Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label Pas penipu. Show all posts
Showing posts with label Pas penipu. Show all posts

Friday, 7 October 2011

Tonton video ini.. Tu dia pengaruh komunis puak PAS!!!!!

PAS memang komunis, pengganas komunis versi baru.



Wahai rakyat Malaysia, ini baru di lokasi ceramah. Belum lagi dapat memerintah negara tu.

Apa macam, ini kah yang di katakan alim ulamak yang turun dari langit. 

Wahhhh, bukan main lagi.. Rakyat yang sayangkan keamanan hanya mahu mengahantar memorandum saja. Tiada lain. Tidak pulak berhasrat nak melempang Mat Sabu.

Sekarang cuba lihat sendiri dengan mata dan kepala hotak!!!! Siapa yang ganas??? 

Ini ke ciri-ciri pemimpin yang nak kita pilih untuk anak cucu cicit saudara mara kita???

p/s : Hai??? Hantar memorandum pun tak bole yer PAKATAN HARAM??? Memang PAKATAN HARAM JADAH lah.. 

Saturday, 24 September 2011

ISLAM tidak ke mana jika di salah guna, Nik Aziz kena ingat tu..

Saya tertarik dengan penjelasan Nik Aziz kenapa selepas 30 tahun mengguna “perjuangan untuk Negara Islam ala Pas” untuk mendapat sokongan orang Melayu, sekarang Pas menggugurkan Negara Islam dan hukum Hudud. Kononnya Nik Aziz berpandukan Al-Quran dan Hadith.
Apakah Nik Aziz baru saja baca Surah Al-Baqarah dan sedar yang Negara Islam Pas menimbul salah faham dan menakutkan pihak tertentu?
Jikalau kerana kesedaran ini akan menakutkan pihak tertentu (orang bukan Islam – Karpal Singh) maka Pas menggugur Negara Islam Pas, maka benarlah yang pengguguran ini bertujuan untuk menghapuskan ketakutan mereka ini, supaya mereka akan sokong Pas dalam pilihanraya, dan bukan kerana agama membenarkan atau tidak.
Kerana UMNO tidak menyokong Negara Islam Pas dan hukum Hudud Pas, Nik Aziz tidak terima UMNO.
Tetapi bila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian Pas, Nik Aziz semak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun, mendapati bahawa Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara kebaijikan Pas.
Demikianlah Nik Aziz lebih bersedia akur kepada pendapat DAP dan Karpal kerana ingin mendapat undi bukan Islam. Penyokong Pas akan turut di mana sahaja pemimpin Pas bawa mereka. Gugur Islam pun mereka akan undi Pas.
Untuk perpaduan Melayu dan Islam Nik Aziz tidak sanggup berganjak walau sedikit pun. Biarlah orang Melayu Islam berpecah dan hancur kononnya kerana bagi Nik Aziz perjuangan Pas untuk Negara Islam dan hukum Hudud tidak boleh dibelakangkan atau digugur.
Jika ada usaha untuk merapatkan hubungan dan kerjasama politik antara Pas dengan UMNO, Nik Aziz dengan tegas menolak kerana UMNO tidak Islam.
Tetapi kita sekarang dapat lihat bagaimana mudahnya Pas dan Nik Aziz menolak Negara Islam Pas dan hukum Hudud Pas kerana ingin bersekongkol dengan DAP untuk mendapat undi bukan Islam.
Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana Pas mempermainkan Islam.
Bukan Surah Al-Baqarah yang mendorong Pas menggugurkan Negara Islamnya. Nik Aziz sendiri berkata yang mendorong Pas ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam.
Untuk kemenangan pilihanraya ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam Pas.

Tun Dr Mahathir (chedet.co.cc)

Wednesday, 14 September 2011

Gempar!!! Akhirnya GTP tak berdaya mengaku Mat Sabu wira..


Akhirnya, Mohamad Sabu berjaya keluar dari kepompong dan berjaya mengalihkan pandangan umum terhadap kes liwat Anwar Ibrahim dengan menyaman akhbar Utusan Malaysia. 

Tabik springgggggggggg lah kita.. hehehe.. 

Ianya berikutan laporan muka depan akhbar Umno itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah.

"Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah." (Nada-nada kecut perut..)

"Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini. (Hmmmmmm.. bukan main dia sayang keluarga. Tak fikir pula emosi keluarga Anggota Polis yang berjuang menyahkan fahaman komunis dulu?? Oh terlupa pulak.. Mat Sabu tidak akan meminta pertolongan PDRM sebab dia tidak percaya PDRM. Itu lah pasal dia mengambil langkah menyaman Utusan Malaysia pula. Sudah-sudah lah Mat Sabu, kes kamu ni pun akan jadi sejarah kelak. Insaflah!!) 

Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin.

Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu.

Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.
Bagaimanapun jumlah ganti rugi tersebut tidak ditentukan dan bergantung kepada tafsiran mahkamah. (La.. malu ker nak cakap berapa???)

Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya oleh Utusan Malaysia.

Ekoran laporan itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ‘awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.’ (Kah kah kah kah kah kah.. dia ugut orang boleh.. orang ugut dia tak boleh???? Tau takut kan??? Itu lah dia, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, binasa diri..)

Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa memesongkan kenya­taannya. (Iyer lah tu..)


p/s : jangan kita terlepas pandang pula.. keputusan menyaman Utusan Malaysia ini di buat selepas satu blog menyiarkan usaha gigih Tok Nik sedekah wang RM16,000.00 untuk tipu sejarah dalam usaha menyelamatkan Mat Sabu. Fakta selanjutnya ada di sini

Kelakar teman rasa.. Anwar Ibrahim dibantu Mohd Sabu. Mat Sabu  di bantu Nik Aziz. Nik Aziz dibantu duit kerajaan Negeri. Apa??? Nik Aziz guna wang kerajaan Negeri???

Walaupun berita ni tak sahih lagi.. kebenaran akan bangkit juga akhirnya.

Tahniah Barisan Nasional!!!! GTP sentiasa bersama Barisan Nasional!!!

Monday, 12 September 2011

Nak ke tau??? Mat Sabu tengah pikat KJ masuk PAS..

Saya pejuang Islam, bukan pejuang komunis - Mat Sabu
Sumber : harakahdaily


Umno warisi penjajah

Di zaman British ujarnya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.

"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.

"(Tuduhan) Ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," tegasnya lagi.

Mohamad dalam satu ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pad 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang menyerang polis British di Rumah Pasung Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis tersebut. (PAS akhirnya membuat pengakuan Mat Sabu menyokong komunis..)

Seminggu selepas itu, Utusan Malaysia dalam laporan 27 Ogos melaporkan kenyataan Mohamad sebagai berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar. (PAS masih nak berdolak dalih..)

Mohamad yang tidak pernah mengaitkan komunis dalam isu itu kemudiannya menafikan perkara itu dan menganggap laporan akhbar Umno itu sebagai fitnah terhadapnya dan PAS. (Cakap tak serupa bikin puak PAS nih)

Ekoran laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.

Mengulas perkara itu, Mohamad malam tadi berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.

"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.

"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya terhadap tindakan Utusan itu.

Khairy budak baik

Sementara itu, menjelaskan kenapa beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin, beliau berkata bukan Ketua Pemuda Umno itu yang banyak menghentamnya tetapi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ekoran itu katanya, beliau hanya mahu berdebat dengan Muhyiddin yang dilihat lantang mengritik beliau sehingga menyuruh beliau bertaubat.

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy. (KPUM Khairy Jamaluddin baca pun boleh ketawa terbahak-bahak nih.. Ni maknanya PAS sendiri tidak mengiktiraf pemimpin pelapis yang ada dalam PAS. Maknanya??? PAS ketandusan pemimpin pelapis sampai nak import pemimpin dari parti UMNO. Apa?? Ingat game bola ke??)

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," sindirnya.

p/s : Apa macam??? Mat Sabu boleh cakap apa sahaja selepas mengeluarkan fakta yang merobek hati dan jiwa anak-anak bekas Anggota polis Tragedi Bukit Kepong.  Hari ini dia boleh juga berkata UMNO dikuasai minda penjajah. 

Ini semata-mata cita-cita setinggi gunung PAKATAN HARAM!!! Apa pun tak boleh pakai.. Tidak langsung memikirkan sensitiviti waris Keselamatan Negara yang berhempas pulas melawan penjajahan komunis ketika itu.

