Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 1 March 2011

Harakah penipu melaporkan berita tipu ?

DAP lebih Islam dari UMNO ? kenapa Juak juak PAS tidak terlintas di kepala fikiran mereka , apakah UMNO , orang Melayu dan orang Islam sememangnya hina di mata PAS yang mengakui bahawa mereka adalah pejuang Islam.

Apakah pemimpin DAP lebih tahu pasal Islam dari pemimpin UMNO. PAS tak perlu lah perlekehkan pengundi DUN Merlimau dan DUN Kerdau kerana mereka bukan lah bodoh untuk diperbodohkan.

Kedua calon yang dipilih setelah di suling oleh bahagian , negeri , nasional akhirnya berjaya menampilkan satu personaliti pemimpin yang hebat dan yang sukar untuk ditandingi oleh PAS. PAS hanya mampu menamakan calon mereka di saat akhir setelah berputus asa untuk mencari calon yang layak menyaingi keunggulan dua calon BN ini.

Seperti biasa PAS akan lakukan apa saja , penipuan atau fitnah untuk menang. Secara gentelman PAS tidak mungkin dapat bersaing dengan calon BN ini. Mereka mula menabur fitnah kononnya ketua wanita akan bertanding kerusi bebas di Merlimau dan konon nya calon mereka di Merlimau berkelulusan tinggi dan calon BN tipu sijil.

Walaupun serangan PAS dipatahkan namun Harakah Penipu masih menipu dan melaporkan bahawa calon BN tidak menjawab serangan isu pelajaran beliau. Ini sebenarnya tidak benar kerana calon sudah pun membuktikan bahawa mereka punya sijil dan kelulusan tetapi sehingga hari ini calon PAS di Merlimau gagal untuk membuktikan taraf dan sijil yang beliau miliki seperti yang beliau akui.

PAS oh PAS sampai bila kamu mahu terus menipu.......??????
Caption gambar : Cakap saja besar Harakah, lihat saja konon nak hapuskan arak tetap Hasan Ali terpaksa tunduk dengan Ronie  Liew (DAP) ~Oleh : Siti Musliha

No comments:

Post a Comment