Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Monday, 10 October 2011

Temberang PAKATAN HARAM!! Tunaikan janji PRU lepas dulu beb..


"Mereka ini pembangkang, kalau saya pembangkang saya akan minta lebih dari itu. Pembangkang ini, macam dia nak Selangor dululah, dia boleh janji macam-macam tapi bila mereka dah memerintah, dia tak boleh buat apapun," demikian menurut Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengulas Bajet Pakatan Pembangkang yang dibentangkan hari ini.


Tengok dan lihat lah ni.. Berangan tak sudah jadi Perdana Menteri. Lawak ke laut yoppppp..

Tengok ni pula. Bajet macam anak Perdana Menteri Malaysia pula dia..


Thursday, 6 October 2011

Jerat makan tuan.. Mana nak lari???



Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya untuk heret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang berjalan sekarang gagal.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi Khamis membuat keputusan berkata  kedua mereka  tidak relevan dalam kes itu dan bukan saksi utama perbicaraan.
Beliau berkata Anwar gagal menunjukkan sebarang kaitan atau pentingnnya Perdana Menteri dan isteri dijadikan saksi pembelaan.
Katanya beliau membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit, hujah dan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dan mendapati Anwar gagal menunjukkan apa kaitannya dan pentingnya Najib dan Rosmah disapina sebagai saksi.
Dalam permohonan mereka yang difailkan pada 21 Sept lepas, Perdana Menteri dan isteri meminta mahkamah mengetepikan sepina itu dengan alasan mereka bukan saksi yang relevan dan penting untuk membantu Anwar dalam pembelaannya.
Anwar, 64, sedang dibicara berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual 71 saksi termasuk Najib dan Rosmah yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, sebagai saksi pembelaan.
Sumber: AgendaDaily -6/10/2011

Tuesday, 4 October 2011

Masa jadi menteri halal, lain pulak kerjanya.. Anwar.. Anwar..


BELANJAWAN SEJAHTERA BUKAN BERKEBAJIKAN

Melihat isi-isi belanjawan Pakatan, seronok juga. Ia umpama angan-angan orang membeli loteri, kenanya belum tapi dah susun belanjawan, itu nak beli, ini nak beli, itu nak buat dan ini nak buat. Akhirnya, loteri tak kena, yang dapat cuma angan-angan. Apapun, puak Pakatan memang suka berhibur dengan angan-angan.
Tak cukup....boleh korekkk
Pelik juga belanjawan Pakatan tak dinamakan "Belanjawan Berkebajikan" tetapi dinamakan sebagai "Belanjawan Kesejahteraan Untuk Semua". 

Sebenarnya belanjawan Pakatan tu semua hanyalah janji-janji kosong, setakat ingin menggula-gulakan rakyat. Sekiranya benar apa yang dibentangkan mampu dilaksanakan, sebahagian darinya boleh dilaksanakan diperingkat negeri. Mengapa tidak dilaksanakan dahulu ni negeri-negeri yang Pakatan perintah, umpamanya;
  1. Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
  2. Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
  3. Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
  4. Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan kepada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri dengan kerajaan negeri menambah kekurangan)
  5. Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
  6. Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri. Kerajaan negeri boleh menyumbang kepada pendidik yang berkhidmat dinegeri mereka)
  7. Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri bermula dengan kakitangan awam kerajaan negeri)
  8. Elaun penjagaan anak RM1000 setahun kepada ibu-ibu yang layak dipadankan dengan pelaburan kerajaan membina pusat penjagaan kanak-kanak. (Boleh dilaksanakan diperingkat negeri)
Jom kita cabar Pakatan laksanakan dahulu 8 perkara di atas di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Sekiranya berjaya di peringkat negeri, barulah boleh bercita-cita ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Selain dari itu, terlanjur Pakatan dah umumkan Belanjawan Alternatif, elok juga Pakatan umumkan sekali Kabinet Alternatif. Aku teringin sangat nak tengok siapakah yang bakal-bakal dinamakan sebagai PM, TPM, Menteri-menteri dan timbalannya. Manalah tahu, mungkin Nuar yang membentang belanjawan hanya setakat jadi Menteri Kewangan Kedua aje. Ini kerana sejak akhir-akhir ni aku tengok dalam Pakatan, PMnya ialah Karpal Singh!!!

