Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 15 March 2011

Jom kita desak dan terus desak agar Anwar berikan DNA mr Y nya.


Pihak pendakwaan hari ini berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel DNA beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.

“Demi kepentingan keadilan untuk kedua-dua pihak, mahkamah patut memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA beliau bagi membolehkan mahkamah mengetahui perkara sebenarnya,” katanya semasa mengemukakan hujah bagi dua permohonan.

Terdahulu, prosiding hari ini hampir tertangguh apabila peguam Karpal Singh meminta mahkamah menahan semua yang bertanggungjawab membocorkan dan menerbitkan hujahan Mohamed Yusof sebelum ia didengar di mahkamah.

Hujahan itu telah diterbitkan oleh New Straits Times dan blog berita Malaysia Today.

Karpal berkata laporan itu boleh disifatkan sebagai menghina mahkamah.

Mohamed Yusof berkata beliau sendiri terkejut dengan laporan itu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengingatkan semua pihak bahawa perbicaraan sedang berlangsung dan sesiapa yang melakukan perbuatan menghina mahkamah akan “berdepan tindakan”.

Perbicaraan disambung esok dengan Karpal akan mengemukakan hujahan berhubung dua permohonan itu.

Nota:
Anwar tertekan. karpal nak main taik lagi mahu tangguh tangguh perbicaraan lagi. keluarga Anwar patuit minta Anwar serahkan DNA untuk membersihkan nama Anwar.Wan Azizah seharusnya jadi orang pertama yang mendesak.

2 comments:

  1. hari hakim terpaksa tangguh sbb adik karpal meninggalkan dunia. selamat nuar sampai isnin. Ngaku ajalah ambil lah tanggungjawab bahawa anak itu adalah anak bersama.

    ReplyDelete
  2. Elok lah bagi saja DNA dan selesaikan tohmahan jika benar, jika tidak bertanggung jawab sajalah. Sian kat anak2 dn isteri.

    ReplyDelete