SERIAN 19 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bukannya seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gentar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) walaupun ia bertujuan menegakkan kebenaran.
Menurut Perdana Menteri, tiada apa yang perlu ditakutkan untuk menyerahkan sampel tersebut jika seseorang itu berada di pihak yang benar.
"Kalau nak DNA saya, saya boleh bagi DNA, tiada masalah... (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin pun kata takut apa kalau tak salah.
"Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak tegakkan keadilan, bagilah DNA (milik Anwar), selagi tak bagi DNA orang akan tertanya-tanya dalam kepala, orang Serian pun nak tahu siapa lelaki 'Y', semua orang nak tahu," katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di sini hari ini.
Di lobi Parlimen, Isnin lalu, Anwar berterusan mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan sampel DNA bagi merungkai siapa identiti lelaki 'Y' yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Malah, Anwar kelihatan cuba menjawab di luar konteks dengan mempersoal kenapa tidak didesak Perdana Menteri dan menteri Kabinetnya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyerahkan DNA terlebih dahulu dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu dan dakwaan merogol pembantu rumah yang kemudian diketahui tidak berasas.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat negeri ini supaya menilai 'kehebatan' PKR yang diterajui Anwar berikutan tindakan keluar parti oleh para pengasasnya.
Beliau memberikan contoh Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar yang keluar parti dan membuat kenyataan bahawa akan berlaku mala petaka yang dahsyat jika Anwar menjadi Perdana Menteri.
Katanya, begitu juga dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang menjadi arkitek kemenangan parti itu di Selangor yang turut angkat kaki.
Tidak terkecuali katanya, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang satu ketika dahulu jika berucap di Dewan Rakyat sentiasa memuja Anwar umpama 'dewa yang turun dari langit'.
"Kini Gobalakrishnan kata orang ini (Anwar) hanya gunakan kita apabila diperlukan.
"Peguam Anwar, Zulkifli Noordin pun sudah tinggalkan dia malah, menulis pula dalam blog bahawa Anwar mesti serahkan DNA ," katanya.
Nota: Kalau Anwar beraniu cakap depan khalyak ramai dia berani serah DNA pun cukupalah. Ada berani ka????? tak sangka Anwar ini pengecut.
kalau anwar berani sebut saja , saya akan berikan DNA saya dihadapan publik.penakut
ReplyDelete