Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Show all posts
Showing posts with label Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Show all posts

Monday, 10 October 2011

Pembangkang Caca Marba...Cakap Lain Buat Lain


Kuala Lumpur, 9 Oktober : Pakatan pembangkang caca marba dan semakin tidak konsisten dengan apa yang mereka lakukan tidak selari apa yang diucapkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Ujarnya, pembangkang mengatakan bahawa Bajet 2012 yang dibentangkan Jumaat lalu tidak realistik sedangkan pada awalnya mereka mendakwa bahawa ia diciplak daripada ‘bajet bayangan’ yang mereka bentangkan sebelum itu.
“Mula-mula mereka kata kita ciplak tapi kemudiannya kata tak realistik maknanya bajet mereka sendirilah yang tak realistik. Bajet 2012 telah dibuat berbulan-bulan dan bukan dilakukan sembarangan kerana ia melalui pelbagai peringkat, dan terbukti kita tak berbelanja lebih dari kemampuan kita sendiri.
“Kita tengok nanti, sekarang mereka kata kita tak realistik tapi pada tahun 2012 apabila ada isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 dapat RM500 maka kita tempelak mereka balik. Bajet ini bajet yang realistik untuk dilaksanakan dan bukannya bajet nak mancing undi sebagaimana kata mereka. Tapi buku jingga tu nak mancing apa pula?” tegasnya.
Beliau membidas pembangkang yang hanya tahu menimbulkan isu dan memanipulasi apa saja tindakan kerajaan dalam ucapan sempena Majlis Penerangan Perdana di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
“Sebelah sana (pembangkang) bercakap pasal demokrasi tapi mereka ada Ketua Umum yang serba boleh melangkaui jawatan Presiden. Mereka pakat-pakat kumpulkan orang dan sokong ramai-ramai, jadi demokrasi apa?
“Sedangkan kita mahu jadi pemimpin dipilih dari peringkat cawangan, dibawa ke bahagian dan kemudian ke perhimpunan dengan melalui proses demokrasi sebenar. Ini ada pula jawatan ketua umum yang jadi penasihat seumur hidup lebih berkuasa daripada Setiausaha Agung, yang juga anaknya sendiri,” tegas beliau.
Terangnya lagi, ada pula satu lagi parti, jawatan Mursyidul Amnya lebih berkuasa daripada jawatan Presiden dengan sekejap nak tukar negara Islam, kemudian jadi negara berkebajikan dan apabila dekat-dekat pilihan raya timbulkan balik isu hudud.
“Dalam tiga pakatan pembangkang (PKR, Pas dan Dap) ada yang sokong hudud, ada yang tentang hudud dan ada pula yang boleh keluarkan kenyataan peribadi sedangkan dalam politik mana boleh ada kenyataan peribadi dibuat, mereka mahu main silap mata politik.”
Ujarnya, pakatan pembangkang mengatakan tentang ‘kabinet bayangan’ tapi sampai sekarang tidak pernah menamakannya.
“Sudah tiga tahun mereka memerintah tapi tak ada langsung gambaran ‘kabinet bayangan’. Mereka bercita-cita nak kuasai Putrajaya, tapi kita tengok sendirilah,” katanya lagi.
Beliau sendiri menekankan sudah bersumpah tiga kali tapi orang itu (Anwar Ibrahim) tak pernah bersumpah.
“Kalau nak jadi pemimpin mesti ada kebolehan dan bersih dari segi moral... 


Sumber:-  MediaUMNO

Saturday, 8 October 2011

Pembangkang nak elaun juga ker???? Hihihi..


najib-rakyat513
Bagi pembangkang semuanya kelentong...dan semuanya temberang.Maka tidak hairan kalau ia terus mendendangkan  lagu Bajet 2012 tidak realistik dan mengarut.
Dakwa mereka mana kerajaan nak cari duit untuk menampung segala janji itu.
Ia lupa semua kajian yang dibuat keatas Buku Jingga yang dijadikan modal untuk memancing undi menjelang pilihanraya umum ke 13 menunjukkan ia tidak boleh pakai.
Begitu juga halnya dengan ‘janji poket kosong’ bajet pembangkang yang disebarkan untuk potong bajet kerajaan.
Dalam usaha untuk menangkis dakyah pembangkang pada Bajet 2012 yang dibentangkannya di Dewan Rakyat petang Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa ia tidak realistik menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerangkerajaan.
Beliau menegaskan bajet itu bukan janji kosong sebaliknya sesuatu yang mampu  dilaksanakan oleh kerajaan.
Perdana Menteri berkata kerajaan mengunakan  pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain untuk menyiapkan bajet itu.
“Bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.

