Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 12 March 2011

Panas berapi - Buku Terbaru Mahathir Fasiq ! - Khutbah Jumaat !!!!!

Panas berapi !!!. Itulah yang dapat dikatakan pada khutbah jumaat hari ini di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam. Memang apabila ustaz tersebut memberikan khutbah jumaat sentiasa berapi. Tempikannya sekali sekala seperti halilintar yang membelah bumi. Siapa yang masih mampu melelapkan matanya ketika khutbah memang terror.

Isi utama khutbah hari ini berkisar tentang soalan di alam kubur apabila manusia menemui ajalnya. Tetapi dalam penerangan salah satu soalan daripada malaikat, timbul isu seorang manusia yang membuat fitnah kepada seorang insan yang tidak bersalah.


Khatib berkata adanya seorang manusia yang membuat fitnah dalam buku terbarunya terhadap insan beriman tidak bersalah tanpa mendatangkan 4 orang saksi yang adil. Buku tersebut menjadi satu fenomena sekarang di dalam pasaran buku negara kita semua cetakannya habis laris terjual dan sedang diulang-ulang cetak bagi memenuhi permintaan.

"Siapa yang menulisnya fasiq!, siapa yang membelinya fasiq!, siapa yang membacanya fasiq!, siapa yang menjualnya fasiq!..." tempik khatib tersebut. Pendek kata siapa saja yang terlibat dengan buku itu adalah fasiq dan tidak selamat !.

Dia juga mengecam para mufti di negara kita yang katanya diam membisu membiarkan kemungkaran, kezaliman, kesesatan berleluasa di negara kita. Rakyat negara kita lebih cintakan dunia daripada ganjaran syurga di akhirat, maka sebab itulah kerajaan yang ada sekarang selalu menang.

Suasana hangat ketika khutbah bersambung lagi selepas tamat solat di perkarangan masjid. Seorang hamba Allah yang tak puas hati dengan kelantangan khatib meluru mendapatkan khatib ketika ia mahu keluar dari masjid. Lalu terjadilah tikaman lidah antara majoriti jemaah masjid dengan hanya seorang hamba Allah yang malang tersebut.

Saya dengar leteran seorang veteran ahli jemaah yang lalu di tepi saya menyuruh tampar saja lelaki yang menegur khatib itu, nasib baik mereka yang berhadapan dengan lelaki itu tak dengar kalau tak tentu dan senget pipinya kena tamparan sulong orang ramai.

Persoalan yang berligar dalam fikiran saya, adakah patut khatib hentam habis semua yang membuat, membeli, membaca, menjual mengedar, men....sebagai fasiq??? anda jawablah sendiri. Takkan isu itupun nak tunggu fatwa dari ulama!

Bagi saya, tetap akan beli dan baca buku yang ditulis Mahathir bila ada semula dipasaran nanti. Insyallah.

6 comments:

  1. Salam Perjuangan dan Salam 1Malaysia.

    Tidakku sangka. Jiwa Tun Teja masih ada dalam sanubari Puteri UMNO Malaysia. Saya sememangnya menantikan jawapan persoalan yang timbul mengenai kelesuan Puteri UMNO selama ini.

    NAH, ini dia kebangkitan semula sayap Parti Keramat UMNO Malaysia menutup segala tohmahan buruk masyarakat di luar sana. SELAMAT BERJUANG dalam JIHAD Media Maya.

    Saya mengucapkan SYABAS buat Puteri UMNO yang telah menghasilkan blog yang BERANI DAN LEBIH AGRESIF.

    Saya pasti, Puteri UMNO sebenarnya masih releven. Cuma apa yang saya cadangkan kepada Pergerakan ini agar BERSATU MENENTANG MUSUH AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.

    Persetankan dahulu polimik dan konflik pandangan politik dalaman. Jangan dilayan hasutan EMOSI dalaman kerana musuh sebenar kita menunggu lenyapnya pergerakan ini.

    SEMOGA PEPERANGAN MEDIA MAYA INI AKAN TERUS KEKAL DAN KENTAL SELAMANYA DENGAN SEMANGAT BARU YANG JITU...

    Saya akan sentiasa menjadi tulang belakang dalam membakar semangat ini.


    Selamat Berjuang,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    Selamat Berjuang

    ReplyDelete
  2. Tahniah GT Puteri.

    Macam ini barulah langkah Srikandi.APA akan menyokong apa jua gerak saraf perang GT Puteri menegakan kebenaran.

    Walaupun duduk dalam sayap,jangan segan menegur dan membetulkan.

    Tak boleh hanya anguk2 dan geleng2.

    Salam perjuangan

    ReplyDelete
  3. tanya pada khatib dia dah baca ke buku tu? hehehe

    btw. tahniah dengan penampilan puteri yang semakin perkasa.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih kepada sdr yang menyokong dan memberikan semangat.
    Puteri Rang Bulan

    ReplyDelete
  5. Pas seharusnya fikirkan bagaimana mahu dapatkan DNA dari anwar Ibrahim. Jangan lupa turun beramai ramai di hadapan pejabat PAS untuk mendesak Anwar Ibrahim memberikan sample DNA. jam 11.30 tengah hari ini.13/3

    ReplyDelete