Ujarnya, pembangkang mengatakan bahawa Bajet 2012 yang dibentangkan Jumaat lalu tidak realistik sedangkan pada awalnya mereka mendakwa bahawa ia diciplak daripada ‘bajet bayangan’ yang mereka bentangkan sebelum itu.
“Mula-mula mereka kata kita ciplak tapi kemudiannya kata tak realistik maknanya bajet mereka sendirilah yang tak realistik. Bajet 2012 telah dibuat berbulan-bulan dan bukan dilakukan sembarangan kerana ia melalui pelbagai peringkat, dan terbukti kita tak berbelanja lebih dari kemampuan kita sendiri.
“Kita tengok nanti, sekarang mereka kata kita tak realistik tapi pada tahun 2012 apabila ada isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 dapat RM500 maka kita tempelak mereka balik. Bajet ini bajet yang realistik untuk dilaksanakan dan bukannya bajet nak mancing undi sebagaimana kata mereka. Tapi buku jingga tu nak mancing apa pula?” tegasnya.
Beliau membidas pembangkang yang hanya tahu menimbulkan isu dan memanipulasi apa saja tindakan kerajaan dalam ucapan sempena Majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
“Sebelah sana (pembangkang) bercakap pasal demokrasi tapi mereka ada Ketua Umum yang serba boleh melangkaui jawatan Presiden. Mereka pakat-pakat kumpulkan orang dan sokong ramai-ramai, jadi demokrasi apa?
“Sedangkan kita mahu jadi pemimpin dipilih dari peringkat cawangan, dibawa ke bahagian dan kemudian ke perhimpunan dengan melalui proses demokrasi sebenar. Ini ada pula jawatan ketua umum yang jadi penasihat seumur hidup lebih berkuasa daripada Setiausaha Agung, yang juga anaknya sendiri,” tegas beliau.
Terangnya lagi, ada pula satu lagi parti, jawatan Mursyidul Amnya lebih berkuasa daripada jawatan Presiden dengan sekejap nak tukar negara Islam, kemudian jadi negara berkebajikan dan apabila dekat-dekat pilihan raya timbulkan balik isu hudud.
“Dalam tiga pakatan pembangkang (PKR, Pas dan Dap) ada yang sokong hudud, ada yang tentang hudud dan ada pula yang boleh keluarkan kenyataan peribadi sedangkan dalam politik mana boleh ada kenyataan peribadi dibuat, mereka mahu main silap mata politik.”
Ujarnya, pakatan pembangkang mengatakan tentang ‘kabinet bayangan’ tapi sampai sekarang tidak pernah menamakannya.
“Sudah tiga tahun mereka memerintah tapi tak ada langsung gambaran ‘kabinet bayangan’. Mereka bercita-cita nak kuasai Putrajaya, tapi kita tengok sendirilah,” katanya lagi.
Beliau sendiri menekankan sudah bersumpah tiga kali tapi orang itu (Anwar Ibrahim) tak pernah bersumpah.
“Kalau nak jadi pemimpin mesti ada kebolehan dan bersih dari segi moral... Sumber:- MediaUMNO
No comments:
Post a Comment