Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 12 March 2011

Bencana jangan di cari - Syukur Malaysia aman sentosa

Malam tadi ketika Puteri menonton  Berita Perdana di TV3 Puteri sungguh terharu dan terkedu apabila melihat gempa bumi yang menimpa  negeri Jepun dan terus diikuti dengan Tsunami.Puteri hanya mampu berasthagafar melihat kejadian Allah SWT yang sungguh menyayat hati itu.

Bencana sebegini sering berlaku sekarang , kita  sering di hidangkan  dengan  cerita cerita bencana yang buruk melanda dunia.Apakah  kita sekarang berada di penghujung zaman ? Alahamdulilllah negara kita tidak mengalami bencana yang buruk sebegini yang  pernah melanda  Indonesia Filipina  India dan negara Asia lain.

Seharusnya selaku rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana negara kita tidaklah lagi di duga seperti apa yang pernah kita lihat di kaca kaca TV. Kehidupan kita tidak lah membahayakan sangat dan tidaklah pula kita bimbang akan Tsunami atau gempa bumi mahupun gunung berapi.

Puteri juga  bersyukur dengan kestabilan politik di tanah air kita  juga tidak dilanda  Tsunami ratusan ribu  penunjuk perasaan yang telah turun untuk menggulingkan kerajaan. Puteri berharap akan dapat hidup aman dan damai di Malaysia.

Puteri sering mendoakan agar Malaysia terus aman dan marilah kita tolak keganasan dan juga  demonstrasi jalanan. Apa lagi yang kita mahu selain dari hidup aman dan damai.

No comments:

Post a Comment