Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !
Thursday, 26 December 2013
Kalau ini orang UMNO apa agaknya jumud PAS akan cakap ??
CUMA NAK TANYALAH ,kalau Rani Osman ini seorang pemimpin UMNO yang memberi ucapan dan mengucapkan MERRY CHRISTMAS di dalam sebuah gereja, agak-agak apa yang akan orang PAS kata sekarang ni?
Wednesday, 25 December 2013
Tun M nasihat Najib jangan Boros , Najib jangan tersinggung pula !!!
Seharusnya Najib faham akan nasihat Tun Mahathir Mohamad yang berbunyi Kerajaan Jangan Boros. Katanya kalau boleh potong dan kurangkan elaun tetap menteri. Kurangkan elaun minyak menteri dan hadkan majlis keramaian.
Majis keramaian juga mencecah ratusan ribu ringgit yang biasanya di hadiri oleh orang yang sama dan bukan rakyat yang benar benar mahu menafaatkan pertemuan dengan Menteri.
Elakkan lah guna jet peribadi kerana perbelanjaan itu amat mahal sekali.
Majis keramaian juga mencecah ratusan ribu ringgit yang biasanya di hadiri oleh orang yang sama dan bukan rakyat yang benar benar mahu menafaatkan pertemuan dengan Menteri.
Elakkan lah guna jet peribadi kerana perbelanjaan itu amat mahal sekali.
Tuesday, 24 December 2013
Demo Ambang Tahun Baru: Polis tahan aktivis pembangkang
Difahamkan Azan disiasat mengikut seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan.Polis menahan seorang aktivis pembangkang Azan Safar di Kuala Lumpur malam tadi dipercayai ada kaitan dengan rancangan demontrasi di Dataran Merdeka 31 Disember ini.
Beliau ditahanmalam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru.
Azan yang sebelum ini mengadakan flash mob hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Perhimpunan 31 Disember untuk tutup pembohongan pembangkang

Rancangan menganjurkan perhimpunan haram pada 31 Disember ini hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat kepada beberapa pembohongan yang pembangkang tabur setelah gagal menawan Putrajaya 5 Mei lalu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau tidak menolak orang yang sama dengan penganjuran perhimpunan Black 505 dan Bersih sebelum ini turut terbabit dalam rancangan perhimpunan itu.
"Rakyat tidak tertipu lagi, hanya untuk memenuhi nafsu mereka yang ingin berkuasa di negara ini dan mereka cuba memadamkan dosa mereka menipu rakyat dengan mencari isu lain pula seperti kenaikan harga barang dan lain-lain," katanya.
Beliau berkata daripada mengajak rakyat berhimpun adalah lebih baik penganjur mengajak golongan itu pergi membantu mangsa banjir dan bencana alam di negara ini.
Telah banyak pembohongan yang ditabur kepada rakyat oleh pihak pembangkang semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka kepada kerajaan sedia ada, katanya.
Sebelum ini, kata Ahmad Shabery, rakyat dibohongi tentang isu kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan banyak yang percaya sehingga turut menyertai perhimpunan.
"Ramai rasa tertipu bila yang kata tak iktiraf pilihan raya, mereka sendiri angkat sumpah dan mereka gagal bawa sebarang bukti kononnya ada rakyat Bangladesh yang mengundi," katanya.
Beliau berkata pihak terbabit seharusnya menghentikan pembohongan kepada rakyat negara ini dan mereka juga perlu sedar dunia pun sudah jemu dengan pembohongan pembangkang di negara ini.
"Sekarang ini mereka nak tarik perhatian dunia, rasanya dunia pun ada had dari segi kesabaran mereka, berapa kali mereka nak tipu dunia, saya mintak mereka menjelaskan isu Black 505, kononnya PRU dulu tidak sah, dibuat secara penipuan, dimenangi dengan import orang luar, cuba buktikan," cabar beliau
Subscribe to:
Posts (Atom)



