9 Julai 2011 (Sabtu), Sejarah Malaysia menyaksikan himpunan Bershit 2.0 yang dikatakan kebangkitan rakyat untuk melihat tugas SPR lebih terlus dan saksama.
Walaupun tangkapan telah dibuat ke atas mereka, tidak pula mendengar PDRM mengasari mereka, malah diberi layanan paling baik dan terlalu istimewa sekali ibarat menghadiri kenduri kendara.
Bayangkan provokasi demi provokasi dibuat oleh peserta himpunan bersih, PDRM tidak langsung menyentuh apa lagi menjentik. Hemburan gas pemedih mata itu sekadar meleraikan perangai degil peserta berhimpun. Tapi tak serik juga tu.
9 Ogos 2011 (Sabtu), sebulan selepas Bershit 2.0, gempar kota London diserang perusuh. Dengarnya ada peserta himpunan Bersih yang menjalani Latihan bagi menghadapi himpunan Bersih 3.0. Latihan alahai.. tu dia, berani mampus!!!!
Suratan atau kebetulan.. Hanya sebulan selepas Himpunan Bershit 2.0, dunia ditayangkan dengan layar keganasan pertempuran Polis London dan Perusuh. Apabila emosi tidak terkawal antara kedua-dua entiti ini maka berlakukan pertempuran hebat dan kerosakan harta benda awam.
Dianggarkan berjuta-juta kerugian melanda London. Pasaran saham mulai menurun dan ekonomi dunia turut terlibat. Siapa yang rugi?
Adakah dapat kita melihat baik dan buruk peristiwa ini wahai Rakyat Malaysia yang berbilang kaum?? Janganlah salahkan nyamuk kelambu dibakar pula.
No comments:
Post a Comment