Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 7 September 2011

Anwar Ibrahim tak senang duduk, Puteri UMNO Srikandi Negara


Puan Shahanim, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia


Video seks belum selesai... Puteri UMNO buat laporan polis terhadap Anwar

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim fikir dia boleh 'tidur lena' lepas geng datuk Trio kena dakwa, nyata silap, pada Selasa, Pergerakan Puteri Umno  membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang itu, yang didakwa membuat laporan palsu berhubung isu video seks pada Mac lalu.
Laporan itu dibuat Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.
Beliau berkata pihaknya memohon polis bertindak terhadap Anwar, yang didakwa telah mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan palsu di IPD Dang Wangi pada 22 Mac.
"Kita memandang serius laporan palsu yang dilakukan di IPD Dang Wangi pada Mac lalu berhubung video seks. Ini kerana seperti yang diketahui umum, Anwar tidak pernah mengemukakan laporan dakwaan fitnah terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengatakan video itu tidak benar," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Shahanim juga berkata Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana membuat laporan polis yang tidak benar.
Sumber : AgendaDaily

No comments:

Post a Comment