Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 6 October 2011

Jerat makan tuan.. Mana nak lari???



Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya untuk heret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang berjalan sekarang gagal.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi Khamis membuat keputusan berkata  kedua mereka  tidak relevan dalam kes itu dan bukan saksi utama perbicaraan.
Beliau berkata Anwar gagal menunjukkan sebarang kaitan atau pentingnnya Perdana Menteri dan isteri dijadikan saksi pembelaan.
Katanya beliau membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit, hujah dan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dan mendapati Anwar gagal menunjukkan apa kaitannya dan pentingnya Najib dan Rosmah disapina sebagai saksi.
Dalam permohonan mereka yang difailkan pada 21 Sept lepas, Perdana Menteri dan isteri meminta mahkamah mengetepikan sepina itu dengan alasan mereka bukan saksi yang relevan dan penting untuk membantu Anwar dalam pembelaannya.
Anwar, 64, sedang dibicara berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual 71 saksi termasuk Najib dan Rosmah yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, sebagai saksi pembelaan.
Sumber: AgendaDaily -6/10/2011

No comments:

Post a Comment