Sumber : Tenggara

Friday, 30 September 2011

Anwar Ibrahim???


AIDCNews – 30/09/11 – Isnin ini, mahkamah mendengar permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengenepikan sapina yang mengarahkan mereka memberi keterangan menjadi saksi pembelaan bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kira-kira 13 tahun tahun, ketika Anwar dihadapkan ke mahkamah kes melindungi kegiatan seksnya, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perkara yang sama iaitu mensapina, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anwar mendakwa berlakunya konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhnya dengan mengenakan pendakwaan tersebut.
Namun, Tun Dr. Mahathir menafikan dakwaan konspirasi itu dan memfailkan permohonan mengenepikan sapina dan permohonan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan mahkamah.
Kini, Anwar menafikan tujuan memanggil Najib dan Rosmah untuk membuktikan ‘konspirasi’, sebaliknya sekadar untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan pertemuan pengadu, Mohd saiful Bukhari Azlan dengan kedua-dua tokoh itu yang didakwa berlaku sebelum kejadian Ketua Umum melakukan seks luar tabie dengan pengadu.
YB Datuk Zulkifli Noordin, bekas peguam bela kes liwat I Anwar melihat tindakan Ketua Umum PKR itu mensapina Najib dan Rosmah sebagai kerja gila.
“Pada saya, ini hanya cubaan untuk mempolitikkan kes liwat dia, selain, mungkin cuba (untuk) nmemalukan YAB PM dan isteri.”, katanya.
Katanya adalah satu tindakan yang bodoh jika OKT (Orang Kena Tuduh) yakni Anwar memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan menyokong pembelaannya, malah akan memberi keterangan menentangnya.
“Melainkan dia, yakni Anwar mempunyai niat lain!”, katanya.
Menurutnya, jika Anwar mahu menang dalam kes ini, Ketua Umum PKR itu perlu menjawab dua perkara utama iaitu, beliau perlu mengemukakan alibi iaitu individu-individu yang membuktikan beliau tidak ada di tempat kejadian pada tarikh, masa dan tempat beliau didakwa.
Aspek kedua yang perlu dijawab adalah, bagaimana air mani miliknya, yang dibuktikan sebagai air mani ‘lelaki Y’ boleh berada di dalam lubang dubur pengadu.
Dua aspek penting yang perlu dijawab Anwar adalah siapa alibinya dan macam mana air maninya boleh berada di dalam dubur pengadu.
“Oleh itu, apa tujuan dipanggil PM dan Rosmah? Tentu ada niat lain bukan!
“Atau Anwar nak kata PM dan Rosmah yang sumbat air mani miliknya ke dalam dubur Saiful ?
“Persoalan besarnya adalah, di mana PM dan Rosmah dapat air mani Anwar itu ? Dia poskan kepada PM ke? Atau Wan Azizah yang beri sampel kepada Rosmah?
“Gila bukan? Jadi itu juga pun tidak menasabah? Jadi apa tujuan Anwar panggil PM dan Rosmah sebagai saksi pembelaannya?”, katanya.

Thursday, 29 September 2011

Macam bagus jer 'BABI' nih..

Macam bagus jer Brother Anwar bin Ibrahim 'BABI' ni...

Masa jadi Menteri dulu macam ni ker dia??? Bila 'BABI' dah terjerut.. semua orang akan jadi luncai terjun dengan labunya.. 

Barisan Nasional teruskan usaha memajukan negara.. peduli kan lah PAKATAN HARAM yang dah nak terkubur nih..

p/s : sekali lagi GTP bukan kata BABI yang binatang haram tu. GTP maksudkan BABI tu ialah Brother Anwar bin Ibrahim. Jangan salah faham.. :)

Hmmmmm.. 'ada musang berbulu BABI' dalam Kementerian..


Pandai betul Brother Anwar bin Ibrahim (BABI) meresapkan auranya ke dalam intitusi Kementerian.

