Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label PAKATAN HARAM. Show all posts
Showing posts with label PAKATAN HARAM. Show all posts

Monday, 10 October 2011

Temberang PAKATAN HARAM!! Tunaikan janji PRU lepas dulu beb..


"Mereka ini pembangkang, kalau saya pembangkang saya akan minta lebih dari itu. Pembangkang ini, macam dia nak Selangor dululah, dia boleh janji macam-macam tapi bila mereka dah memerintah, dia tak boleh buat apapun," demikian menurut Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengulas Bajet Pakatan Pembangkang yang dibentangkan hari ini.


Tengok dan lihat lah ni.. Berangan tak sudah jadi Perdana Menteri. Lawak ke laut yoppppp..

Tengok ni pula. Bajet macam anak Perdana Menteri Malaysia pula dia..


Friday, 7 October 2011

Tonton video ini.. Tu dia pengaruh komunis puak PAS!!!!!

PAS memang komunis, pengganas komunis versi baru.



Wahai rakyat Malaysia, ini baru di lokasi ceramah. Belum lagi dapat memerintah negara tu.

Apa macam, ini kah yang di katakan alim ulamak yang turun dari langit. 

Wahhhh, bukan main lagi.. Rakyat yang sayangkan keamanan hanya mahu mengahantar memorandum saja. Tiada lain. Tidak pulak berhasrat nak melempang Mat Sabu.

Sekarang cuba lihat sendiri dengan mata dan kepala hotak!!!! Siapa yang ganas??? 

Ini ke ciri-ciri pemimpin yang nak kita pilih untuk anak cucu cicit saudara mara kita???

p/s : Hai??? Hantar memorandum pun tak bole yer PAKATAN HARAM??? Memang PAKATAN HARAM JADAH lah.. 

Thursday, 6 October 2011

Jerat makan tuan.. Mana nak lari???



Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya untuk heret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang berjalan sekarang gagal.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi Khamis membuat keputusan berkata  kedua mereka  tidak relevan dalam kes itu dan bukan saksi utama perbicaraan.
Beliau berkata Anwar gagal menunjukkan sebarang kaitan atau pentingnnya Perdana Menteri dan isteri dijadikan saksi pembelaan.
Katanya beliau membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit, hujah dan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dan mendapati Anwar gagal menunjukkan apa kaitannya dan pentingnya Najib dan Rosmah disapina sebagai saksi.
Dalam permohonan mereka yang difailkan pada 21 Sept lepas, Perdana Menteri dan isteri meminta mahkamah mengetepikan sepina itu dengan alasan mereka bukan saksi yang relevan dan penting untuk membantu Anwar dalam pembelaannya.
Anwar, 64, sedang dibicara berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual 71 saksi termasuk Najib dan Rosmah yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, sebagai saksi pembelaan.
Sumber: AgendaDaily -6/10/2011

Wednesday, 5 October 2011

Datang dari mana duit PAKATAN HARAM ni?

Macam ni lah PAKATAN HARAM!!!! Rebus-rebus tak empuk-empuk

p/s : pergh!!!! PAKATAN HARAM sudah mengigau bukan-bukan. Guna duit apa tu???

Friday, 30 September 2011

Anwar Ibrahim???


