Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 27 April 2011

Selagi jam tangan Omega tidak menjadi bukti selagi itu lah Wan Azizah dikecam

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.

“Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini unutk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.

“Saya nak jelaskan sedikit bahawa ini fitnah jahat ...

Itu kata Anwar, kenapa Anwar tidak tahu ke bahawa apa yang disebut tadi menandakan ada kes. Harap Anwar bersabar dan menunggu keputusan nya nanti sama ada Anwar akan di dakwa atau tidak.Kalau di dakwa Anwar terpaksa lah buktikan bahawa dia tidak meliwat. Itu saja . Kenapa Anwar takut sangat untuk menghadapi  perbicaraan ini.

Anwar ingat  mudah sangat  undang undang boleh di permudahkan hanya dengan mengatakan bahawa ini adalah konspirasi UMNO. Bukan kah ini kes Anwar dengan Saiful kerana yang dilakukan adalah Saiful dan yang dituduh melakukan adalah Anwar. Apakah bukti Anwar semudah mudahnya menuduh Najib dan Rosmah ? Boleh kah Anwar buktikan.

Anwar kali ini sering hilang pertimbangan , mungkin  banyak yang membuat Anwar runsing kerana rakyat sudah mula tidak mempercayai isteri dan anak nya. Semua ini  patutnya Anwar yang perlu dipersalahkan kerana kerana Anwar lah anak dan isterinya di cerca oleh rakyat. Selagi jam Omega tidak dikesan selagi itulah Azizah akan dikecam.

Anwar, jika kamu di pihak yang benar kenapa mahu menangguh kes.Selesaikan dengan segera supaya boleh pula memberikan  tumpukan kepada sesuatu kerja yang berfaedah dan membersihkan nama. Selagi ini tidak berlaku selagi itu nama Anwar dan keluarga akan tercemar.

Anwar patut bersumpa , tidak perlu untuk mahkamah tetapi untuk keluarga dan penyokong bagi membersihkan nama beliau.

2 comments:

  1. rakyat ta blh salah anuar, sebenarnya anuar dah lama terima bala laknat dari ALLAH SWT sb dulu TUN MAHATHIR dan KELUARGA NUAR da sembayang hajat. 'AMIN'

    ReplyDelete
  2. kita suruh siasat adakah anuar liwat amoi sb ta logik harga booking 2 ribu ..

    ReplyDelete