Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 13 March 2011

Puteri UMNO akan tetap utuh di bawah kepimpinan Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Selagi hayat dikandung badan , sekali  kami melangkah tidak akan kami berpatah balik. Biar bujur lalu melintang patah. puteri akan tetap cekal menghadapi segala apa juga rintangan dan dugaan yang mendatang,

Merah jambu warna yang halus  seberning mata memandang , selembut lembut  warna ini lembut lagi hati kami , namun dalam situasi yang getir dan tangkas memerlukan Puteri UMNO tidak akan tunduk dan undur. kami akan bangun terus bangun mengorak langkah membuka langkah kepahlawanan Melayu.Tidak Melayu hilang di dunia.

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua, hati mereka mereka yang mahu melihat Puteri UMNO terkubur. Bukan mudah mahu menerangkan kepada semua bahawa kami bukan layu atau kami bukan sayu. Tentu ramai yang bertepuk tangan , tentu ramai yang senyum gembira dan tawa.

Ingat ini pesanan kami , " kami tidak akan biarkan akan kepimpinan kami diperkotak katik, kami akan bangun dan akan menyusun kembali serpihan serpihan yang gugur  dan kami akan terus bangkit menegakkan kebenaran " Ayuh Puteri ku . Kita bangun dan buktikan kepada mereka diluar sana , kepada mereka yang di dalam yang mahu melihat kita jatuh dan tunduk serta gugur . "Bangun adik adik ku, jangan biarkan mereka menghina kita."

Terima Kasih kepada Dato' Seri Azalina, Mantan Ketua Puteri UMNO, yang banyak sekali kenbelakangan ini mengambil tahu mengenai kami. Terima Kasih Datuk  Noraini Ahmad , Terima Kasih ke atas sokongan yang telah diberikan . terima Kasih atas teguran yang diberikan. Insyaalah Puteri akan bangun dan terus memastikan Entiti ini akan terus menghadapi cabaran  yang mendatang.

Terima Kasih kepada yang menyokong kami. Terima Kasih  kepada yang memberikan semangat.  Terima kasih kepada yang cuba melemahkan kami. terima Kasih kepada yang mahu melihat kami gugur. Hanya ingat pesanan kami "AWAS KAMI BONGKAR"
Kami berdiri teguh  di belakang kepimpinan Ketua Puteri UMNO Malaysia menyokong kepimpinan beliau.

Dengan persasaan rendah hati Puteri harap dapat lah URL blog ini di link kpd blog sahabat sahabat, Terima Kasih
Oleh: Puteri  Rangbulan

5 comments:

  1. Kami berdir teguh di belakang kepimpinan Ketua Puteri UMNIO Malaysia. Sila layari laman kami.

    ReplyDelete
  2. berdiri dan berjuang bersama kepimpinan Puteri UMNO Malaysia. Siapa lawan, kami tentang

    ReplyDelete
  3. Puteri UMNO harus bergabung demi perjuangan...jangan gentar dengan mainan pembangkang yang memang terkenal dengan tektik kotor... teguhkan pendirian anda....

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya Puteri UMNO akan tetap utuh di bawah kepimpinan sedia ada...Teruskan perjuangan ikhlas walaupun ramai yang cuba menggugat kita.....Hidup Puteri!!!

    ReplyDelete