Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Islam adalah agama rasmi Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempertikaikan kedudukan tersebut.
Jelas Tuan Ibrahim, walaupun dalam Perlembagaan Persekutuan hanya menyebut agama Islam adalah agama Persekutuan, namun ia memberikan maksud Islam adalah rasmi negara.
“Persekutuan adalah bermaksud negeri-negeri yang bergabung membentuk persekutuan yang mana Islam adalah agama rasmi negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
“Agama rasmi Persekutuan adalah agama rasmi bagi negeri-negeri ini, jadi bila kata Islam agama Persekutuan maknanya Islam adalah agama bagi negeri-negeri itu dan ia adalah agama rasmi negara.
- sumber : the malaysian insider
Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bakal melakar sejarah menjadikan Selangor negeri pertama 'asimilasi' beragama seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand yang mana walaupun bernama Siam, tetapi penduduknya ada yang mengamalkan ajaran Buddha dan beragama Islam.
Manakala di Indonesia, walaupun asal keturunannya berasal dari negara China tidak lagi menggunakan nama keturunan seperti Tan, Lee atau Ng. Malah terpaksa menukar kepada nama yang menampakkan ciri Indonesia seperti Bambang, Rano Karno atau Suwardi tetapi bebas beragama dan bebas berkahwin dengan pasangan yang menganut agama Kristian. Makanya, di manakah letaknya identiti umat beragama Islam sebagai Khalifah Allah di dunia ini.
Ketakutan dan kerapuhan Khalid Ibrahim terhadap DAP dalam mengatasi isu program yang dihadiri oleh 12 orang umat Islam di gereja yang sewajarnya menghadiri Sembahyang Tarawikh di surau-surau dan masjid-masjid sangat memalukan umat Islam Malaysia.
Wajarkah dia menunggu laporan daripada JAIS mengenai perkara di atas untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor? Hmmmmmm..
Hasan Ali melaporkan pemeriksaan itu wajar kerana JAIS mempunyai bukti kukuh percubaan gereja tersebut dalam usaha memurtadkan umat Islam Negeri Selangor yang bertopengkan program masyarakat.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Khalid Samad akan memanggil Hasan Ali bagi memberi penjelasan berkaitan hak JAIS menyerbu gereja tersebut tanpa waran.
"Masuk tanpa apa-apa kebenaran atau waran adalah satu tindakan yang perlu dielakkan lebih-lebih lagi rumah ibadat. Isu ini sensitif dan mungkin berlaku salah faham antara kaum dan agama." Ujar Khalid Samad di dalam sidang akhbar ringkas mengenai isu tersebut di pejabatnya.
Kenyataan daripada Bar Council di atas adalah mempertahankan kenyataan Khalid Ibrahim di atas serbuan JAIS terhadap gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.
Bukankah majoriti kesatuan Bar Council itu terdiri daripada mereka yang bukan beragama Islam dan menyokong pula aktiviti murtad? Tidak kah kita menyedari hakikat itu?
p/s : Tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkan lah dan renung-renungkan lah wahai umat Islam.
No comments:
Post a Comment