Sekiranya nak bercerita lebih-lebih pun tak guna.. Ramai naik jelak dengan PAKATAN HARAM nih.. nak-nak lagi  dengan Mat Sabu yang tengah menjilat ludahnya sendiri. Hahahaha.. Anwar al-Juburi yerrrrr?? Orang tu jugalah Mat Sabu tengah jilat sekarang.. Kuasa punya pasal...

Rakyat Malaysia tidak akan berkerat rotan melihat Malaysia terus dihancurkan PAKATAN HARAM. Fikir-fikirkanlah..


Saturday, 10 September 2011

PAS benci British kunun.. Sapa Nadarajan tu Mat Sabu?? Sila tonton ini yerrrrr..


Nama asal PAS ialah Pan-Malaysian Islamic Party.

Bangsa PAS tau ker asal sejarah penubuhan parti mereka??
Kami berkongsi di sini

Mat Sabu oh Mat Sabu..
apa pun tak boleh.. huhu

Siapa kata 'super impose'?? Periksa lah..

Ni dia ulamak Selipar Jepun.

Apa ada hal kan???
Ahli PAS yang tengok masuk syurga punya..

Tak baiklah, hari baik bulan baik buat macam nih..
Fitnah berdosa tau..

Wednesday, 7 September 2011

Huh!!!! Kena Bakar jadi abu???? Siapa????


Mat Syabun Komunis Penipu!!! Bakar gambar dia sampai jadi Abu!!! Kalau jumpa, kita sambut dia dengan Penyapu!!! Kalau boleh, nak dicekik - cekik orang yang memang tak de malu!!!

Itu diantara laungan dan luahan hati rakyat Negeri Pahang sewaktu sesi demonstrasi diadakan semalam. Nasib engkau la Mat Syabun. Sapa suruh dia cari penyakit???

Tahan lagi la dia pergi ke rumah waris anggota keselamatan Bukit Kepong semalam kena halau dengan mulut. Kalau datang ke Pahang ni, entah la.

Mau kena halau dengan parang dan senapang gamaknya. Ada hati nak tukar sejarah konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Sumber : http://semuthitam80.blogspot.com

Monday, 5 September 2011

Mat Sabu akhirnya mengaku Kaki Kapur

Lagi- lagi Mat Sabu.
Lagi-lagi Mat Sabu..

Oh yer.. macam ni lah.. akhirnya mengaku juga pecah amanah kan??
 KENAPA??? Tak percaya??? Perlu bukti????? Boleh saja..

Sumber :  mymassa

Di bawah ini pula merupakan resit asal, asli lagi tulen bang.


Puak Pakatan Haram masih tak percaya???

Apa boleh buat... PAS kan Parti Kebajikan a.k.a Parti Sesat a.ka Parti Komunis a.k.a Parti Tunduk DAPig

Untuk DAPig boleh lakukan apa sahaja. Segala yang keluar dari mulut pemimpin korup semua adalah fatwa pujangga.

Itulah dia kejayaan PAS sejak keluar dari UMNO, membina sebuah bangsa PAS
Apa pun tak boleh!!!!!

Sunday, 4 September 2011

PAS selera Naga

Impian PAS nampak cukup besar sekali untuk pilihanraya umum ke 13 nanti. Samada boleh capai atau tidak itu belakang kira. Namun ia sudah letak sasaran nak menang 60 kerusi parlimen berbanding  23 sekarang. Untuk itu ia juga mengintai 25 dari 79 kerusi yang dimiliki oleh UMNO.

Itu kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  dalam ucapannya di majlis perjumpaan Hari Raya di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu.

