
BERSIH
3.0 berakhir sudah, meninggalkan DBKL membersihkan sampah sarap yang
ditinggalkan mereka, meninggalkan beberapa anggota polis di hospital,
meninggalkan peniaga dalam kemarahan, pelancong dalam kejutan dan rakyat
yang naïf di dalam kekecewaan setelah menyedari bahawa BERSIH adalah
sebenarnya begitu jijik sekali. Ia juga menyebabkan rakyat yang
rasional semakin menolak pembangkang, rakyat di atas pagar kembali
meyakini BN sementara penyokong pembangkang terus dibuai mimpi dalam
dunia mereka sendiri.
Pemimpin
mereka, bagaimanapun, terpaksa berlakon menafikan kegagalan bagi
menyembunyikan rasa malu. Untuk itu, mereka perlu menipu diri sendiri
dan juga penyokong dan penipuan mereka juga menunjukkan yang mereka
tidak sepakat. Apabila ditanya mengenai jumlah peserta demonstrasi,
Malaysiakini, Harakah, Anwar dan Ambiga masing-masing memetik angka yang
berbeza antara satu sama lain dalam jumlah ratusan ribu.
Apa
yang mampu mereka lakukan kini hanyalah menyalahkan BN, kerajaan, pihak
polis dan segala-galanya. Kerana itu, inilah saja yang dapat
diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar apabila disoal mengenai kerosakan
yang dilakukannya: “Kita tidak akan tergugat dengan penipuan yang
berterusan yang dibuat oleh media kawalan UMNO. Ini adalah tindakan
biasa bagi sebuah rejim kukubesi. Kumpulan yang tidak bersalah, mangsa
penindasan, kini dilihat sebagai penjenayah. Seperti juga ketika
pemerintahan Hitler, Stalin dan pemerintahan diktator di Myanmar tempoh
hari, mereka yang memberontak dirujuk sebagai penjenayah, penindas
adalah bersih dari apa jua tuduhan,” – the Malaysian Insider -
Mungkin
Anwar sememangnya tidak tahu sejarah atau sudah lupa seperti mana
beliau lupa banyak perkara akhir-akhir ini. Ini adalah apa yang
diperkatakan sejarah berkenaan Stalin: Salah seorang diktator dan
pembunuh paling berkuasa dalam sejarah, Stalin adalah pemerintah Soviet
Union selama suku abad. Rejimnya yang ganas telah menyebabkan kematian
dan penderitaan terhadap berpuluh juta orang.
Dan
Hitler direkodkan sebagai antara orang paling kejam dalam sejarah.
Beliau bertanggungjawab memulakan Perang Dunia ke2 dan membunuh lebih 11
juta orang dalam Holocaust.
Membandingkan
UMNO atau Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri kita dengan Hitler dan
Stalin menunjukkan yang Anwar sudah terlalu hampir hilang kewarasan.
Dato’
Seri Najib tidak pernah membunuh sesiapa, beliau bukanlah seorang
pemimpin yang kasar jauh sekali seorang diktator. Beliau mendengar suara
rakyat, prihatin terhadap kita semua, berkhidmat untuk kita dan
menghulurkan bantuan dan sokongan melalui berbagai program
transformasinya.
Apabila
Anwar ingin mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0, beliau menawarkan
stadium untuk memastikan keamanan dan keselamatan semua pihak termasuk
atau terutamanya, pihak peserta. Apabila Anwar memilih untuk menentang
undang-undang dan membawa peserta ke jalanan, Dato’ Seri Najib
menyediakan lebih seratus tenaga pasukan perubatan, sebagai persediaan
andainya keadaan menjadi buruk.
Justeru,
satu-satunya penjelasan kenapa Anwar melihat Dato’ Seri Najib sebagai
sama dengan Hitler atau Stalin ialah beliau pastinya sedang
berhalunisasi. Mungkin perasaan malu yang tidak terhingga kerana gagal
mendapatkan angka yang wajar dalam BERSIH 3.0, serta tekanan dari siri
pendedahan berterusan mengenai skandalnya, yang menjadi pencetus
ketidakwarasan tersebut.
