Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 11 July 2011

ANWAR DAN AMBIGA ADALAH SEBENARNYA PUNCA KEMATIAN BAHARUDDIN ?

Anwar Ibrahim sengaja mahu mencetuskan fonemena kebangkitan rakyat dengan menyebar di Twitter nya jumlah yang terkorban seorang dan gambaran seolah olah yang terkorban adalah kerana tindakan pihak polis.Anwar berharap dengan cetusan berita ini dan juga simpati rakyat terhadap dirinya dikasari pihak Polis sehingga terpaksa menggunakan pergelangan leher kembali dapat simpati dan juga mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan akan berlakulah kesenimbungan rusuhan BERSIH yang telah dicetuskan oleh Anwar dan juga Ambiga.

Arwah Baharuddin dijadikan pencetus sebagai pembakar jiwa rakyat lihat ini  dan pengebumian arwah juga diharapkan oleh Anwar sebagai permulaan demonstrasi rakyat apabila ramai pemimpin pembangkang yang turun. lihat ini juga . Mereka juga cuba membakar jiwa rakyat melalui laman laman web  mereka dengan fitnah fitnah agar rakyat bangun menentang  kerjaan lihat ini. Malangnya semua ini tidak menjadi kerana rakyat tahu kematian arwah Baharuddin bukanlah salah pihak polis. Polis hanya mahu mengawal banyak kematian lagi dan polis hanya menjalankan tugas dan amanah untuk mengawal keselamatan negara dan rakyat Malaysia yang cuba dimusnahkan oleh Anwar Iibrahim dan Ambiga.

Siapa yang bunuh Bahruddin? Jika Anwar dan Ambiga tidak menghasut rakyat turun berdemonstrasi beramai ramai tentu Arwah masih berjalan dan bernafas hari ini. Sudah tentu Arwah menjalankan kehidupan harian dengan sihat bersama keluarga. Arwah sebenarnya adalah di antara ribuan benteng Manusia yang diperalatkan oleh Anwar dan Ambiga. Mujur anak anak dan wanita yang diperalatkan oleh Anwar sebagai tidak menjadi mangsa seperti yang berlaku kepada Arwah Baharuddin.

Anwar Ibrahim dan Ambiga lah pembunuh sebenar Arwah Baharuddin. Anwar dan Ambiga lah yang perlu bertanggung jawab atas kematian  Arwah Baharuddin. mengapa Anwar mahu menunding jari kepada pihak polis dan kerajaan .Jika bukan  BERSIH yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan Ambiga atas agenda Luar yang mahu melihat Kerajaan kita tumbang seperti di Mesir dan yang mahu memenuhi nafsu buas Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri , BERSIH ala rusuhan haram politik ini tuidak akan tercetus dan Arwah Baharudin masih hidup menghidu udara nyaman di dunia ini. Anwar Ambiga kamu lah pembunuh Arwah Baharuddin.

1 comment:

  1. Wahai Insan. Jikalau anda tidak berada semasa perhimpunan tersebut...maka anda tidak layak untuk berkata apa-apa. Kebenaran hanya terbukti pada mereka yg hadir. Kalau setakat tgk TV3 and bace Utusan tuh...anda sudah pasti ditipu dan tertipu!. Sudahlah! Takut lah pada Allah! Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui segala Rahsia langit dan bumi.

    Perhimpunan ini adalah perhimpunan yg aman pada mulanya. Tetapi ia menjadi kucar-kacir apabila pihak polis yg mula menyerang. Kalau anda masih tidak percaya, kami mempunyai banyak bukti semasa kejadian. Janganlah sehingga hati menjadi gelap...nanti susah nak digilap.

    Biar buta mata, jangan buta hati. Wallahu taala a'lam. Fee Aman Allah :)

    ReplyDelete