Bagi pembangkang semuanya kelentong...dan semuanya temberang.Maka tidak hairan kalau ia terus mendendangkan lagu Bajet 2012 tidak realistik dan mengarut.
Dakwa mereka mana kerajaan nak cari duit untuk menampung segala janji itu.
Ia lupa semua kajian yang dibuat keatas Buku Jingga yang dijadikan modal untuk memancing undi menjelang pilihanraya umum ke 13 menunjukkan ia tidak boleh pakai.
Begitu juga halnya dengan ‘janji poket kosong’ bajet pembangkang yang disebarkan untuk potong bajet kerajaan.
Dalam usaha untuk menangkis dakyah pembangkang pada Bajet 2012 yang dibentangkannya di Dewan Rakyat petang Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa ia tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerangkerajaan.
Beliau menegaskan bajet itu bukan janji kosong sebaliknya sesuatu yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan.
Perdana Menteri berkata kerajaan mengunakan pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain untuk menyiapkan bajet itu.
“Bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd."Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat.Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok,Selangor ,Sabtu.
Sementara itu menjawab soalan mengenainya dalam sidang akhbar di Kundang, beliau berkata adalah satu langkah bunuh diri dari segi politik jika kerajaan membentangkan suatu bajet yang ia tidak dapat laksanakan.
Katanya kerajaan ada duit untuk menampungnya jika tidak ia tidak akan dibentangkan.
Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang menolak cadangan untuk naikan elaun semua Ahli Parlimen,Najib berkata beliau sendiri pelik.
Katanya ini kerana kalangan Ahli Parlimen pembangkang pun mahu kenaikan elaun itu.
No comments:
Post a Comment