"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," katanya.
Dalam pilihan raya umum 2008, PAS menjadi pemimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak jatuh kembali apabila tiga wakil rakyat pakatan pakatan pembangkang bertindak keluar dari gabungan itu.
"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.
Sumber : AgendaDaily
p/s : Apa benda PAS nih?? seperti barang besi yang tidak boleh diguna pakai saja.  Dah tak ada langsung gunanya. Buang dalam tong sampah sajalah yop!!!!!
Kerana ketamakan dan kerakusan kuasa di samping tunduk dengan Regim DAPig, seolah-olah kebodohan dan ketulian dalam tindakan sebelum ini seperti tidak pernah berlaku yer??? Amat kasihan orang Melayu di dalam PASiq nih..
Dengan pemimpin tertinggi yang semakin menunjukkan kebodohannya, ahli-ahli PAS masih nak berdiam diri sahaja ke??
Kita pun tak tau lah apa akan berlaku dengan Melayu PAS nih. Bila ada sesetengah dari mereka tidak mengaku Melayu dan mengaku Islam pula?? Dalam masa yang sama tunduk dengan kafir DAPig.
Akan wujudkah 'Bangsa PAS' selepas ini?? Maklum sahaja lah, Mat Sabu kan mahu mewujudkan sejarah ketemadunan PAS itu sendiri. Hahaha.. Ikut suka lah Mat Sabu..  seperti Luncai terjun dengan labunya..
Yang pastinya Sejarah sedang tercatat kedangkalan Mat Sabu.
  


PAS Digesa Nyata Pendirian Sebenar Isu Mat Sabu !!!


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin pada Sabtu menggesa kepimpinan Pas menyatakan pendirian parti itu berhubung kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu yang mengecilkan pergorbanan pejuang kemerdekaan dalam tragedi Bukit Kepong, 61 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berpendapat, selepas Pengerusi DAP Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menolak tindakan Mohamad itu, Pas perlu menjelaskan pendirian parti itu bagi mengelak mengelirukan masyarakat.

"Selepas Karpal Singh sendiri membantah tindakan Mohamad, apa yang dilakukan Mat Sabu (Mohamad) itu bukanlah sebagai suara pihak pembangkang tetapi ia mengelirukan rakyat tentang pakatan mereka (Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat)," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di sini pada 21 Ogos lepas dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Dr Awang Adek berkata, Mohamad seharusnya mempamerkan sikap seorang pemimpin tertinggi sebuah parti yang menegakkan agama Islam dengan tidak menyokong fahaman komunis yang sudah pupus dan ketinggalan zaman.

"Malahan fahaman itu ditolak oleh mana-mana agama sekalipun, ditolak oleh dunia sejak 40 tahun lepas dan zaman komunis sudah berlalu seperti Soviet Union yang hapus dan tidak diterima masyarakat dunia umumnya," katanya.

Dr Awang Adek yang turut merasa hairan dengan tindakan Mohamad itu berkata sehubungan itu rakyat harus bijak menilai perilaku sebenar pemimpin parti itu yang sentiasa mencari 'kerenah' untuk mengelirukan rakyat.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin Islam, Mohamad sepatutnya berfikir dengan waras sebelum membuat sebarang kenyataan dan sentiasa bercakap benar.

"Mat Sabu tidak harus menimbulkan semangat menentang kerajaan seperti dahulu di mana komunis melawan tentera British...ia seolah-olah menanamkan kebencian terhadap kerajaan, perjuangan Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn (Jaafar) tidak boleh dipertikaikan," katanya.

Di PASIR PUTEH, Kelantan, lebih 10 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) diketuai oleh anggota jawatankuasa PBTM Pasir Puteh, Zawawi Mohamed, 64, membuat laporan polis berhubung kenyataan Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh hari ini.

"Kita mahu polis membuat siasatan segera dan menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," kata Zawawi kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.
Dalam aduannya itu, Zawawi berkata pihaknya kesal dan rasa terhina apabila komunis dianggap sebagai hero dalam tragedi itu dan tindakan Mat Sabu berniat jahat untuk memutarbelitkan fakta sejarah demi kepentingan politik.

"Saya berharap kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan se
wajarnya," katanya.

Di TASEK GELUGOR, Umno Pulau Pinang menyifatkan percanggahan pendapat dalam pakatan pembangkang mengenai kenyataan Mat Sabu, sebagai bukti tiada persefahaman di kalangan mereka.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata ia terbukti apabila pandangan Karpal Singh berbeza dengan kenyataan rasmi pakatan pembangkang.

Katanya Karpal meminta Mohamad supaya menarik balik kenyataannya manakala kenyataan rasmi pakatan pembangkang menyokong kenyataan pemimpin PAS itu.