AIDCNews – 30/09/11 – Isnin ini, mahkamah mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sapina yang mengarahkan mereka memberi keterangan menjadi saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kira-kira 13 tahun tahun, ketika Anwar dihadapkan ke mahkamah kes melindungi kegiatan seksnya, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perkara yang sama iaitu mensapina, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar mendakwa berlakunya konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhnya dengan mengenakan pendakwaan tersebut.
Namun, Tun Dr. Mahathir menafikan dakwaan konspirasi itu dan memfailkan permohonan mengenepikan sapina dan permohonan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan mahkamah.
Kini, Anwar menafikan tujuan memanggil Najib dan Rosmah untuk membuktikan ‘konspirasi’, sebaliknya sekadar untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan pertemuan pengadu, Mohd saiful Bukhari Azlan dengan kedua-dua tokoh itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian Ketua Umum melakukan seks luar tabie dengan pengadu.
YB Datuk Zulkifli Noordin, bekas peguam bela kes liwat I Anwar melihat tindakan Ketua Umum PKR itu mensapina Najib dan Rosmah sebagai kerja gila.
“Pada saya, ini hanya cubaan untuk mempolitikkan kes liwat dia, selain, mungkin cuba (untuk) nmemalukan YAB PM dan isteri.”, katanya.
Katanya adalah satu tindakan yang bodoh jika OKT (Orang Kena Tuduh) yakni Anwar memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan menyokong pembelaannya, malah akan memberi keterangan menentangnya.
“Melainkan dia, yakni Anwar mempunyai niat lain!”, katanya.
Menurutnya, jika Anwar mahu menang dalam kes ini, Ketua Umum PKR itu perlu menjawab dua perkara utama iaitu, beliau perlu mengemukakan alibi iaitu individu-individu yang membuktikan beliau tidak ada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat beliau didakwa.
Aspek kedua yang perlu dijawab adalah, bagaimana air mani miliknya, yang dibuktikan sebagai air mani ‘lelaki Y’ boleh berada di dalam lubang dubur pengadu.
Dua aspek penting yang perlu dijawab Anwar adalah siapa alibinya dan macam mana air maninya boleh berada di dalam dubur pengadu.
“Oleh itu, apa tujuan dipanggil PM dan Rosmah? Tentu ada niat lain bukan!
“Atau Anwar nak kata PM dan Rosmah yang sumbat air mani miliknya ke dalam dubur Saiful ?
“Persoalan besarnya adalah, di mana PM dan Rosmah dapat air mani Anwar itu ? Dia poskan kepada PM ke? Atau Wan Azizah yang beri sampel kepada Rosmah?
“Gila bukan? Jadi itu juga pun tidak menasabah? Jadi apa tujuan Anwar panggil PM dan Rosmah sebagai saksi pembelaannya?”, katanya.

Wednesday, 28 September 2011

Nik Aziz, Kenapa baru sekarang??


“Kenapa baru sekarang? Kenapa setelah berpuluh-puluh tahun terajui Kelantan tapi sekarang baru nak masukkan enakmen hudud dalam perundangannya sedangkan isu berkaitan hudud ini telah lama menjadi perjuangan mereka sehinggakan sudah jadi kiasan ‘tak ada hudud bukan Islam’, betulkah?”

“Adakah selama ini Pas tidak melaksanakan hukum hudud kerana menerima pendirian BN apatah lagi BN sentiasa menjalankan tuntutan yang wajib bagi sebuah kerajaan Islam iaitu memastikan semua kebajikan rakyatnya terjamin, menjaga kemurnian Islam dan mengembangkan syiarnya selain memakmurkan rakyat tanpa mengira bangsa, etnik dan warna kulit.”

“Nik Aziz cakap tentang hudud kerana mereka cari peluang, kononnya bergaduh dengan Karpal Singh dan Guan Eng tetapi itu semua dirancang kerana bermotifkan politik murahan.

Sumber : UMNO Online

Saturday, 24 September 2011

Dato' Eskay belum selesai..

Ada yang mau lagi menyalahkan Barisan Nasional??

Beginilah, GTP tidak akan berkompromi kepada kesalahan orang lain.

Baca selanjutnya di sini 

Thursday, 22 September 2011

Malaysian Insider, has falsely claimed

Bangladeshi Issues Part 1, 'Fuziah Salleh, Naib Presiden KeAdilan dengan onarnya' please click this link
Bangladeshi Issues Part 2, 'Fuziah Salleh dan PAKATAN HARAM perlu baca ini!!!!!' and click this 
Bangladeshi Issue Part 3, 2.7 lakh Bangladeshi workers enlisted in KL and click this without argument
Sat, Sep 17th, 2011 5:33 pm BdST
Sheikh Shahariar Zaman 


Dhaka, Sept 17 - about 270,000 illegal Bangladeshi workers have been registered with the Bangladeshi embassy in Kuala Lumpur to get their status right.

Bangladesh high commissioner to Kuala Lumpur AKM Atiqur Rahman told the bdnews24.com on Saturday that the mission officials enlisted them in August as the illegal workers were expecting amnesty from the Malaysian government.

Currently about half a million Bangladeshi workers that include the illegal ones live in Malaysia.