Hitler
dan Stalin adalah pemimpin dari dunia ‘gelap’. Seperti juga mana-mana
pemimpin dari dunia itu, contohnya mafia, samseng, gangster, yakuza atau
apa saja gelaran mereka, terkenal dengan kesanggupan mengorbankan dan
membunuh orang mereka sendiri dengan kejam apabila perlu. Di dunia
mereka, mereka tidak tertakluk kepada mana-mana undang-undang selain
dari undang-undang ciptaan mereka.
Tetapi,
pemimpin dari pihak yang baik, seperti tentera atau polis, tidak akan
sekali-kali merisikokan nyawa anggota tanpa sebab yang benar-benar
munasabah. Dalam apa jua keadaan mereka tidak akan sekali-kali
meninggalkan walaupun seorang anggota dalam bahaya. Pemimpin dari pihak
yang baik perlu berhadapan dengan undang-undang jika sengaja
merisikokan nyawa anggotanya.
Justeru,
di pihak manakah boleh kita kategorikan pemimpin-pemimpin BERSIH?
Apakah mereka di pihak jahat dari dunia gelap atau di pihak yang baik?
Pemimpin-pemimpin
BERSIH – Anwar dan Ambiga telah diberikan pilihan dua stadium untuk
mengadakan Protes Duduk Bantah di mana keselamatan dan keamanan
terjamin. Tetapi apakah mereka bersetuju menerima tawaran yang murni
itu? Tidak.
Apakah para peserta demonstrasi benar-benar ‘duduk’ seperti yang mereka janjikan? Tidak.
Apakah mereka berjalan dengan aman ke arah kawasan larangan iaitu Dataran Merdeka? Tidak.
Sebaliknya,
Anwar dan Ambiga telah dengan sengajanya meletakkan penyokong-penyokong
mereka dalam risiko tercedera atau mungkin kehilangan nyawa dengan
menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium, dengan tidak
‘duduk’ seperti yang dijanjikan, dengan berarak secara ganas dan dengan
menyeru supaya mereka bertindak menceroboh Dataran Merdeka.
Apakah
perlunya untuk mereka menceroboh kawasan larangan jika mereka sekadar
menuntut pilihanraya bersih? Apakah mereka benar-benar percaya bahawa
dengan terlibat dalam pertempuran dengan polis, cedera, membunuh atau
terbunuh maka barulah mereka akan mendapat sebuah pilihanraya yang
bersih bersinar-sinar?
Hakikatnya,
pilihanraya di negara ini adalah cukup bersih dan itulah sebenarnya
masalah Anwar. Beliau enggan melalui proses pilihanraya dan ingin
merampas kuasa melalui jalan belakang. Malangnya beliau tidak dapat
mengumpulkan secukupnya jumlah manusia yang cukup jahat, dungu dan gila
yang sanggup berkorban untuknya. Dan kerana itu, rampasan kuasa tidak
berlaku.
Untuk
itu, kita mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dato’ Seri
Najib atas apa yang dilakukan beliau dalam memastikan kita selamat dari
keganasan peserta demo BERSIH. Dan kita tidak dapat menggambarkan betapa
terhutang budinya kita kepada pihak polis yang sanggup berkorban demi
keamanan kita yang diancam oleh penyokong Anwar Ibrahim.
Kesudahannya,
siapa yang kelihatan lebih menepati sifat Stalin atau Hitler di sini?
Siapa yang sanggup mengorbankan orang-orangnya sendiri, iaitu peserta
demonstrasi yang merupakan penyokongnya, untuk mendapatkan apa yang
dihajati?
Tidak lain tidak bukan, orangnya ialah Anwar ‘Hitler’ Ibrahim.