Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 18 July 2011

Nak tutup tempat hiburan masa Ramadan pun takut dengan DAP macam mana nak buat HUDUD ?????

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP dan nampak sangat  PAS kini begitu mudah untuk DAP jinakkan, PAS boleh pula berkompromasi hukum hukum tuhan dengan DAP dan nampaknya  DAP lebih bijak dari DAP dalam memimpin secara Islam.

PAS yang sering mendesak akan sesuatu implimentasi mengenai hukum dan larangan Islam sewaktu zaman  kerajaan BN dahulu kini lebih memikirkan  akan keadaan negara majmuk sedangkan dahulu mereka langsung tidak memikirkan tentang negeri  ini yang di damai oleh rakyat yang berbilang bangsa.

Amat memalukan apabila menteri besar PAS , mahu  membuat perubahan dan mahu memerintah ala ala kerajaan islam PAS tetapi  terpaksa menarik balik arahan nya kerana di tentang oleh DAP. Ini semua adalah sebab mahu menjaga  hati pengundi Cina dan kini  pengundi Cina tidak takut  lagi dengan PAS kerana mereka tahu PAS adalah parti kuda kayu yang ditunggang oleh DAP.

Namun Haji Hadi tetap mahu menyembunyikan kelemahan nya dengan mengatakan bahawa “Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh di selesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini."

Haji Hadi mungkin lupa tentang isu arak dan judi yang  mana ianya  adalah hak orang bukan Islam di Malaysia tetapi ditentang oleh PAS. Mereka juga lupa  bila mereka menentang hub  hub kawasan hiburan untuk bukan Islam yang ditentang oleh PAS.

Haji Hadi enggan mahu mengakui bahawa Karpal sememangnya  menentang apa juga hukum hukum yang berkait dengan Islam yang mahu di laksanakan oleh PAS. Kalau mahu tutup tempat hiburan pada bulan puasa pun tak boleh, macam mana nak laksanakan Hudud.

2 comments:

  1. Guano PAS?Tak dok doh negara islam,hukum hudud dan islam sdiri pun PAS akan lelong sikit lagi kpd DAP.

    ReplyDelete
  2. Di Indonesia semua tempat hiburan ditutup bagi semua agama dan bangsa, sebagai menghormati Ramadhan..rakyat nya akur.

    ReplyDelete