Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday, 6 March 2013

Lahad Datu : Anwar Saman TV3 Dan Utusan Malaysia RM 200 juta



alt
KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertindak menyaman RM 200 juta kepada media TV3 dan Utusan Malaysia berikutan dakwaan terhadap beliau yang dikatakan sebagai dalang dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

Anwar yang diwakili firma guaman Daim & Gamany memberi tempoh selama 24 jam bermula hari ini bagi kedua-dua media itu untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Utusan Malaysia sebelum ini mengeluarkan laporan bertajuk "Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?" dan  "Tiga kumpulan jadi dalang" mendakwa penglibatan Anwar dengan kumpulan bersenjata di Sabah.

TV3 dalam pada itu menggunakan perkataan 'dalang' dengan mengaitkan Ketua Pembangkang dalam insiden tersebut.

Reuters, pada tarikh 14 Februari melaporkan seorang anggota tentera Filipina memberitahu kedatangan kumpulan lelaki pengikut Kesultanan Sulu ke Sabah adalah atas jemputan ahli politik pembangkang Malaysia bagi membincangkan isu tanah (Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues).

Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari pula, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto.

No comments:

Post a Comment