"Saya harap rakyat melihat perkembangan ini dan menjadikannya sebagai iktibar terutama tindakan mereka yang tidak menghargai jasa pejuang yang terkorban bagi mencapai kemerdekaan," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Tasek Gelugor. - BERNAMA

Friday, 2 September 2011

Jumpa saya dapatkan bahan sejarah – Kay Kim

Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo kay Kim

Desakan demi desakan kepada Mat Sabu pemimpin paling dungu dalam Malaysia abad ini dan tidak akan jumpa di lain zaman. Sangat memalukan dan memualkan!!!

Klik sini untuk fakta selanjutnya.

Dongeng Mat Sabu kononnya di langgar polis ketika BERSIH 2.0 akan menjadi Sejarah dan akan di baca generasi akan datang. Siapa berani menidakkan?? Tapi kan, sehingga hari ini kami rakyat Malaysia tertanya-tanya, bila lagi Mat Sabu nak menyaman PDRM? Kah kah kah kah kah kah kah

Sejarah kebodohan Mat Sabu sekali lagi akan di baca dan menjadi bahan lawak generasi akan datang kerana dia seorang pemimpin yang paling dungu, bodoh dan bingai!!!! Mencabar dan mahu menukar fakta sejarah di gelar PENGKHIANAT NEGARA!!!

Karpal Singh pun suruh Mat Sabu menarik balik isi ceramahnya!!!
Kah kah kah kah kah kah

Karpal Singh kata Mat Sabu Liabiti Pakatan Haram
Tak ada gunanya..
Kah kah kah kah kah kah

Klik sini apa kata Karpal Singh..

Monday, 29 August 2011

Saya tak ingat – Mat Sabu

Lihat Youtube ini


  • Mohamad Sabu yang dikecam pelbagai pihak kerana menyokong perjuangan komunis, akhirnya muncul memberi reaksi pertama beliau yang dianggap cukup mengejutkan.






  • Dalam kenyataan ringkasnya, Timbalan Presiden Pas itu mendakwa tidak ingat apa yang beliau ucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.






  • Sementara itu pelbagai pihak terus mengecam beliau dan setakat ini 20 laporan polis dibuat ke atasnya.




  • Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula secara tegas melabelkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu sebagai pengganas dan pengkhianat negara.





  • KUALA LUMPUR 28 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang terpalit dengan kontroversi terbaru selepas menganggap pengganas komunis sebagai hero memberi jawapan mengejutkan apabila memberitahu, dia tidak mengingati apa yang diucapkannya.

    Ia kenyataan pertama seumpamanya pernah dibuat oleh Mohamad dalam usahanya ‘membela’ diri kerana dalam mana-mana kes kontroversinya sebelum ini, pemidato hebat Pas itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terlupa mengenai apa yang pernah dituturkan.

    Lebih mengejutkan, dakwaan terlupa itu dibuat ketika video yang memaparkan ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu telah mula tersebar di Internet terutamanya di laman-laman blog dan laman sosial Facebook sejak petang semalam.

    “Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana,” katanya seperti mana dipetik dari lidah rasmi Pas, http://harakahdaily.net, hari ini. (Youtube di atas bukti besi yang tidak boleh dipertikaikan)

    Utusan Malaysia dalam laporan muka depan semalam melaporkan, Mohamad menganggap Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

    Menurut Timbalan Presiden Pas itu, Muhammad Indera, iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis tersebut.

    Dalam ceramahnya itu juga, beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British selain turut berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara.

    Rentetan kontroversi itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa ‘penyembelihan’ Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua Pas itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

    Tidak terkecuali mengutuk perbuatan biadab itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menganggap Mohamad sebagai pemimpin yang buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

    Sumber : Utusan Malaysia

    p/s : Pemimpin seperti ini yang pembangkang harapkan?? Kepesongan yang dibuat oleh Mat Sabu menunjukkan bahawa pembangkang tuli dan menjadi barua DAP!!!!

    Isu Murtad hanya dilihat mudah, berdemonstrasi haram (BERSIH 2.0)  dihalalkan, kini mahu  menjadi hero barang terbuang pula semata-mata untuk setia bersama DAPig!!!

