Berubah ataupun rebah. Ayat yang kejam tetapi perlu dijadikan panduan untuk menghadapi situasi politik Malaysia yang sejak akhir- akhir ini sentiasa pasang tidak memperlihatkan tanda-tanda surutnya kecuali pilihanraya umum diumumkan. Itupun hanya seketika sahaja. Tenang kerana kekejutannja mendengar pengumuman siapa calon dalam kawasan. Kemudian Arus mulai deras Dan sudah pasti gelombang ala-ala Tsunami Akan menggegarkan seluruh dunia.
Kepimpinan puteri Dan ahli- ahli puteri perlu berganding bahu untuk mendekati golongan sasaran. Bukan sahaja menarik mereka menyertai puteri UMNO malahan menyedari pentingnya kehadiran mereka dalam sayap UMNO. Peka dengan apa yang disukai golongan sasaran. Itulah intimate utama yang memainkan peranan dalam melaksanakan misi tersebut. Zaman syok sendiri sudah berlalu. Perlu peka, memahami Dan menyedari apa yang dikehendaki. Bukan mahukan mereka mengikut rentak yang sudah berlagu dalam pergerakan tersebut. Kepimpinan puteri sudah berada 3 generasi. Pendekatan dare generasi ke generasi berbeza Dan ia Akan terus berubah mengikuti perkembangan semassa.
Untuk generasi sekarang, persiapan menerima generasi baru kepimpinan puteri, mereka yang diamanahkan perlu sedar bahawa kemahiran menggunakan Internet sangat perlu, bukan itu sahaja, penguasaan berinteraksi dalam berkomunikasi juga sangat penting. Menguasai psikologi juga sangat perlu. Mengetahuinya perkara-perkara yang berkaitan xengan golongan sasar juga sangat perlu. Hal ini bukan sahaja diletakkan ke bahu kepimpinan puteri sahaja, tetapi semua ahli puteri.
No comments:
Post a Comment