakan artisnya
memberikan pandangan? Jika benar pun rakan-rakan artisnya itu tidak
berilmu, apakah mereka diharamkan oleh hukum Islam untuk memberikan
pendapat mengenai hudud dari perspektif mereka? Siapa Wardina untuk
menafikan hak mereka bersuara?
Terbaru, Wardina yang sering rasa dia
semua betul itu telah dibidas oleh anak gadis Timbalan Perdana Menteri,
Najwa Muhyiddin. Dalam insiden di twitter itu, Wardina sekali lagi turut
campur soal politik dengan mengandaikan bahawa anak-anak Menteri tidak
ada seorang pun yang belajar di sekolah bantuan penuh kerajaan.
Meskipun Wardina meletakkan tanda soal
dalam andaiannya itu, kenyataan di twitter tersebut jelas cuba
memburuk-burukkan keluarga Menteri-Menteri. Setelah di”terjah” Najwa,
baru dia “terbongek” dan “cover” malu! Pada pandangan saya, jika Najwa
tidak bersuara, sudah tentu Wardina akan tersenyum puas!
Begitulah Wardina Safiyyah. Seorang
wanita cantik bertudung yang menafikan terlibat atau menyebelahi
mana-mana parti politik di negara ini.
Namun, dari gaya bahasa dan sikap yang ditunjukkan, rasanya budak mentah pun tahu dia berpihak kepada parti mana. Pada saya, Wardina tak perlu hipokrit untuk mengaku menyokong mana-mana parti pada ketika ini kerana ramai sudah nampak “belang” sebenar pendiriannya.
Namun, dari gaya bahasa dan sikap yang ditunjukkan, rasanya budak mentah pun tahu dia berpihak kepada parti mana. Pada saya, Wardina tak perlu hipokrit untuk mengaku menyokong mana-mana parti pada ketika ini kerana ramai sudah nampak “belang” sebenar pendiriannya.
Tak payah takut, Wardina. Kalau berpihak
kepada DAP sekali pun, saya akan hormati pendirian Wardina itu, tapi tak
perlulah hipokrit untuk menafikan sesuatu yang kini menjadi “open
secret”. Ramai yang dah tahu…
NOTA GT-Puteri : Minah ni memang rasa dia hebat, dalam mengacara pun nampak panas baran dan Wardina ini mahu orang setuju dengan dia selalu. Sikit sikit nak saman , style Anwar Ibrahim. kalau berani bertendinglah lawan Sharizat di Lembah Pantai PRU kali ini. Jangan cakap saja. tentu Nurul Izzah akan bagi laluan. senang pula banyak kisah kisah lama boleh ditatap oleh pembaca internet.
sumber: Mykmu.net
sumber: Mykmu.net
No comments:
Post a Comment