Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 22 September 2011

Pakatan Pembangkang Tak Layak Berkerajaan – Ramlah Adam


Pakatan pembangkang PKR-Dap-Pas yang berangan-angan mahu membentuk kerajaan menggantikan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang langsung tidak layak untuk menjadi pemimpin dan menerajui sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia.
Ahli Akademik, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam melihat, banyak tindakan yang dilaksanakan oleh pakatan ini menyumbang kepada agenda yang boleh menimblkan kekacauan dan tidak membawa kesejahteraan kepada masayarakat.
“Jika kita lihat langkah pembangkang sejak akhir-akhir ini didapati bahawa fahaman politik mereka menidakkan perkara-perkara atau hal-hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan dengan cuba membangkitkan falsafah yang berbeza atau seakan mahu mewujudkan satu order baru,” katanya.
Jelas beliau, apabila pembangkang menyuarakan berkaitan kesahihan fakta sejarah dan perjuangan UMNO dengan cuba membangkitkan komunis sebagai hero dan kemudiannya agama Islam dijadikan bahan politik dan pertikaian seterusnya ditambah lagi dengan cadangan mahu menukar bendera Jalur Gemilang apabila membentuk kerajaan adalah usaha negatif yang tidak melihat kedaulatan negara ini sendiri.
“Malaysia mempunyai Perlembagaan yang memelihara keharmonian rakyat keseluruhan dan bukan hanya yang beragama Islam atau orang Melayu semata-mata apatah lagi kerajaan BN yang dahulu Perikatan menyusun semula masyarakat berdasarkan kepentingan bersama.
“Tahun 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk memastikan taraf hidup rakyat sama rata kerana ada polarisasi kaum ketinggalan yang kebetulannya adalah orang Melayu tetapi dalam masa yang sama bangsa Cina, India dan kaum-kaum lain tidak dipinggirkan,” katanya.
Beliau yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajaran Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) menegaskan lagi berdasarkan rekod semasa, pakatan pembangkang yang diberi peluang oleh rakyat berkerajaan di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor telah mengecewakan pengundi.
“Sepatutnya, kalau benar mereka mahu menggantikan BN sebagai kerajaan maka mereka perlu melakukan perkara-perkara yang lebih baik daripada apa yang BN laksanakan tetapi kita tengok sendiri bagaimana keadaan Kelantan yang sudah 20 tahun di tangan Pas, adakah keadaannya lebih maju dari negeri-negeri lain di Malaysia?
“Begitu juga dengan Kedah dan Pulau Pinang yang menunjukkan bagaimana wujudnya perkauman yang hebat sementara di Selangor pelbagai isu besar timbul hanya kerana kepincangan dalam urustadbir negeri tersebut. Ini baru empat negeri dan bagaimana pula kalau diberi mandat mentadbit negara?”
Tegasnya lagi, rakyat sewajarnya bersatu apabila isu berkaitan kedaulatan dan Perlembagaan negara dijadikan bahan politik khususnya apabila menyentuh isu-isu sensitif yang terkandung di dalamnya.
“Kita kena faham apa yang terkandung dalam undang-undang negara kita dan hanya kerana dipelopori oleh golongan profesional baru maka mesti bersikap liberal hinggakan negara ini mahu ditukar kepada sebuah kerajaan republik?
“Lihatlah sendiri dalam dunia ini, negara manakah yang benar-benar boleh mengawal multi-races seperti Malaysia serta mengadakan peruntukan undang-undang sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Inilah sumbangan kerajaan kepada rakyat yang dinaungi oleh UMNO. Kita tidak boleh nafikan apa yang telah tersurat sebagaimana UMNO tercatat dalam sejarah perjuangan kemerdekaan.”
Selaras dengan itu, beliau menggesa semua rakyat agar meletakkan kepentingan bangsa dan agama ditampuk utama bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan negara berkekalan. – MediaUMNO

1 comment:

  1. Tu la. Pembangkan Malaysia bukan lah sekadar pembangkan lagi.

    Mereka jelas mempunyai ciri ciri musuh negara yang kita mesti tentang habis habisan.

    ReplyDelete