Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 28 March 2011

Puak pembangkang gagal mencapai kata sepakat keatas pembahagian kerusi

DAP dan PKR tidak dapat mencapai kata sepakat  dan rundingan mengenai pembahagian kerusi gagal apabila DAP langsung tidak mahu  beralah  membahagikan kerusi milik mereka kepada DAP. Walaupun Anwar Ibrahim adalah pemimpin pertama Pakatan Rakyat  namun  dirinya tidak dihormati dan tidak diangkat sebagai pemimpin utama.Baru kerusi di Sarawak sudah tidak dapat mencapai kata sepakat , bagaimana kalau mereka menang siapakah yang  akan memimpin Sarawak.

PAS  boleh main tepi, Pas  sebenarnya tidak ada  aura dan juga daya tarikan yang boleh menarik rakyat di Sarawak mengundi mereka.

Puncak konflik PKR-DAP berterusan apabila PKR bertegas mahukan 52 kawasan DUN, DAP 18 kawasan DUN dan PAS 6 kawasan DUN. Sebuah lagi parti, SNAP juga berkonflik dengan PKR yang mahukan 40 kawasan DUN. Susulan dengan itu, konflik PKR-DAP-SNAP-PAS ini memerlukan SPR mewujudkan 106 kawasan DUN di Sarawak berbanding ketika ini hanya 71 kawasan DUN sekiranya hendak memenuhi tuntutan Pakatan Pembangkang.

Konflik pertindihan kawasan DUN ini sudah bermula pada awal tahun lepas dan sehingga kini masih belum diselesaikan. Kemunculan SNAP pada pertengahan tahun lepas yang menyertai Pakatan Pembangkang telah merumitkan lagi hubungan mereka. Akhirnya, konflik ini tiada kesudahan dan menyaksikan hubungan Pakatan Pembangkang renggang dan tidak mampu untuk bekerjasama antara satu sama lain.

DAP menganggap PKR sebagai sebuah parti yang melampau. Bagi betis nak peha pula.

2 comments:

  1. SALAM GT PUTERI ...

    MINTA IZIN LINKKAN BERSAMA BLOG HEBAT INI DENGAN BLOG KAMI. WASALAM ...

    Melayu Atas Pagar

    ReplyDelete
  2. Salam GWM - Done harap blog kami juga dapat di link kan blog hebat sdr, terima kasih.

    ReplyDelete