pm-bajet2xx
"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat.Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok,Selangor ,Sabtu.
Sementara itu menjawab soalan mengenainya dalam sidang akhbar di Kundang, beliau berkata adalah satu langkah bunuh diri dari segi politik jika kerajaan membentangkan suatu bajet yang ia tidak dapat laksanakan.
Katanya kerajaan ada duit untuk menampungnya jika tidak ia tidak akan dibentangkan.
Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang menolak cadangan untuk naikan elaun semua Ahli Parlimen,Najib berkata beliau sendiri pelik.
Katanya ini kerana kalangan Ahli Parlimen pembangkang pun mahu kenaikan elaun itu.

Ucapkan terima kasih kepada Tun Rahah Mohd Noah


Mampukah Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berfikir dengan baik tanpa restu bonda??



Belanjawan 2012

Belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Kementerian Kewangan Malaysia mengambil inisiatif untuk membangunkan Laman Rasmi Belanjawan 2012 bagi menyalurkan maklumat dan informasi secara terus kepada masyarakat Malaysia berkenaan Belanjawan 2012.
Laman ini menyediakan siaran secara langsung, pembentangan Ucapan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dari Parlimen Malaysia melalui audio dan video.
Laman ini turut menyediakan kemudahan muat turun teks ucapan Belanjawan 2012, Laporan Ekonomi 2011/2012 dan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2012.

Friday, 30 September 2011

Watch out : Answered by Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak

A Collection Of Q&As From The 'Mari Berjumpa, Mari Berhubung' Sessions


Time has indeed flown and without me realizing it, seven Mari Berjumpa, Mari Berhubung gatherings have been organised all over the country with my online friends. In each of these gatherings, I look forward to the Q&A sessions between my online guests and me.

Here is a collection of some of the Questions put to me, and my answers. You may find some of these videos relevant to you.

Oil price and subsidies in Malaysia

Transmission of Government’s messages and policies to the Rakyat

Price increase phenomenon

My involvement in the media social network

Reference : Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Prime Minister of Malaysia

We proud of you boss!!!!


Tuesday, 27 September 2011

Kalau Anwar Ibrahim berani cabarlah Perdana Menteri

Pembangkang kata pemerintah takut nak laksanakan hudud. Tetapi pembangkang tak kan tak faham sekiranya hukum hudud di laksanakan, siapa paling ramai akan di hukum.

Pembangkang, bertaubatlah..

Saturday, 17 September 2011

Eleh, sertai BN ke UMNO ke, MCA ke, MIC ke.. sama saja..


“PM terima 7,000 permohonan bekas pembangkang sertai BN”

1- 7,000 bekas penyokong pakatan PAS-DAP-PKR pada 2008 tetapi kini telah hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang memerintah Selangor kini, telah mengambil keputusan menyokong BN.

2- Bernama melapurkan  Najib menerima ‘7,000 borang permohonan daripada bekas penyokong pakatan pembangkang untuk menyertai Barisan Nasional (BN)”

Bernama berkata “Beliau(Najib) menerima borang tersebut yang diserahkan oleh beberapa wakil bekas penyokong pembangkang dari kawasan Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Bukit Jalil, Ijok dan Petaling Jaya pada majlis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN “Sirih Pulang ke Gagang”

“Saya rasa amat terharu atas persetujuan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyokong BN kerana kita berhasrat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat lagi utuh kerana kestabilan politik merupakan akar tunjang kepada masa depan negara kita.”
– Najib kepada Bernama

3- Mungkin 7,000 pemohonan tersebut menyerah borang kepada Najib untuk diserahkan kepada parti-parti masing-masing sama ada MIC, MCA atau pun Umno; bukannya menyerah borang untuk menyertai Barisan Nasional.

4- Mungkin ini lah teknikal yang penganut-penganut Pas, pusing-pusing, kerana mereka semuanya loya-loya belaka!


p/s : Tahniah Dato' Seri Najib!!! GTP sentiasa menyokong usaha beliau. Tak perlu cakap banyak. Buat sahaja kerja.


Sokong UMNO, MIC, MCA, Gerakan sama saja dengan sokong Barisan Nasional.

Friday, 16 September 2011

Di mana Anwar Ibrahim hari ini??

16 SEPT 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang ramai selepas Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 

Tahniah Malaysia!!!!

Anwar & Kisah 16 September

Di mana Anwar Ibrahim 16 September 2011??








Thursday, 15 September 2011

GTP bangga denganmu PM Dato' Seri Mohd Najib!!!!