"The Malaysian government will start the amnesty process from next month (October) and they can again work here legally," he said.

The enlistment process began on August 1 and continued till Aug 31 while only 2,000 workers chose to return home.

"They can go back home without facing any fines or imprisonment," the high commissioner said.

Those who will stay will have to submit their passports with the Malaysian government with the appointment letter from their employers to obtain permission to work legally, Atiq said.

Some 23,000 do not have any employers and they would be assigned in different government projects in Malaysia, he said.

CONFUSION OVER CITIZENSHIP

When asked about a media report that the Malaysian government was giving citizenship to Bangladeshis to retain power, the high commissioner said, "I don't have any knowledge about the report."

"I didn't read the report. An hour ago I was told about the report," he said.

When asked how many Bangladeshis got Malaysian citizenship, he said, "I have been working here since 2009 and during this period 10 to 12 Bangladeshis got citizenship."

He said the election date of Malaysia is yet to be decided but it would probably be held next year.

"The citizenship issue is a continuous process and those who are living in Malaysia for long can apply for that," he said.

Citizenship is granted to only professionals and big businessmen, and it is not open to workers, he added.

The Malaysia Chronicle, a newspaper, in a report on Saturday alleged that Malaysian prime minister Najib Razak was giving citizenships to foreigners in order 'to retain political power'.

It also said that the official website of a unit in the Bangladesh prime minister's office had confirmed that Bangladesh workers in Malaysia were asked to vote for Najib's BN coalition.

Another news portal, Malaysian Insider, has falsely claimed that 'Bangladesh NGO Bureau' made such appeals to Bangladesh workers.

But no such appeal was found.

Reference : bdnews24.com

Wednesday, 21 September 2011

Milo Suam guna sumber Wikileaks sebagai bahan fitnah.. dia patut tukar Milo Suam tu jadi Milo Basi..

Tertera blog PAKATAN HARAM memang kaki KENCING RAKYAT!! 
Terang lagi bersuluh tindakan PAKATAN HARAM ini tidak ubah seperti menarik benang dalam tepung. Tersalah tarik, muka menjadi 'sememeh' dan 'macam tepung goma da' 

Awal pagi Rabu yang 'blues' jer layan kedangkalan PAKATAN HARAM!!
Apa pun tak boleh!!

Sunday, 18 September 2011

Mimpi Semalam Poskad by Anwar Hansome Gay


Ingatkan hari Ahad ni naklah bersantai-santai menonton perlawanan bola sepak antara Tortenham vs Liverpool. Alih-alih terjeling pulak gambar ni dalam 'Wall Post' salah satu group di Facebook.

PAKATAN HARAM pusing punya pusing, terjerut pula kat leher sendiri. Hahaha.. Alamat pakai pendakap leher lah nampaknya kome. Pinjam aja kat abang Anwar.. dia simpan banyak stock tu..

Apa pun tak boleh.

p/s : Tahniah Tortenham!!! Liverpool dah kenapa???

Fuziah Salleh dan PAKATAN HARAM perlu baca ini!!!!

Muhyiddin nafi taraf warganegara mudah diberi kepada pekerja Bangladesh

KUALA LUMPUR: 18 Sept -  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan kononnya warga Bangladesh yang bekerja di negara ini mendapat taraf kewarganegaraan dengan mudah.
Sambil menolak dakwaan bahawa golongan itu juga diberi hak mengundi pada pilihan raya di Malaysia, Muhyiddin berkata, kerajaan tidak perlu berbuat demikian apatah lagi jika ia dikaitkan dengan proses pilihan raya.
Katanya, kerajaan tidak begitu terdesak sehingga perlu memberikan taraf kewarganegaraan semata-mata untuk meraih undi dan memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.
“Kita boleh minta penjelasan dari pihak Bangladesh apakah benar kenyataan itu dibuat oleh Perdana Menteri kerana dari segi soal kerajaan kita tidak buat begitu. 
Seseorang yang hendak jadi warganegara perlu melalui pelbagai proses, tempoh masa berapa lama dah berada di sini, sama ada dia betul-betul tahu keadaan di sini dan sebagainya sebagaimana yang biasa kita lakukan."
“Tidak ada kita bagi keistimewaan kepada warga Bangladesh. Apatah lagi dikaitkan dengan pilihan raya. Macam kita ini terdesak sangat nak minta orang seperti itu didaftarkan jadi warganegara dan nak suruh dia pergi undi. Kalaupun undi, dia masuk tong dan kita tak tau dia undi siapa pun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Nasional Parti Makkal Sakti Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Laman web Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina hari ini menyiarkan laporan dengan memetik sumber yang mendakwa bahawa pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. 
Pejabat Perdana Menteri Bangladesh itu dikatakan menerima pengesahan daripada sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia bahawa mereka diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.


