BELANJAWAN SEJAHTERA BUKAN BERKEBAJIKAN
Melihat isi-isi belanjawan Pakatan, seronok juga. Ia umpama angan-angan orang membeli loteri, kenanya belum tapi dah susun belanjawan, itu nak beli, ini nak beli, itu nak buat dan ini nak buat. Akhirnya, loteri tak kena, yang dapat cuma angan-angan. Apapun, puak Pakatan memang suka berhibur dengan angan-angan.
Tak cukup....boleh korekkk |
Pelik juga belanjawan Pakatan tak dinamakan "Belanjawan Berkebajikan" tetapi dinamakan sebagai "Belanjawan Kesejahteraan Untuk Semua".
Sebenarnya belanjawan Pakatan tu semua hanyalah janji-janji kosong, setakat ingin menggula-gulakan rakyat. Sekiranya benar apa yang dibentangkan mampu dilaksanakan, sebahagian darinya boleh dilaksanakan diperingkat negeri. Mengapa tidak dilaksanakan dahulu ni negeri-negeri yang Pakatan perintah, umpamanya;
- Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
- Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
- Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
- Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan kepada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri dengan kerajaan negeri menambah kekurangan)
- Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
- Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri. Kerajaan negeri boleh menyumbang kepada pendidik yang berkhidmat dinegeri mereka)
- Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri bermula dengan kakitangan awam kerajaan negeri)
- Elaun penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan kanak-kanak. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
Jom kita cabar Pakatan laksanakan dahulu 8 perkara di atas di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Sekiranya berjaya di peringkat negeri, barulah boleh bercita-cita ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Selain dari itu, terlanjur Pakatan dah umumkan Belanjawan Alternatif, elok juga Pakatan umumkan sekali Kabinet Alternatif. Aku teringin sangat nak tengok siapakah yang bakal-bakal dinamakan sebagai PM, TPM, Menteri-menteri dan timbalannya. Manalah tahu, mungkin Nuar yang membentang belanjawan hanya setakat jadi Menteri Kewangan Kedua aje. Ini kerana sejak akhir-akhir ni aku tengok dalam Pakatan, PMnya ialah Karpal Singh!!!
Sumber : Tenggara
Kalau lambat halang mungkin Anuwar akan bersifat sebagai PM. Dia akan memberi kenyataan akhbar sebagai PM bayangan.
ReplyDeleteElok cepat cepat tangkap pakaikan baju orang gila yang banyak tali piggang tu.
Betul gila bayang si Stor Kunyit ni...
Camni lah orang gila talak.
Dulu nak sangat anak orang dia larikan.
Ni nak sangat jadi PM tak dapat dapat. Tu la jadi meroyan salahkan tuhan. Apa tuhan tak suka semua dia buat. Bantahan pada Allah la pulak dia ni..
Bantahan dalam keadaan sedap.
rasanya elok di keluarkan kelantan dari senarai negeri itu kerana selama 20 tahun tiada kebajikan rakyat yang pernah mereka lakukan, peluang pekerjaan juga tiada di kelantan.
ReplyDeleteNegeri yang kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang perlu memulakan dahulu bajet belanjawan ini.
Kedah mungkin terpaksa dikeluarkan juga kerana duit gaji kakitangan awam sendiri dibawar pakai duit peruntukan dari kerajaan pusat.