“Terus terang saya katakan, saya berani sebut, ia melibatkan skandal seks dan imbuhan duit jutaan ringgit,” - Umi Hafilda Temerloh.
Anwar perlu jawab dakwaan Umi Hafilda - TPM
Pendehan Ummi Hafilda Ali mengenai 'rahsia besar' Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi beban yang perlu dijawab oleh Ketua Pembangkang itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Anwar sepatutnya menangkis dakwaan yang dilemparkan terhadapnya sekiranya ia disifatkan sebagai fitnah.
"Sewajarnya kalau Anwar berpendapat ini satu pembohongan atau fitnah...dia jawablah dan kata ini adalah satu fitnah.
"Ummi sendiri pastinya ada pengalaman, ada sejarah dan dia ada hubungkait dengan Azmin Ali (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat). "Apa yang di sebut pastinya ada asas-asas tertentu, ada sebab dia beritahu...jadi beban (tanggungjawab beri penjelasan) itu kepada Anwar," katanya di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tunduhan Anwar bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) membayar Ummi Hafilda untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Nota: Kalau ianya satu pembohongan Anwar patut saman Umi Hafilda , kenapa Anwar tidak berani saman Umi Hafilda.
No comments:
Post a Comment