Menurut laman web itu, Hasina bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menurut sumber dengan kedudukan yang tinggi mendakwa Najib memberi jaminan menimbang isu itu ketika beliau (Hasina) berada di Malaysia untuk menghadiri Forum Dunia 66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada bulan Mei 2010.
Justeru, Muhyiddin berkata, beliau akan meminta pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh menyemak perkara berkenaan sama ada ia benar atau tidak.
Sumber : n9kini.com >>> http://n9kini.com/?p=53692

Ini lah yang diputarbelitkan Fuziah Salleh yang melambangkan PAKATAN HARAM kontang isu.

p/s : GTP bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin apa lagi UMNO/BN di dalam apa juga keadaan. Ini kerana GTP akan memastikan Barisan Nasional terus garang seterusnya mengusir PAKATAN HARAM di persada politik tanahair.



Babai Pakatan Haram!!!

Friday, 16 September 2011

Fuziah Salleh, Naib Presiden KeAdilan dengan onarnya..

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi. 


“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.


“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Sumber : KeadilanDaily
p/s : Nampaknya perempuan ini lebih suka mencari kontraversi hangit-hangit tahi ayam. Dah tak ada kerja?? Penstrukturan semula pekerja asing tak ada kena mengena dengan layak mengundi lah. Sudah-sudah lah buat onar Fuziah Salleh oi.. Biarlah Presiden Bangladesh tu nak cakap apa pun.. tak betul tu.. Untung kerajaan Malaysia bagi peluang rakyatnya bekerja di Malaysia.. PAKATAN HARAM.. cakap apa pun, semua fitnah belaka.

Wednesday, 14 September 2011

Gempar!!! Akhirnya GTP tak berdaya mengaku Mat Sabu wira..


Akhirnya, Mohamad Sabu berjaya keluar dari kepompong dan berjaya mengalihkan pandangan umum terhadap kes liwat Anwar Ibrahim dengan menyaman akhbar Utusan Malaysia. 

Tabik springgggggggggg lah kita.. hehehe.. 

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah." (Nada-nada kecut perut..)

"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini. (Hmmmmmm.. bukan main dia sayang keluarga. Tak fikir pula emosi keluarga Anggota Polis yang berjuang menyahkan fahaman komunis dulu?? Oh terlupa pulak.. Mat Sabu tidak akan meminta pertolongan PDRM sebab dia tidak percaya PDRM. Itu lah pasal dia mengambil langkah menyaman Utusan Malaysia pula. Sudah-sudah lah Mat Sabu, kes kamu ni pun akan jadi sejarah kelak. Insaflah!!) 

Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah. (La.. malu ker nak cakap berapa???)

Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

Ekoran laporan itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.’ (Kah kah kah kah kah kah.. dia ugut orang boleh.. orang ugut dia tak boleh???? Tau takut kan??? Itu lah dia, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, binasa diri..)

Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya. (Iyer lah tu..)


p/s : jangan kita terlepas pandang pula.. keputusan menyaman Utusan Malaysia ini di buat selepas satu blog menyiarkan usaha gigih Tok Nik sedekah wang RM16,000.00 untuk tipu sejarah dalam usaha menyelamatkan Mat Sabu. Fakta selanjutnya ada di sini

Kelakar teman rasa.. Anwar Ibrahim dibantu Mohd Sabu. Mat Sabu  di bantu Nik Aziz. Nik Aziz dibantu duit kerajaan Negeri. Apa??? Nik Aziz guna wang kerajaan Negeri???

Walaupun berita ni tak sahih lagi.. kebenaran akan bangkit juga akhirnya.

