Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 15 August 2011

Nurul Izzah berlagak macam anak Perdana Menteri!!!


Nurul Izzah hidup dalam khayalan anggap Pakatan Rakyat memerintah negara

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai hidup dalam khayalan kerana menganggap Pakatan Rakyat seperti sebuah kerajaan yang memerintah negara ini.

Ini berikutan kenyataan oleh anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahawa pertemuan Pakatan Rakyat dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer baru-baru ini bakal mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan itu sememangnya amat tidak relevan memandangkan hubungan diplomatik hanya berlaku antara sebuah kerajaan dengan kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan dengan pertubuhan mahupun parti politik.

"Kenyataan Nurul Izzah itu memang tidak kena dan bagi saya ia tidak relevan. Ini juga menunjukkan betapa Nurul Izzah belum matang lagi dalam dunia politik.

"Dia ini seperti hidup dalam khayalan semata-mata kerana anggap sokongan rakyat kepada pembangkang seperti sokongan kepada sebuah kerajaan. Dia anggap Pakatan Rakyat macam sebuah kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah mengenai pertemuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw serta Nurul Izzah sendiri dengan Hoyer pada Selasa lalu.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan yang turut disertai oleh Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber itu adalah membabitkan perhimpunan haram yang didalangi oleh pihak pembangkang pada 9 Julai lalu.

Nurul Izzah dalam blognya, http://www.nurulizzah.com kemudian menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan Jerman.

Zahrain berkata, pembangkang seolah-olah cuba memberi gambaran kepada negara luar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak demokratik dan bahawa ramai rakyat negara ini menyokong perjuangan mereka itu.

"Itu adalah apa yang pembangkang cuba lakukan. Ini semua penipuan mereka. Ini semua juga bermula daripada bapa Nurul Izzah sendiri yang telah memberi gambaran buruk tentang banyak perkara mengenai Malaysia di mata luar," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia


2 comments:

  1. Di main pun tak pandai lagi, apa nak hairan......

    ReplyDelete
  2. main dengan dunia luar pulak.....memang betul2 nk gadaikan Malaysia ke kak?

    ReplyDelete