Bila fikir-fikir balik betul juga mana PAKATAN HARAM ni boleh tahu jumlah yang tepat bil PM Mohd Najib sedang bercuti mahupun ketika urusan kerjadi negara luar. Kalau tidak adanya MUSANG BERBULU 'BABI'

Musang ini sememangnya 'pengkhianat negara' kerana memberi ruang pembangkang memanipulasikan keadaan. Kita tidak mahu negara hancur dengan adanya orang seperti ini!!!

p/s : GTP bukan maksudkan binatang yang haram tu lah.. GTP maksudkan Brother Anwar bin Ibrahim.

Friday, 16 September 2011

Di mana Anwar Ibrahim hari ini??

16 SEPT 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang ramai selepas Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 

Tahniah Malaysia!!!!

Anwar & Kisah 16 September

Di mana Anwar Ibrahim 16 September 2011??








Sunday, 11 September 2011

Kota London : Rakan Kepala Berkutu kata Anwar Ibrahim Liabiliti ampuh Pakatan Haram


AIDCNews – 10/09/11 – Rakan sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ambiga Sreenivasan percaya dan bersetuju bahawa Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang adalah satu liabiliti kepada pakatan pembangkang dan calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Ambiga yang merupakan Pengerusi BERSIH 2.0 dilaporkan berkata begitu dalam satu majlis tertutup di London baru-baru ini.

“Dalam satu majlis persendirian di London baru-baru ini, (yang dihadiri) sekumpulan pemimpin berpotensi terpilih untuk pembangkang memimpin kerajaan (tidak termasuk Hindraf), Datuk Ambiga Sreenivasan dan lain-lain yang hadir telah memutuskan tanpa ragu-ragu bahawa Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada perjuangan gabungan (pembangkang) dan dengan itu secara mutlak (mereka memutuskan Anwar) tidak sesuai untuk jawatan PM (jika sekiranya) pembangkang memimpin kerajaan”, lapor Gopal Raj Kumar, dalam lamannya,
 takemon.wordpress.com 

Dalam majlis itu Ambiga dilaporkan mengakui bahawa Anwar Ibrahim adalah hanya satu sumber (alat) untuk perjuangan mereka sebagai tokoh ikon dan simbol kepada segala yang salah tentang BN tetapi bukan sebagai seorang pemimpin negara serta bukan calon yang sesuai sebagai PM.

Menurut sumber yang rapat dengan kepimpinan BERSIH, mereka yang hadir termasuk wakil-wakil PKR percaya bahawa pencalonan Anwar Ibrahim untuk jawatan PM akan menyebabkan semakin banyak serangan peribadi dan akan meningkatkan peluang BN untuk meningkatkan majoriti dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Turut dibahaskan tentang peranan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adalah beliau calon yang sesuai mengantikan Anwar, ketika beliau berhadapan dengan semua masalah skandal seks suaminya, dituduh meliwat bersama pembantu lelakinya dan dirakamkan melakukan hubungan seks bersama pelacur ? seterusnya

p/s : Anwar Ibrahim dan S. Ambiga saling bermain tikam belakang. Sekiranya akal yang waras pun tak pandai nak guna; yang hancur, rakyat Malaysia juga. Habis tu?? Kenapa nak kan PAKATAN HARAM lagi?? Lu pikirlah sendiri.. 