Tahniah Barisan Nasional!!!! GTP sentiasa bersama Barisan Nasional!!!

Tuesday, 13 September 2011

Tarikh melihat anak bulan PRU13.. antara tuntutan PR.. adoyaiiiiiiii, kelakarnya..


Aiyaaaaaaaaaaaaaa.. tarikh pilihanraya pun nak runding ker???
Macam nilah kita, apa kata kita teropong anak bulan dulu untuk menentukan bila pilihanraya akan diadakan yer??? 


Tak sangka pula kita, kekuatan pembangkang ibarat seperti berwajah harimau, berhati tikus.. Puteri rasa tak mencabar langsung.. Tahniah Barisan Nasional!!! Teruskan usaha berlipat ganda semoga Malaysia kekal diperintah BARISAN NASIONAL!!!
Alhamdulillah, amin.


Macam kanak-kanak ribena pembangkang nih.. Sempat ugut lagi tu sekiranya permintaan tidak ditunaikan ada hati nak buat Bersih 3.0.. kah kah kah kah kah.. 

Berita seterusnya, klik sini


p/s : Maaf yer.. GTP tak tahan nak ketawa malam nih.. 


Monday, 12 September 2011

Nak ke tau??? Mat Sabu tengah pikat KJ masuk PAS..

Saya pejuang Islam, bukan pejuang komunis - Mat Sabu
Sumber : harakahdaily


Umno warisi penjajah

Di zaman British ujarnya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.

"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.

"(Tuduhan) Ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," tegasnya lagi.

Mohamad dalam satu ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pad 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang menyerang polis British di Rumah Pasung Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis tersebut. (PAS akhirnya membuat pengakuan Mat Sabu menyokong komunis..)

Seminggu selepas itu, Utusan Malaysia dalam laporan 27 Ogos melaporkan kenyataan Mohamad sebagai berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar. (PAS masih nak berdolak dalih..)

Mohamad yang tidak pernah mengaitkan komunis dalam isu itu kemudiannya menafikan perkara itu dan menganggap laporan akhbar Umno itu sebagai fitnah terhadapnya dan PAS. (Cakap tak serupa bikin puak PAS nih)

Ekoran laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.

Mengulas perkara itu, Mohamad malam tadi berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.

"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.

"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya terhadap tindakan Utusan itu.

Khairy budak baik

Sementara itu, menjelaskan kenapa beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin, beliau berkata bukan Ketua Pemuda Umno itu yang banyak menghentamnya tetapi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ekoran itu katanya, beliau hanya mahu berdebat dengan Muhyiddin yang dilihat lantang mengritik beliau sehingga menyuruh beliau bertaubat.

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy. (KPUM Khairy Jamaluddin baca pun boleh ketawa terbahak-bahak nih.. Ni maknanya PAS sendiri tidak mengiktiraf pemimpin pelapis yang ada dalam PAS. Maknanya??? PAS ketandusan pemimpin pelapis sampai nak import pemimpin dari parti UMNO. Apa?? Ingat game bola ke??)

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," sindirnya.

p/s : Apa macam??? Mat Sabu boleh cakap apa sahaja selepas mengeluarkan fakta yang merobek hati dan jiwa anak-anak bekas Anggota polis Tragedi Bukit Kepong.  Hari ini dia boleh juga berkata UMNO dikuasai minda penjajah. 

Ini semata-mata cita-cita setinggi gunung PAKATAN HARAM!!! Apa pun tak boleh pakai.. Tidak langsung memikirkan sensitiviti waris Keselamatan Negara yang berhempas pulas melawan penjajahan komunis ketika itu.

Sekiranya nak bercerita lebih-lebih pun tak guna.. Ramai naik jelak dengan PAKATAN HARAM nih.. nak-nak lagi  dengan Mat Sabu yang tengah menjilat ludahnya sendiri. Hahahaha.. Anwar al-Juburi yerrrrr?? Orang tu jugalah Mat Sabu tengah jilat sekarang.. Kuasa punya pasal...

Rakyat Malaysia tidak akan berkerat rotan melihat Malaysia terus dihancurkan PAKATAN HARAM. Fikir-fikirkanlah..