    Mat Sabu sudah hilang ingatan!!! Tak lama lagi akan nyanyuk sama seperti Pok Nik Aziz Nikmat Pura..

    Good bye PAS!!! PARTI AMAT SESAT

    Sunday, 28 August 2011

    Mat Sabu dah salah guna kuasa Ahli Lembaga Pengarah pula!!!


    Bil rawatan cedera sertai perhimpunan haram dibayar PBA: Bang Mat...sila jawab  <<<<<< klik tajuk berikut..


    Mereka berdua nih sangat BERSIH kah???


    Cerita sudah terbongkar, bukti kita perlu tolak PAKATAN HARAM!!!

    Kalau mengikut jalan ceritanya, kes ini menarik kerana ia melibatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.


    Namun, apa kan daya, Pengikut PAKATAN HARAM tidak akan percaya melainkan menambahkan fitnah lagi kepada Kerajaan Malaysia..


    KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI HATI RAKYAT MALAYSIA



    Saturday, 20 August 2011

    Trio Temberang

    Wajah-wajah Penuh Dendam dengan BN/UMNO

    PAS suka membohongi rakyat dengan mempergunakan agama untuk kepentingan dan sandiwara politik. Kini Allah SWT menunjukkan tembelang pemimpin PAS yang munafik dengan sikap berdolak dalih dalam kenyataannya.

    Berikut adalah bukti-buktinya:-

    1. Berdusta kononnya nak tegak Negara Islam. Pas mendakwa ingin menegakkan sebuah negara Islam berteraskan Perlembagaan Madinah. (Perkara ini ditekan dalam Manifesto PAS 1990 dan siri ceramahnya menjelang pilihanraya sekarang) Sebenarnya konsep negara Islam tidak pun disebut dalam Perlembagaan PAS pada 1990 lagi. Dalam Manifesto Pakatan Barisan Alternatif (BA) dahulu pun yang mana PAS menjadi teraju, syarat negara Islam digugurkan sendiri oleh PAS atas desakan dan untuk jaga hati DAP yang anti Islam.

    1. Sanggup terima Perdana Menteri bukan Islam. Nik Aziz berkata orang bukan Islam juga boleh menjadi Perdana Menteri, (9 Oktober 1999). Ini bertentangan dengan perjuangan UMNO dan pegangan Barisan Nasional biarpun MCA dan MIC bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah daripada orang Melayu. Ini bukti yang PAS tidak mempunyai semangat perjuangan Islam sebenar dan membuat kenyataan hanya untuk kepentingan politiknya yang sempit. Malah kenyataan ini boleh membahayakan negara dan kepentingan orang Melayu.

    1. PAS dakwa Islam mengalakkan umatnya mencarut. Nik Aziz berkata ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempatnya. Katanya, novel kontroversi SHIT karya Shahnon Ahmad yang meenggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam ( 27 April 1999)

    1. PAS dakwa Allah SWT juga memaki dan mencarut. Nik Aziz berkata Allah sendiri guna perkataan memaki, mencemuh atau mencarut. Jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tetapi terserah kepada manusia di mana tempatnya. (27 April 1999)

    5.       Kerajaan PAS melarang wanita bekerja. Nik Aziz berkata kerajaan PAS Kelantan akan menkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita bekerja kerana lelaki dari segi fitrah mempunyai tanggungjawab mencari nafkah menanggung keluarga, (16 Mac 1999). Apa akan jadi dengan wanita kini bekerja untuk menyara keluarga. Ini bermakna PAS tidak mahu wanita membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Ini amalan diskriminasi kepada wanita yang dianggap oleh PAS hanya layak duduk di dapur.

    6.       Hanya wanita kurang rupawan sahaja boleh bekerja. Nik Aziz berkata cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita kurang cantik sahaja kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Oleh itu katanya, jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka (20 Julai 1999)

    7.       Pas akan lelong Putrajaya. Dato’ Fadhil Noor berkata; PAS akan melelong Putrajaya kepada raja-raja terkaya di seluruh dunia jika PAS menang dalam pilihanraya.

