Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 18 August 2011

Nak ke tau kenapa Nik Aziz benci sangat dengan UMNO/BN???


 
Kerja kami membongkar!!!! 
Hijab puak pembangkang telah tertutup sejak adanya tokoh pemimpin dikalangan mereka yang mempunyai kepentingan pribadi dan menutup pekung di dada akibat kesalahan yang dilakukan mereka sendiri. 


Siapa kata Nik Aziz Nikmat tak ada buat kesilapan yang perlu ditentang?? Oleh kerana taksub dengan imej Ulamak, Personaliti Nik Aziz Nikmat sentiasa dihormati oleh ahli PAS kuno. 

Peliklah kita mendengar taraf ulamak yang bertindak menggunakan emosi tidak menggunakan akal. Tambahan 'ular dalam semak' seperti Nik Aziz Nikmat menggunakan otak lutut bukan yang dikurniakan oleh Allah terhadap otaknya yang maksum satu ketika dahulu. Maksum ke dia?? Tidak pula ku tahu.

Ramai yang tidak tahu, kami pun tak tahu.. tapi, nih kami baru tahu.. Jom bongkar????

Berikut diperolehi dari laman FACEBOOK (Group Melayu Mudah Lupa). Dengarnya dikeluarkan oleh pengikut PAS dan telah di copy paste oleh Facebookers bagi mencari kebenaran melalui persepsi. Dalam PAS sendiri pun ada duri dalam daging??? Maka tak hairanlah PAS sedang menuju kehancuran.) 


Mulakan membaca ini,
Antara Punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Klik di sini kenapa PAS disingkir dari Barisan Nasional. 


Berikut di bawah tidak pernah diceritakan oleh PAS,


1. Ada di antara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO/BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO/BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan PAS (ketika itu.) Malah, keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri. 


2. Pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu), Tan Sri Datuk Hj Mohd ASri bin Hj Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. 


3. Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO. 


4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan  dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putaar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan perpaduan PAS-UMNO. 


5. Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato' Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai Menteri Besar Kelantan oleh Pucuk Pimpinan PAS Kelantan itu sendiri. 


6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditentang keluar oleh Pucuk Pimpinan PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang DiPertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya dengan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang DiPertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982. 


7. Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 ini yang membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1878. Apapun kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. 


8. Tumbangnya Dato' Muhammad NAsir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkan berlakulah rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.


9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn di dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, beliau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang.


10. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. 


11. Rang Undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama-sama Menteri PAS yan ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri. 


12. Setelah Kelantan di bawah darurat, Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN. 


13. Hasil dari desakan itum Hasi Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agong PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh DAtuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong  rang undang-undang Darurat. 


14. Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap pemberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan. 


15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO. 


16. Rentetan ddari itu juga menyebabkan Krisi dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti seperti Berjasa dan Hamim. 


17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO telah menyaksikan ssatu PRK Kelantan diadakan pada MAc 1878. 


18. Pada PRK Mac 1878, rakyat menjaddi gempar setelah pekong yang selama ini di simpan oleh beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz ketika itu terbongkar apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba mengadaikan 


Sumber : Group Melayu Mudah Lupa  (Facebookers)


p/s : Gempar!!!! Nik Aziz Nikmat sendiri mahu menutup pekung kesalahannya sejak tahun 1970an. Dialah yang memulakan dan menyalahkan UMNO-BN dalam usaha melaksanakan kemajuan. Penganut PAS sendiri semakin terkeliru di mana fakta, auta dan nampak gayanya temberang saja yang lebih bagi menagih undi rakyat dari dulu hingga kini. Buktinya tidak banyak masjid baru didirikan selain dari tokong Buddha tertinggi di Asia Tenggara.


PAS perlu ditolak kerana dah semakin munafik kepada rakyat Malaysia tambahan lagi kini sanggup bekerjasama dengan DAP yang membenci Melayu.




1 comment:

  1. Nik Aziz lebih kejam dari Tun M..

    Tak sedar deq untung si nyayuk nih.. ishhhhhhkkkk..

    ReplyDelete