Sunday, 11 September 2011

Kota London : Rakan Kepala Berkutu kata Anwar Ibrahim Liabiliti ampuh Pakatan Haram


AIDCNews – 10/09/11 – Rakan sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ambiga Sreenivasan percaya dan bersetuju bahawa Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang adalah satu liabiliti kepada pakatan pembangkang dan calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Ambiga yang merupakan Pengerusi BERSIH 2.0 dilaporkan berkata begitu dalam satu majlis tertutup di London baru-baru ini.

“Dalam satu majlis persendirian di London baru-baru ini, (yang dihadiri) sekumpulan pemimpin berpotensi terpilih untuk pembangkang memimpin kerajaan (tidak termasuk Hindraf), Datuk Ambiga Sreenivasan dan lain-lain yang hadir telah memutuskan tanpa ragu-ragu bahawa Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada perjuangan gabungan (pembangkang) dan dengan itu secara mutlak (mereka memutuskan Anwar) tidak sesuai untuk jawatan PM (jika sekiranya) pembangkang memimpin kerajaan”, lapor Gopal Raj Kumar, dalam lamannya,
 takemon.wordpress.com 

Dalam majlis itu Ambiga dilaporkan mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah hanya satu sumber (alat) untuk perjuangan mereka sebagai tokoh ikon dan simbol kepada segala yang salah tentang BN tetapi bukan sebagai seorang pemimpin negara serta bukan calon yang sesuai sebagai PM.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan BERSIH, mereka yang hadir termasuk wakil-wakil PKR percaya bahawa pencalonan Anwar Ibrahim untuk jawatan PM akan menyebabkan semakin banyak serangan peribadi dan akan meningkatkan peluang BN untuk meningkatkan majoriti dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Turut dibahaskan tentang peranan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adalah beliau calon yang sesuai mengantikan Anwar, ketika beliau berhadapan dengan semua masalah skandal seks suaminya, dituduh meliwat bersama pembantu lelakinya dan dirakamkan melakukan hubungan seks bersama pelacur ? seterusnya

p/s : Anwar Ibrahim dan S. Ambiga saling bermain tikam belakang. Sekiranya akal yang waras pun tak pandai nak guna; yang hancur, rakyat Malaysia juga. Habis tu?? Kenapa nak kan PAKATAN HARAM lagi?? Lu pikirlah sendiri.. 

Wednesday, 7 September 2011

Huh!!!! Kena Bakar jadi abu???? Siapa????


Mat Syabun Komunis Penipu!!! Bakar gambar dia sampai jadi Abu!!! Kalau jumpa, kita sambut dia dengan Penyapu!!! Kalau boleh, nak dicekik - cekik orang yang memang tak de malu!!!

Itu diantara laungan dan luahan hati rakyat Negeri Pahang sewaktu sesi demonstrasi diadakan semalam. Nasib engkau la Mat Syabun. Sapa suruh dia cari penyakit???

Tahan lagi la dia pergi ke rumah waris anggota keselamatan Bukit Kepong semalam kena halau dengan mulut. Kalau datang ke Pahang ni, entah la.

Mau kena halau dengan parang dan senapang gamaknya. Ada hati nak tukar sejarah konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Sumber : http://semuthitam80.blogspot.com

Monday, 5 September 2011

Mat Sabu akhirnya mengaku Kaki Kapur

Lagi- lagi Mat Sabu.
Lagi-lagi Mat Sabu..

Oh yer.. macam ni lah.. akhirnya mengaku juga pecah amanah kan??
 KENAPA??? Tak percaya??? Perlu bukti????? Boleh saja..

Sumber :  mymassa

Di bawah ini pula merupakan resit asal, asli lagi tulen bang.


Puak Pakatan Haram masih tak percaya???

Apa boleh buat... PAS kan Parti Kebajikan a.k.a Parti Sesat a.ka Parti Komunis a.k.a Parti Tunduk DAPig

Untuk DAPig boleh lakukan apa sahaja. Segala yang keluar dari mulut pemimpin korup semua adalah fatwa pujangga.

Itulah dia kejayaan PAS sejak keluar dari UMNO, membina sebuah bangsa PAS
Apa pun tak boleh!!!!!