WikiLeaks : Pelaburan Tipu Daya Anwar Ibrahim




KUALA LUMPUR 11 Sept. – Pendedahan bahawa wujud pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya menyiarkan berita kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi kerajaan membuktikan Ketua Pembangkang itu semakin terdesak untuk memulihkan imejnya yang sudah tercalar.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana percaya situasi yang sedang dihadapi Anwar memungkin beliau mengambil apa sahaja tindakan untuk memulihkan kembali imejnya.
“Saya tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana situasi Anwar yang sangat terdesak ketika ini. Beliau sendiri tahu bahawa imejnya sangat teruk sekarang, orang ramai juga mula sedar dengan sikap putar alamnya.
“Jadi tidak hairan sekiranya beliau menggunakan media antarabangsa seperti WikiLeaks untuk membantu memulihkan imej dengan mewujudkan pelbagai cerita dongeng serta fitnah terhadap kerajaan serta Perdana Menteri semata-mata untuk mengalihkan perhatian umum.
“Tambahan pula, beliau mempunyai sumber kewangan yang luar biasa sehingga membolehkannya mengawal media luar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan yang dilakukan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong bahawa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks. (klik sini) supaya portal itu menyiarkan berita mengenai kes liwat melibatkan Anwar sebagai satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lum Yong juga mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya.
Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin juga sependapat dengan menyatakan bahawa pendedahan tersebut membuktikan bahawa Anwar serta pembangkang semakin terdesak dan telah ketandusan idea.
“Mereka menggunakan Wikileaks sebagai saluran untuk menarik perhatian negara luar walaupun kita sendiri sedar bahawa laporan portal berita berkenaan tidak boleh terlalu dipercayai,” jelasnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah pula berkata, sudah menjadi kebiasaan Anwar menuduh kerajaan sebagai dalang di sebalik masalah moral yang dihadapinya.
“Setiap kali timbul isu baru membabitkan masalah moralnya, Anwar pasti akan menuduh kerajaan sebagai dalangnya kerana ini merupakan strategi beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapinya,” ujarnya – Utusan
p/s : Pembangkang memang tak suka lah baca nih.. PRU12 dulu boleh lah korang robek-robek jiwa rakyat.. PRU13, Rakyat tidak akan tertipu lagi.

Friday, 26 August 2011

Anwar oh Anwar, penggodam handalan!!!

Mudah sahaja, kata dua; sama ada mengaku atau tidak mengaku, Anwar mau lari ke mana??

Keadilan untuk Saiful Bukhari Azlan, klik sini.

Sumber : Agenda Daily

Monday, 22 August 2011

Kes Liwat - Nak lari kemana lagi bang Nuar..


Anwar Juburi penakut 

Hari ini Anwar Ibrahim telahpun masuk dalam kandang tertuduh dalam kes liwatnya yang belum lagi habis sirinya. 1001 macam helah yang dibuat, namun dia tidak terlepas kali ini. 

Paling Anwar Ibrahim gerun ialah dengan  Pendakwaraya menuntut keadilan buat Saiful Bukhari Azlan.

Masanya hampir tiba. Anwar Juburi tidak akan terlepas ke mana. keAdilan buat Saiful Bukhari Azlan makin hampir.

Walaupun di beri tiga (3) pilihan oleh Mahkamah, Anwar tetap tak boleh lari. Pembelaan diri Anwar Ibrahim hari ini menunjukkan ANWAR IBRAHIM SEMAMANGNYA PENGECUT!!!!

Iaitu :
  1. Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi (Mempunyai kredebiliti, di soal balas DPP)
  2. Memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang bersalah (tiada kredibiliti, keterangan tiada pemberat, tidak akan disoal balas DPP) - Ini pilihan Anwar Ibrahim 
  3. Berdiam diri (terus jatuh hukum)

Rakyat Malaysia tidak sabar menanti saat dia akan dihukum dan bertaubat Nasuha.

p/s : Kelakar jer bila dia kata, Apa yang Najib buat sebijik seperti mentor dia (Tun Dr. Mahathir) buat, iaitu untuk sumbat dia dalam penjara untuk terus berkuasa. - Sumber Agenda Daily..

Kahkahkah... Kelakar betul.. Kalu Tun Dr. Mahathir gila kuasa.. dia masih menjadi Perdana Menteri hari ini..

Anuar terhegeh-hegeh nak jadi Perdana Menteri!!! Jadi Perdana Menteri kat Sungai Buloh jerlah bang..

Baca di sini renteten perbicaraan Anwar Juburi. Mana nak lari bang..

Saturday, 20 August 2011

Apa??? Anuar Ibrahim buat solat taubat malam ni..

Apa bezanya Sumpah Laknat yang dibuat Saiful Bukhari Azlan dan Solat Hajat Anuar Ibrahim malam ini??

Alangkah bagusnya kalau Anwar Ibrahim membuat solat Taubat diri dan keluarga 69 nya.

