Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 20 October 2011

Setelah bergelar Parti Ambiga Srenevasan, PAS kini umpama kayu reput


Assalamualaikum wth,

GTP bukanlah apa?? Agak sukar juga untuk kita bercakap perkara yang berorentasikan agama Islam teruatamanya dalam cara untuk kita mengajak semua umat Islam di Malaysia agar kita bersatu padu di atas satu negara yang telah mengecapi nikmat sejak merdeka.

Tanpa pandangan yang prajudis.

Ada kalanya soal agama sering dipandang remeh oleh sebilangan umat yang berada di dalam naungan parti yang berpaksikan agama dan menganggap hati mereka suci dengan gambaran yang bercirikan Islamik.

Adakah di dalam menganut agama Allah ianya di gambarkan dengan berpakaian dan bijak bertutur dan memetik ayat suci Al-Quran?? Tepuk dada tanya selera.

Semoga hati-hati kita dipelihara dan dirahmati oleh Allah Taala dengan niat yang tulus dan suci untuk memelihara dan memartabatkan agama Islam di Malaysia.

"Selamatkan Akidah Umat" - Itulah tema Himpunan Sejuta Umat yang akan di adakan di Stadium Shah Alam hari Sabtu ini.

Namun ada juga pihak dari parti di dalam negara yang menafikan tujuan dan objektif ini. 

Di sini, GTP mengajak kepada pihak yang dijemput itu agar tegas bagi membuktikan anda berpendirian bagi tujuan kebaikan.

Apalah gunanya anda tunduk dengan arahan yang tidak memihak bagi "Selamatkan Akidah Umat" seperti yang berlaku pada peristiwa 3 Ogos 2011 lalu. 

Mari kita sama-sama berganding bahu dan menentang musuh Islam.


Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:


a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan melalui media.
b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.
c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.
d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.


SENARAI PENGANJUR BERSAMA
  1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
  2. Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA (website)
  3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
  4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
  5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS (website)
  6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
  7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
  8. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT (website)
  9. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
  10. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM (website)
  11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN (website)
  12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
  13. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
  14. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
  15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
  16. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
  17. Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
  18. Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD (website)
  19. Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM (website)
  20. Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM (website)
  21. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website) 
  22. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
  23. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN(website)
  24. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS (website)
  25. Gabungan Persatuan Silat
  26. Gerakan-gerakan belia
  27. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
  28. wakil-wakil rakyat beragama Islam
  29. .. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam

SENARAI PENYOKONG HIMPUN
  1. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS (website) (diarah tarik diri oleh PAS Pusat)
  2. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
  3. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
  4. Oh Media Network | Oh! Media (website) (facebook)
  5. 1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad| (facebook)
  6. Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah | (website)
  7. Islam Itu Indah | (website) (facebook)
  8. BeautifulNara | (website) (facebook)
  9. Nasyeed.com | (website) (facebook)
Layari laman web www.himpun.org


*Parti Islam SeMalaysia PAS dalam kenyataan pada 19 Okt 2011 membuat keputusan tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat ini.


p/s : Himpunan tetap diteruskan tanpa PAS. Apa Pok Nik ingat kita tak Isle tanpa PAS?? Pigi dah lu..

No comments:

Post a Comment