    8.       Tuduh UMNO kafir bekerjasama dengan MCA dan MIC. UMNO kerjasama dengan bukan Islam dikatakan haram. Bagaimanapun bila PAS sendiri bekerjasama dengan DAP (benci Islam), Keadilan dan PSRM, ulama PAS dan Nik Aziz ubah hukum pula yang kerjasamanya dengan bukan Islam itu adalah HARUS. Jelas hukum dan fatwa PAS adalah ’double standard’ dan kalau PAS buat semuanya HALAL tapi orang lain yang melibatkan UMNO semuanya HARAM.

    9.       PAS mahu kerjasama dengan UMNO jika terima Islam. Suruh UMNO terima Islam sebagai Ad-Din barulah PAS sanggup menerimanya. (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, 4 Oktober 1996) Nampaknya PAS meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO biarpun UMNO memang mengutamakan Islam dan anggota parti pun Islam. Malah UMNO berjuang meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan agama rasminya Islam. Sebaliknya DAP meletakkan syarat kepada PAS jika mahu bersamanya perlu gugurkan penubuhan negara Islam malahan PAS menerimanya dengan rakus. Ini  satu pengkhianat terhadap Islam dan PAS bangga berbuat begitu.

    10.    Sanggup bekerjasama dengan DAP biarpun mengorbankan Islam. Nik Aziz berkata; ”Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan kita mendirikan negara Islam. (Kenyataannya pada 12 Mei 1999). DAP yang kafir dan terang-terang menentang Islam dan tidak mahu lihat penubuhan negara Islam sebenarnya musuh Islam. Bagi PAS musuh Islam adalah kawannya dan tak perlu tubuh negara Islam pun tak apa asal dapat berbaik dengan DAP untuk memerintah negara. Inilah semangat perjuangan PAS untuk Islam.

    11.    Sedia kerjasama dengan setan asal dapat kuasa. ”Siapa saja yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima. Kalau mereka nak tolong kenapa kita perlu tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, Syaitan pun boleh saya terima.” (24 Januari 1999). Dulu pada 1990, Nik Aziz kata malaikat yang tolong PAS semua kerusi. Sekarang terbalik, mungkin malaikat sudah bantu BN sehingga PAS tewas 2 kerusi di Parlimen dan 7 kerusi DUN dan bertambah lagi dengan kemasukan Semangat 46. Nik Aziz melatah dan beralih kepada bantuan Syaitan pula. Syaitan mana ada yang baik bukan seperti jin dan Islam dan Kafir.

    12.    Berjanji haramkan kegiatan judi dan arak di Kelantan. Semasa kempen pilihanraya umum 1990, PAS berjanji untuk haramkan semua kegiatan judi dan arak. Bagaimanapun pada 19 November 1992, PAS buat kenyataan lain pula; ”Kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi arak, ia hanya dibenar dijual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja kerana jika diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.”

    13.    Merosakkan fikiran kanak-kanak untuk tujuan politik. Nik Aziz mendakwa tidak salahnya jika PAS mendidik anak-anak menentang Barisan Nasional (BN). Katanya BN sememangnya perlu ditentang kerana membawa pelbagai kemungkaran menolak hukum Tuhan. (12 Oktober 1999) UMNO tidak mempergunakan kanak-kanak untuk kepentingan politik. Sebaliknya mereka di asuh dan dididik untuk mengejar kepentingan ilmu untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. UMNO mahu kanak-kanak menjadi generasi pembangun bangsa tetapi PAS mahu kanak-kanak membesar sebagai PEROSAK BANGSA.

    14.    Keluar fatwa UMNO/BN adalah haram untuk umat Islam. Nik Aziz berkata jika beliau dilantik menjadi Mufti Kelantan, UMNO/BN akan diistiharkan haram bagi umat Islam. Katanya, perkara ini adalah tindakan pertama yang akan dilakukan jika beliau dilantik menjawat jawatan berkenaan oleh UMNO. (20 September 1999)

     Sumber : klik sini

    Thursday, 18 August 2011

    Nak ke tau kenapa Nik Aziz benci sangat dengan UMNO/BN???


     
    Kerja kami membongkar!!!! 
    Hijab puak pembangkang telah tertutup sejak adanya tokoh pemimpin dikalangan mereka yang mempunyai kepentingan pribadi dan menutup pekung di dada akibat kesalahan yang dilakukan mereka sendiri. 