Sila baca teks lengkap Perutusan Khas Hari Malaysia.


Merungkai di sebalik maksud tersurat dan tersirat perutusan beliau, mari kita gunakan pemikiran akal yang waras. Mampukah kita memisahkan polemik politik yang berlegar-legar di-fikiran kita? Antara kuasa dan takhta.. "Ini Malaysia kawan.. Sudah 54 tahun merdeka.. jangan menderhaka lagi maaaa.. Buang yang keruh, ambil yang jernih.. Baru 1 Malaysia.." Teman serumah kawan yang kabo sebentar tadi.

Baru jer Perutusan Khas Hari Malaysia oleh Dato' Seri Mohd Najib sebentar tadi, PAKATAN HARAM dah melaung melalak kat facebook dan twitter.. Kenapa?? Tak percaya?? Takut?? Lutut sudah ketarrrrr??

Tahniah Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.. GTP sentiasa menyokong kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. Benarlah kata Tun Dr. Mahathir Mohamed; mantan Perdana Menteri Malaysia "Saya kenal dan rapat dengan beliau, tetapi saya tidak mengetahui fikiran beliau." Ini kan pula kita..

Tun Dr. M bersetuju dan menyokong penuh dengan kepimpinan Dato' Seri Najib. Ada pembaharuan dan tampil berani.

Malas nak lawan PAKATAN HARAM malam nih. Tentu mereka terkasima kan??

Ikhlas dari;
1.YB Datuk Rosnah Shirlin Rashid Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
2. YBhg Saudari Shahanim Mohamad Yusoff
Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
3. YB Saudari Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi
4. YBhg Saudari Mas Ermieyati Haji Samsudin
5. Saudari Dg Maimunah Sidek

6. Krew bertugas GTP

Saturday, 13 August 2011

Kehadiran Perdana Menteri dan isteri buat Anwar Ibrahim Terkemama


Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan isteri; Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Mahkamah untuk ditemubual oleh Peguam bela Anwar al-Juburi semalam membuktikan tiada apa yang perlu ditakut dan digusarkan sekiranya kita di pihak yang benar.

Tertarik kepada jawapan Perdana Menteri ketika ditanya oleh wartawan semalam; "Saya juga rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, saya hormati keputusan mahkamah."

Hmmmm.. yang tidak menghormati keputusan mahkaman sekarang ini ialah Anwar Ibrahim dan Karpal Singh!!! Nak menegakkan benang yang basah apa lagi??

Rakyat Malaysia menghormati keputusan mahkamah bahawa Saiful Bukhari Azlan sedang menuntut keadilan ke atas dirinya. Kannnnnn?? Kenapa si pelaku liwat ni tak faham-faham lagi?? Sudah-sudahlah nak berdrama lagi wahai Anwar al-Juburi. 
  
Di bawah merupakan petikan yang di ambil dari Sumber : Utusan Malaysia online
  • Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri hadir di Kompleks Mahkamah, semalam untuk ditemubual pasukan peguam bela Anwar Ibrahim
  • Beliau berbuat demikian kerana menghormati keputusan hakim
  • Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, penglibatan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kes liwat dianggap campur tangan DAP

Monday, 8 August 2011

Bonus Hari Raya buat Penjawat Awam

Penduduk Malaysia seharusnya berbangga dan bermuhasabah diri kerana Malaysia sebuah negara aman dan makmur. Malah dunia mengakui bahawa Malaysia negara ke 19 paling aman di dunia.

Pemimpin bertukar ganti dan ada pemimpin yang lupa diri gilakan kuasa dan mahu mengugat keamanan negara. Namun, kita seharusnya berbangga dengan Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa tenang walaupun pribadi sering di serang oleh mereka yang tidak bermoral.

Ini terbukti apabila 'Gagasan 1 Malaysia' yang diilhamkan oleh Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mula menunjukkan kesepakatan kaum yang nyata. Beliau menyeru agar kita menukar konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Malah kita sedang menuju Wawasan 2020 dan seharusnya setiap kaum saling hormat menghormati dan menerima segala kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan.

Sempena bulan baik ini, hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Manakala kepada pesara kerajaan pula, Perdana Menteri bersetuju membayar bonus khas sebanyak RM500 kerana perkhidmatan selama bekerja.

Imbuhan ini adalah untuk meringankan beban penjawat awam bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H.

Pemberian bonus ini melibatkan 1.27 juta penjawat awam Perseketuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 billion.

Kami rakyat Malaysia menghargai jasa baik Kerajaan Barisan Nasional yang selama ini berkerja kuat demi kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Terima kasih Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.