Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 4 April 2011

PAS telah menyimpangkan penyokongnya ke jalan yang sesat.

Kerana terlalu taksub dengan perjuangan, jumud  PAS pernah memulaukan imam UMNO dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya tidak berimamkan mereka. Jika benar ,mengapa di Mekah tidak pula dipertikaikan akan parti imam di berkenaan. Islam tidak ada parti .

Di mana sebenarnya terletaknya pengetahuan agama mereka apabila  mengatakan tidak akan sah sembahyang jika berimamkan imam UMNO. ?Sedangkan mengikut pembelajaran yang kita ikuti ciri-ciri seorang imam ialah Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir, berakal, baligh, dan lelaki sejati. Tidak pula dikatakan bahawa parti menjadi salah satu faktor menjadi imam.

Begitu juga perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO dikatakan tidak sah. Sedangkan syarat sah sesuatu perkahwinan bukanlah bergantung kepada parti politik sebaliknya bergantung kepada 5 perkara iaitu suami, isteri, wali, saksi dan ijab qabul.

Begitu juga  dengan isu sembelihan yang dikatakan jika penyokong parti UMNO melakukan penyembelihan, maka tidak boleh dimakan daging sembelihan itu. Di manakan terletaknya rasional penyokong parti PAS yang sanggup mengeluarkan hujah ini sedangkan di Tanah Arab tidak pula mengatakan demikian. Semua isu di atas bertentangan dengan prinsip agama yang sebenar.

Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO,"

Inilah yang di nyatakan oleh seorang  bekas ahli Pas saudara Aziz Jusoh. Aziz membuat pendedahan tersebut pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Gong Tinggi dekat sini beberapa malam  yang lalu. Turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Oleh kerana PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya tetapi telah menyimpangkan penyokongnya sendiri daripada ajaran Islam sebenar. Dan kini Aziz mendakwa "Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutama penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu," akuinya.

Adakah benar parti PAS menjanjikan syurga kepada penyokongnya atau sedang dan sekadar menyimpangkan mereka?

oleh: Umi  GT Puteri.

2 comments:

  1. pas perlu memikirkan kembali penglibatan mrk dgn PR. jika PAS tidka mahu pafrti ini pupus

    ReplyDelete
  2. Salam Umi , mantap .... PAS ini mmgnya sudha sesat. kita perku selamatkan mereka terutama serikandiPKR.

    ReplyDelete