Memang benar hari baik bulan baik kita wajib bermaaf-maafan, tetapi lebih baik Anwar memohon kemaafan daripada Allah Taala di atas kecelaruan identitinya sendiri.

Adakah dunia hari ini kejam memperlakukan dia sebegitu rupa? Apa pung 'abe Nuar' weh.. ambo kecek doh lamo doh.. 

Tapi, Aiman tak kisah, syukurlah dengan permainan memporak perandakan kami di bumi Malaysia ini dan bersatunya kami di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak yang tenang dan sabar, kami masih bersama untuk melihat Malaysia terus bahagia. 

Semoga dengan solat Hajat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim malam ini, Allah menunjukkan jalan taubat kepada abang Anuar yerrrr..

Apa pun terima kasih jemput kami;

"Jemputan munajat rakyat menolak fitnah UMNO/BN akan dilakukan malam ini (20 Ogos 2011) selepas solat  Tarawikh bertempat dikediaman rasmi DSAI. Pohon hadir untuk bersama-sama menolak UMNO/BN ke atas DSAI." Hatta katanya yang disebarkan melalui BBM, FB dan Twitter hari ini. Insya Allah, kami Pergerakan Puteri UMNO akan hadir yer bang Nuar..

Semoga Allah Taala memberi petunjuk dan menyelamatkan bumi Malaysia dari manusia yang konflik identiti seperti bang Anuar. Amin. 

22 Ogos 2011 akan bermulanya tarikh fasa baru untuk Anuar Ibrahim melanjutkan pelajarannya di Universiti Sungai Buloh. Semoga Allah mengampun dosa Anuar Ibrahim dan Malaysia bebas dari tuduhan Keluarga 69 ni.

Thursday, 11 August 2011

5 Bekas Pemimpin PKR sudi menjadi saksi kes liwat Anwar Ibrahim

Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Kalau kelima-lima mereka ini di panggil untuk menjadi saksi kes liwat Anwar, maka berkuburlah dia, kantoi le. Tak sabar nak tengok Anwar digari dan dihantar ke Sungai Buloh.


Mohamad Ezam Mohd Noor

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

"Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

N. Gobalakrishnan

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

"Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara." Katanya.

Datuk Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

"Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan.

"Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu," katanya

Anwar Shaari

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.

Anuar berkata, sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun beliau amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar dalam segala segi.

Segala pergerakan Anwar katanya, juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu.

Mohamad Rahimi Osman

Rahimi ketika dihubungi mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian.

"Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini,'' ujarnya.

Monday, 8 August 2011

Masih adakah harapan buat Saiful Bukhari Azlan?

Malangnya nasib anak muda ini sepanjang tiga tahun kes perbicaraan liwatnya masih tidak menampakkan jalan penyelesaian walaupun dialah mangsa liwat yang berani membuat pengakuan tanpa ragu.

Lagi malang ketika waktu dia di liwat oleh Anwar Ibrahim dia mempunyai tunang dan fahamlah kita bahawa Saiful Bukhari Azlan bukanlah manusia yang hidup dalam dua alam seperti mana bekas majikannya.

Sama-samalah kita mendoakan kes liwat ke atas dirinya oleh Anwar Ibrahim mendapat pembelaan yang sewajarnya dan Anwar Ibrahim mendapat pembalasan yang sepatutnya.

Sekarang adalah masanya untuk Anwar Ibrahim membela diri. Namun manusia berhati kering ini sanggup melakukan apa saja untuk menangguhkan kes liwatnya. Dengan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memanggil Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak beserta isterinya Datin Seri Rosnah Mansor, Ketua Polis Negara, Dato' Musa Hasan dan beberapa nama lain.

Adakah dengan memanggil nama-nama yang tiada kaitan dengan kes liwat ini adalah 1001 dalil Anwar Ibrahim ingin melepaskan diri.

Umum tahu inilah waktunya untuk Anwar Ibrahim memberikan keterangan yang mensabitkan dirinya. Namun itu tidak cukup lagi kerana dia akan sentiasa membuat helah kerana besar kemungkinan saksi-saksi yang mahu dipanggil terutamanya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosnah Mansor dan Ketua Polis Negara, Dato Musa Hasan tidak mahu menjadi saksi kerana sungguh mereka tidak terlibat.

