Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 29 April 2011

ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH !!!!!

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh."Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

Apa juga pandangan mereka , boleh atau tidak bersumpah itu terpulanglah kepada  rakyat mempertimbangkan, kita mendesak Anwar bersumpah bukan kerana mahkamah , kita mendesak Anwar bersumpah kerana mahu membersihkan nama dia dan juga nama keluarga dia, jika dia tidak mahu bersumpah. terpulanglah kepadanya dan jika masyarakat beranggapan yang tidak baik kepada  beliau itu adalah hak masyarakat.

Anwar kaki saman dan kaki sumpah dahulu kini jadi kecut tak berani bersumpah dalam dua kes ini. Kita tunggu dan lihat kerana banyak isu isu yang melibatkan Anwar akan terdedah dengan sendiri kebelakangan ini.Tidak salah jika Penuduh mahu bersumpah, tidak berdosa kerana beliau mahu membuktikan bahawa beliau tidak menipu. Jika Anwar tidak mahu bersumpah jangan pula nak tuduh orang yang mahu bersumpah itu salah dan berdosa.

Menurut Mufti Perak , kalau pun pihak polis mendapati Anwar bersalah perlu 4 saksi yang melihat akan kejadian itu. Betul lah itu hukum Islam untuk kita tuduh bahawa saksi itu bersalah di dunia ini kita perlukan 4 saksi, Tapi perbuatan itu tanpa 4 saksi tetap akan berdosa juga, Jangan ingat tak cukup saksi nak tuduh maka ianya tidak berdosa.  Dosa tetap dosa walaupun 4 orang tak jadi saksi. TIDAK ADA  BUAT JAHAT  dengan pelacur ajak 4 orang tenguk dia BUAT JAHAT. Maka  terlepas lah Anwar Ibrahim DARI HUKUMAN DUNIA INI. Dia tidak bersalah sebab pendakwa  tidak ada 4 saksi. Kita terima bahawa Anwar tidak boleh disabitkan dengan tuduhan di dunia ini. TETAPI PERBUATANNYA TETAP BERDOSA.ALLAH SWT SAHAJA YANG MENGETAHUINYA.

1 comment:

  1. bila wartawan tanya,anuar jawab SOALAN LAIN.
    esuk bila ALLAH tanya:ADAKAH ANDA MELAKUKANNYA so Anuar akan jawab SILA TANYA SOALAN LAIN...

    ReplyDelete