    Siapa kata Nik Aziz Nikmat tak ada buat kesilapan yang perlu ditentang?? Oleh kerana taksub dengan imej Ulamak, Personaliti Nik Aziz Nikmat sentiasa dihormati oleh ahli PAS kuno. 

    Peliklah kita mendengar taraf ulamak yang bertindak menggunakan emosi tidak menggunakan akal. Tambahan 'ular dalam semak' seperti Nik Aziz Nikmat menggunakan otak lutut bukan yang dikurniakan oleh Allah terhadap otaknya yang maksum satu ketika dahulu. Maksum ke dia?? Tidak pula ku tahu.

    Ramai yang tidak tahu, kami pun tak tahu.. tapi, nih kami baru tahu.. Jom bongkar????

    Berikut diperolehi dari laman FACEBOOK (Group Melayu Mudah Lupa). Dengarnya dikeluarkan oleh pengikut PAS dan telah di copy paste oleh Facebookers bagi mencari kebenaran melalui persepsi. Dalam PAS sendiri pun ada duri dalam daging??? Maka tak hairanlah PAS sedang menuju kehancuran.) 


    Mulakan membaca ini,
    Antara Punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

    Klik di sini kenapa PAS disingkir dari Barisan Nasional. 


    Berikut di bawah tidak pernah diceritakan oleh PAS,


    1. Ada di antara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO/BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO/BN tidak pernah campur tangan dalam corak pemerintahan PAS (ketika itu.) Malah, keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri. 


    2. Pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS untuk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu), Tan Sri Datuk Hj Mohd ASri bin Hj Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. 


    3. Asas yang digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) untuk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO. 


    4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan  dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan PAS di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putaar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan perpaduan PAS-UMNO. 


    5. Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato' Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai Menteri Besar Kelantan oleh Pucuk Pimpinan PAS Kelantan itu sendiri. 


    6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditentang keluar oleh Pucuk Pimpinan PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang DiPertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya dengan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang DiPertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982. 


    7. Krisis Kepimpinan PAS Kelantan 1977 ini yang membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1878. Apapun kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS Kelantan atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh PAS Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. 


    8. Tumbangnya Dato' Muhammad NAsir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkan berlakulah rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.


    9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn di dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana Menteri ketika itu, beliau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang.


    10. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. 


    11. Rang Undang-undang Darurat Kelantan dirangka bersama-sama Menteri PAS yan ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri PAS sendiri. 


    12. Setelah Kelantan di bawah darurat, Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan PAS Pusat yang dari awal begitu lantang menentang gabungan PAS-BN. 


    13. Hasil dari desakan itum Hasi Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agong PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh DAtuk Mohd Asri yang kononnya beliau menjadi ketua menteri-menteri PAS yang menyokong  rang undang-undang Darurat. 


    14. Malah beberapa pimpinan PAS yang menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap pemberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menentang setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan. 


    15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan PAS-UMNO. 


    16. Rentetan ddari itu juga menyebabkan Krisi dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti seperti Berjasa dan Hamim. 


    17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO telah menyaksikan ssatu PRK Kelantan diadakan pada MAc 1878. 


    18. Pada PRK Mac 1878, rakyat menjaddi gempar setelah pekong yang selama ini di simpan oleh beberapa pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz ketika itu terbongkar apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba mengadaikan 


    Sumber : Group Melayu Mudah Lupa  (Facebookers)


    p/s : Gempar!!!! Nik Aziz Nikmat sendiri mahu menutup pekung kesalahannya sejak tahun 1970an. Dialah yang memulakan dan menyalahkan UMNO-BN dalam usaha melaksanakan kemajuan. Penganut PAS sendiri semakin terkeliru di mana fakta, auta dan nampak gayanya temberang saja yang lebih bagi menagih undi rakyat dari dulu hingga kini. Buktinya tidak banyak masjid baru didirikan selain dari tokong Buddha tertinggi di Asia Tenggara.


    PAS perlu ditolak kerana dah semakin munafik kepada rakyat Malaysia tambahan lagi kini sanggup bekerjasama dengan DAP yang membenci Melayu.