Dijangka, Anwar Ibrahim akan menggunakan isu ini untuk dia terus bebas. 


Kalau macam tu, di manakah letaknya keadilan buat Saiful Bukhari Azlan?



Perbicaraan Kes Liwat Anwar bermula hari ini

Gambar terkini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Hampir tiga (3) bulan kes bekas Timbalan Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim tertangguh yang mengaitkan kes liwatnya ke atas pembantu pribadi iaitu Saiful Bukhari Azlan atas pertuduhan;

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, di tuduh meliwat Saiful Bukhari Azlan (bekas pembantu pribadi) di Desa Damansara Condominium 15:01-4:30ptg pada 26 Jun, 2008.

Seperti biasa Anwar Ibrahim telah memanggil pegawai-pegawai kedutaan asing bagi melihat kes perbicaraan yang melibatkan dirinya.

Adakah perlu pegawai-pegawai kedutaan asing ini dipanggil untuk melihat prosuding perbicaraannya kerana maklumlah Anwar Ibrahim ni mempunyai 1001 helah untuk menunjukkan yang dia 'insan teraniaya'?

Sangkara Nair (gambar) dan 
pakar-pakar Australia pro Anwar, Dr. David Wells dan Dr, Brian Mc Donald (Tiada dalam gambar)

Sebelum Anwar Ibrahim memberi keterangan, Hakim Zabidin akan menyampaikan keputusannya atas permohonan pihak pembelaan untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor; bekas Ketua Polis Negara, Dato' Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Dato' Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Rasa-rasanya apa soalan yang ingin ditanyakan Anwar Ibrahim yer? Hahaha.. Macam-macam cara nak melepaskan diri.

Bersedialah dengan hukuman dunia wahai Anwar Ibrahim, Si Raja Liwat.. 




Tuesday, 2 August 2011

Anwar Ibrahim akur dan merindui Penjara Sungai Buluh

Mahkamah Tinggi menetapkan 8 hingga 26 Ogos ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu di peringkat bela diri.

Anwar Ibrahim hilang 'jati diri' apabila telah mempelawa Tengku Razaleigh sekali lagi (bekas Presiden Semangat 46), yang kini Ahli Parlimen Gua Musang menang atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi menerajui jawatan Ketua Pembangkang/Ketua Umum Pembangkang, percaturan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kerana menyedari tidak akan terlepas dengan kes liwatnya ke atas Saiful Bukhari Azlan bermula 8 Ogos 2011.

Di awal kebebebasan Anuar Ibrahim, dia beberapa kali mempelawa Ku Li  dan berjanji menamakan Ku Li sebagai Perdana Menteri sekiranya PKR menang dalam pilihanraya.

Baru-baru ini gempar apabila Anuar Ibrahim mempelawa Ku Li buat kali terakhir,  "Cukuplah, saya tak mahu ditipu lagi.." Ujar Ku Li.
"Lawak jenaka!, itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Daulat Karpal Singh!! Daulat Karpal Singh!! Daulat Karpal Singh!! Mungkin itukah yang di cakapkan oleh Anuar Ibrahim.

Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan dengan tegas bahawa Tengku Razaleigh bukan pilihan yang tepat atau alternatif mengantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang kerana ketika berada di Semangat 46, dia kembali kepada UMNO.

"Over my dead body."  Ujar Karpal Singh terhadap apa juga perkara yang dia tidak persetujui.

Azmin sangat marah di dalam isu ini apabila Anuar Ibrahim menamakan Ku Li sebagai Ketua Pembangkang. Azmin menganggap Ku Li sebagai lembut. Ketika ditanya oleh Ketua Cabang Selangor mengenai isu tersebut, Azmin terjerit; Nonsense!! Stupid, people want Ku Li.

p/s : ceritaya bukan kerana Ku Li yang mahu diangkat mengantikan Anuar Ibrahim. Persoalan dan hakikat kebenarannya ialah sudah tersebar luas dikalangan peguam-peguam pembelaan Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak mempunyai peluang langsung untuk menang perbicaraan dan yakin dirinya tidak akan terlepas dan dipenjarakan.