Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 15 August 2011

ISU GEREJA DUMC : PAS kempunan bertemu JAIS!!!

Daulat Tuanku!!!
Daulat Tuanku!!!
Daulat Tuangku!!!

Patik menjunjung perintah Duli Tuanku..


Hasrat mahu bertemu JAIS terpaksa dilupakan PAS hari ini apabila Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menitahkan larangan pertemuan berkaitan isu pemeriksaan gereja DUMC, Petaling Jaya.

Baginda bertitah JAIS agar tidak bertemu dengan mana-mana pihak lebih-lebih lagi parti politik kerana mereka bukan hendak meredakan keadaan malah ianya  akan menjadi bertambah keruh dan dikhuatiri maklumat siasatan ke atas 12 individu itu terlepas.

PAS yang diketuai oleh Mat Sabu (Mat Sebu) sepatutnya bertemu dengan pihak JAIS petang ini bagi mendengar taklimat mengenai pemeriksaan terhadap kes murtad yang menjadi kecaman oleh beberapa pemimpin PAS.

Dan atas titah Duli Tuanku Sultan Selangor, JAIS tidak akan bertemu dengan mana-mana parti politik walau apa alasan sekali pun.


Petikan di bawah merupakan ulasan Mat Sabu ketika Sidang media selepas mesyuarat hampir dua jam berkaitan isu Gereja DUMC di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. 
“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami meletakkan dasar PAS adalah Islam...rujukan utama al-Quran dan Sunnah.
“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan akidah Islam,” kata Mohamad.
Katanya, PAS tetap dengan keputusan sedia berjumpa pihak gereja dan JAIS bagi mendapatkan gambaran isu kontroversi  di Selangor itu.
Menurut Mohamad, PAS mengambil pendirian jika JAIS ada bukti, jabatan itui hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam.
Petikan di atas selepas dua minggu baru nak mengaku Pas merupakan parti Islam. Satu komentar yang dah ke'laut' la wahai Mat Sabu.. "Kata nak saman PDRM.. bila lagi??" 
p/s : Moral of the story, janganlah kita jadi kambing hitam mahu pun menjadi kuda tunggangan pihak  lain yang mempunyai agenda tersorok. PAS perlu kembali kepangkal jalan dan mengamalkan 'amal makruh nahi mungkar' dalam isu agama. Janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

No comments:

Post a Comment