Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 11 October 2011

Penasihat kewangan seringgit jual mahal kerana cemburu..


Tu dia, penasihat kewangan seringgit.  Tu pasal dia tolak peruntukan bajet 2012 kepada Ahli Parlimen. Ada saja cara menipu duit rakyat. Gembira sakan nampak???
KUALA LUMPUR : 11 Okt.- Kerajaan semalam menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan bajet 2012, Jumaat lalu, setelah mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu.



Beliau berkata, empat pemimpin pembangkang yang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. (Empat orang ni dah banyak kumpul harta dari kesukaran rakyat.. Propa lebih nih.. kesian pulak Ahli Parlimen yang lain tu turut tidak merasa..)

“Saya gagal buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada Ahli Parlimen sendiri,” katanya di lobi Parlimen, di sini. (Sebenarnya dia cemburu dengan kebijaksanaan PM Dato' Seri Mohd Najib. Dia fikir, Buku Jingga yang terbaik, tapi dia silap.. hahaha..)

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas.

Nazri berkata, cadangan menaikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen adalah tepat pada masanya memandangkan gaji wakil rakyat di negara ini jauh lebih rendah jika dibanding dengan negara jiran lain.
Ahli Parlimen negara ini memperoleh RM6,500 sebulan dan paling rendah berbanding Singapura (RM33,589), Indonesia (RM18,111) dan Thailand (RM11,534).

Katanya, pembatalan kenaikan gaji itu membabitkan kajian berhubung peruntukan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat setiap wakil rakyat.

“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat. (Itu lah dia rupa orang gopoh dan tidak memikirkan kesusahan orang lain. Dia boleh lah, duit minta saja kat George Soros. Kita tengok lah nanti masa pilihanraya umum ke 13, tentu melambak duit ditaburkan Anwar Ibrahim kepada jentera pilihan rayanya. Fikir sendirilah.. duit tu datang dari mana????????)
“Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat serta gaji pemandu,” katanya.
Di PUTRAJAYA, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya peruntukan yang mahu digunakan untuk kenaikan gaji Ahli Parlimen disalurkan terus kepada pusat khidmat wakil rakyat bagi mengurangkan beban mereka melaksanakan tanggungjawab di kawasan masing-masing.
Naib Presiden Majlis Penyokong BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata peruntukan tambahan itu berupaya membantu Ahli Parlimen melaksanakan tugas dengan lebih berkesan khususnya membantu rakyat yang memerlukan bantuan.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud, berkata ramai Ahli Parlimen hanya bergantung kepada elaun untuk melaksanakan tanggungjawab di kawasan masing-masing dan ada yang menggunakan gaji sendiri.
“Pembangkang tak setuju kerana kepentingan politik,” katanya. (Setuju sangat tu..)
Kali terakhir gaji dan elaun Ahli Parlimen dikaji semula ialah pada 2005 yang menyaksikan gaji pokok RM6,508.59 berbanding RM5,916.90 pada 2002.
Selain itu, Ahli Parlimen juga diperuntukkan elaun pemandu RM1,200 sebulan.
Sumber : n9kini.com

No comments:

Post a Comment