Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 4 August 2011

Puteri UMNO perlu kekalkan rentak perjuangan, Rosnah

Ahli Pergerakan Puteri UMNO diminta supaya memastikan rentak perjuangan pergerakan itu tidak terkeluar daripada matlamat utamanya untuk menjadi sayap muda terkuat dalam UMNO, kata Ketua Pergerakan itu, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, cabaran yang menunggu kini lebih besar daripada cabaran yang pernah dihadapi 10 tahun lepas.

"Adakalanya kita tersungkur, ada masanya kita pantas berlari, saya percaya semua itu mengajar Puteri menjadi lebih dewasa dan matang berhadapan dengan cabaran semasa,” katanya sempena ulang tahun ke-10 pergerakan itu di sini semalam.

Rosnah juga berkata, tempoh 10 tahun berjuang bersama parti masih terlalu singkat bagi Puteri berpuas hati dengan segala pencapaian untuk parti dan rakyat.

Beliau berkata, setiap anggota juga perlu bangun merapatkan barisan perjuangan mereka dengan memberi sepenuh tenaga dalam menjayakan semua matlamat dan perjuangan parti.

Selain itu, beliau berkata Puteri kini sedang bergerak memperkukuhkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dan bersedia menerima apa sahaja arahan daripada pucuk pimpinan tertinggi pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment