Sumber : Nanyang Siangpau m/s A14 - 23 Oktober 2011 (Ahad)
Ke Manakah Arah Tuju Gerakan
Loh Hon Chew/ pengkritik semasa
Pada 5 September 2005 dalam rencana akhbar ruangan ketandusan, artikel Gerakan bertajuk “Ke mana arah panduan Gerakan” menyebut, Gerakan berslogankan sebagai parti untuk pelbagai kaum, itu adalah pegangan yang amat berat bagi mereka, kerana orang-orang Melayu tidak perlukan mereka sebagai mewakili orang-orang Melayu, kerana orang-orang Melayu ada UMNO ataupun Pas, orang Cina ada MCA dan DAP, orang-orang India pula ada MIC, sebab itu slogan mereka mahu menjadi wakil untuk pelbagai kaum, sebenarnya Gerakan tidak dapat mewakili mana-mana kaum, tidak ada satu kaum pun yang anggap Gerakan boleh mewakili mereka.
Hanya Tu Gan Huan (Terjemah Mandarin) Keluar BN
Selepas PRU 2008, saya sekali lagi menulis satu rencana, dalam rencana itu menyebut, selain daripada Gerakan laungkan slogan untuk pelbagai kaum, pemimpin-pemimpin Gerakan tidak langsung faham sikap orang-orang Cina yang boleh menggugat itu, menteri dari UMNO mahu hapuskan sejarah menenteng Jepun, sebaliknya Gerakan bertindak senyapkan diri, di satu perhimpunan pelajar Koh Tsu Koon bersama Hishamudin mangangkat dan menghunus keris. Tentang isu sekolah wasasan dan mata pelajaran menggunakan bahasa Inggeris mereka membelakangi masyarakat Cina, selepas itu baru berpatah balik.
Dalam beberapa artikel saya telah sentuh tentang sikap Koh Tsu Koon yang begitu lemah dan lembut, berkali-kali asyik beri muka kepada UMNO Pulau Pinang, ini menyebabkan perjalanan parti Gerakan semakin pudar, melangkah ke hadapan yang agak susah dan berat, laluan yang dihadapi oleh Gerakan amat getir.
Hari ini mereka laungkan mahukan perubahan, cara apa pula yang mereka mahu ubah, bentuk apa pula yang mereka mahu ubah, sedangkan mereka sendiri tidak boleh nak utarakan apa yang mereka mahu ubah.
Ketua wanita Gerakan Tan Lian Hua juga menuding Koh Tsu Koon lembik, menyebabkan parti berlaku kekeliruan, sepatutnya Koh letak jawatan, dan tidak sepatutnya bertanding pada PRU akan datang.
Walaupun serangan ini amat getir, namun Koh Tsu Koon tetap sebagai pengerusi Gerakan, masih berkuasa tentang kedudukan dan kerjaya Tan Lian Hua dalam politik, dengan itu Tan Lian Hua berpatah balik sejukkan keadaan, bersenyum-senyuman dengan Koh Tsu Koon, membersihkan suasana tegang itu.
Selepas PRU 2008 tamat, Tu Gan Huan dan Tan Lian Hua kemukakan keluar daripada BN, selepas itu Tan Lian Hua diberi jawatan Timbalan Menteri, tutup mulut tidak keluar BN, dia dapat jawatan dalam kabinet, akhirnya hanya Tu Gan Huan (terjemah Mandarin) yang bertindak keluar dari Gerakan.
Sebab itu ramai orang berkata, orang yang bijak melihat keadaan akan kekal dalam politik, orang-orang yang mahu tegakkan fakta biasanya akan kecundang dalam politik, Tan Lian Hua dan Tu Gan Huan adalah satu contoh yang nyata.
Masuk BN Seperti Terjerat Dalam Sangkar
Kelembutan sikap Koh Tsu Koon tidak pula kerana desakan Tan Lian Hua menjadi keras, dan tidak mungkin Koh Tsu Koon boleh jadi keras dan tegas.
Pada masa silam dahulu, Lim Chong Eu kerana tegas pendiriannya sehingga dapat menguasai kerajaan Pulau Pinang, itu kerana orang-orang Cina di Pulau Pinang amat sukai sikap Lim Chong Eu yang tegas semasa memimpin MCA itu, berani menentang Tunku Abdul Rahman, dia berani melawan arus mengumpulkan orang-orang Cina untuk menyokong parti Gerakan.
Sebaliknya pada masa itu Gerakan masuk BN, dengan itu sikap Lim Chong Eu beralih dan berubah menjadi kesederhanaan, tidak lagi jadikan UMNO sebagai musuh yang bertentangan, UMNO Pulau Pinang tidak berani usik kewibawaan Lim Chong Eu, tidak berani meminta yang bukan-bukan dari Lim Chong Eu.
Koh Tsu Koon Kehilangan Kubu Kuat
Masuk ke dalam BN seperti masuk ke dalam sangkar penjara, kerana kerusi negeri dan parlimen dikuasai dan diarah dari BN, tidak boleh bergerak secara bebas, termasuk penghormatan orang-orang Cina pada Lim Chong Eu tidak lagi seperti dahulu, kemajuan parti Gerakan seperti telah dihadkan oleh BN, tidak dapat melangkah keluar dari Pulau Pinang.
Selepas Lim Keng Yait menggantikan Lim Chong Eu, Lim Keng Yait hanya mengekalkan apa yang diturunkan oleh Lim Chong Eu sahaja.
Akhirnya sesiapa sahaja yang termasuk ke dalam sangkar penjara BN tidak dapat peluang untuk bergerak dengan bebas, dikatakan mereka dapat kekalkan apa yang ada di kawasan itu pun sudah cukup memadai. Tetapi dia telah tersilap langkah kerana tersilap memilih penggantinya.
Selepas Koh Tsu Koon ambil alih parti Gerakan, secara terang telah menunjukkan bahawa beliau bukan seorang pemimpin yang bijak untuk menguruskan parti, dan juga bukan orang yang bijak dalam pertahankan kedudukan parti, beliau tidak dapat melangkah keluar ke negeri-negeri lain untuk memperkukuhkan penguasaan parti Gerakan, di Pulau Pinang pula beliau tidak dapat pertahankan jawatan-jawatan kaum Cina dalam kerajaan, apabila beliau terima tekanan dari pihak UMNO, beliau terpaksa ubah organisasi Jabatan Air Pulau Pinang yang mengecewakan orang-orang Cina Pulau Pinang, UMNO Pulau Pinang di hadapan bekas Perdana Menteri Pak Lah memerli Koh Tsu Koon, Koh hanya gunakan kemahirannya yang bersikap berdiam diri, akhirnya pada PRU 2008 keseluruhan kubu Gerakan di Pulau Pinang terbungkas dan tersungkur.
Sekarang ini, pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan di Pulau Pinang sendiri tidak yakin mereka boleh rampas kembali kerajaan Pulau Pinang.
Jika perkara ini berterusan, ini bukan cara dan gaya Gerakan untuk terus bergerak ke hadapan, ini bersabit masalah berapa lama lagi parti Gerakan boleh bertahan.

No comments:
Post a Comment