Dalam situasi dan suasana politik dan sosial apa lagi yang menyentuh soal agama Negara Malaysia hari ini terlalu ramai dergawan, herowan, pendekarawan tak terkecuali haiwan yang muncul macam cendawan selepas hujan.
Penduduk Malaysia seramai 28.3 juta orang (statistik terkini) kini, berhadapan dengan transaksi kehidupan yang lintang pukang oleh orang bernama Anwar Ibrahim.
Sedang Kerajaan Malaysia berusaha menangani permasalahan yang melanda, masa itu jugalah banyaknya NGO berpusu-pusu wujud kononnya mahu menyelamatkan Negara sehingga menidakkan kepimpinan kerajaan hari ini. Perkara ini walaupun dilihat membantu, tetapi dari sudut lain ianya akan menganggu proses penjenamaan kerajaan yang sedang dilaksanakan oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu 'Gagasan 1Malaysia'.
Klik ini untuk mendapatkan gambaran sebenar peranan yang hendak dimainkan PERKASA sebagai penyelamat Malaysia juga memberi kata dua kepada kerajaan jika gagal hukum Anwar, Ambiga dan DAP.
p/s : Hmmmmmmmmm.. jangan sampai digelar 'NGO kata dua' sudahlah kata seorang teman. Betul tak betul, waulah hu alam..
Huh!!!! Pandai bercakap jerlah.. Apa selama ni Kerajaan Malaysia tak buat kerja ker?? Jangan menuding jari semberono..
ReplyDeleteSalah siapa kalau dibuat baik pun tak pandai bersyukur??? Campurtangan banayk pihak akan menegruhkan lg suasana pergolakan.. Malaysia ada undang-undang.. kita masih kepada perinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja BErpelembagaaan.. TAk puas hati berunding cara baik jerlah dengan kerajaan.. buat apa ugut-ugut kata kerajaan tak bertindak.. Perkasa ni apa??
Nak tanya.. Ibrahim Ali ni emosi ke perkasa?? heboh sangat dengan Perkasa.. sekali baca ada sentuhan emosi pulak.. Allah selamatkan Malaysia..
ReplyDelete