Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 21 August 2011

Apa kerja Ali Setan ni??

Alhamdulillah, Azmil Mustapha

Nauzubillah min zaliq, apa kerja ko ni bang..

Niat Hijrah perlu seiring dengan sifat yang tawaduq.

"Amal Makruh Nahi Mungkar"

Islam yang bersifat syumul jangan di permainkan. Benar anda telah berubah dari 'Ali Setan' kepada 'Ustaz Azmil Mustapha'. 

Persoalannya, kenapa setelah anda puas menjadi Ali Setan kemudian anda mahu menyesatkan umat Islam dengan imej Ulama pula??

Bersederhanalah dalam penyampaian agar umat Islam semakin bersatu. 

Salam Lebaran 1432H

Relevannya Tun Mahathir berbanding Nik Aziz


Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ketika ini masyarakat Islam Malaysia berpecah kepada tiga puak sehingga mereka menjadi lemah dan boleh membuka ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan.

Menurut beliau, tiga puak berkenaan sebenarnya 'berperang' sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti kebanyakan negara Islam lain yang menghadapi pelbagai masalah. 

"Saya percaya jika terus berpecah belah dan terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing lemah kerana sokongan tidak mencukupi, sekali lagi kita akan dijajah oleh pihak lain kerana kelemahan ini."

"Sebagai orang Islam kita harus ingat sepanjang masa bahawa dalam keadaan kita lemah hanya perpaduan sahaja yang boleh menjaddi benteng dalam mempertahankan hak kita." kata Tun ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Massjid al-Ehsan, Batu 3, semalam.

Dr. Mahathir berkata, masyarakat Islam di negara ini harus bersyukur kerana walaupun Malaysia mengamalkan perkongsian kuasa, namun yang menjadi tunjang pemerintahan ialah orang Islam.

Bagaimana pun, kata beliau apa yang dinikmati itu akan berakhir jika orang Islam hilang kuasa pemerintah.

"Apabila kita sudah tidak berkuassa dan tidak menjadi tunjang kerajaan, maka percayalah kita akan mengalami nasib yang sama seperti orang Islam lain yang terpaksa tinggal di mana orang Islam tidak berkuasa lagi." Katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir membidas PAS kerana sanggup 'menghalalkan' segala perbuatan yang dilakukan oleh orang bukan Islam kerana mendapat sokongan golongan itu dan menjaga kerjasama dengan ssekutunya dalam pakatan pembangkang.


Katanya, tindakan PAS itu tidak pelik kerana parti tersebut juga sanggup menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan hukum Hudud serta digantikan dengan negara Berkebajikan.

"Oleh kerana kerjasama dengan orang itu, apa orang itu buat pun dia nak halalkan. Sekarang nak perjuang agama Islam sudah gugur, hukum hudud dah gugur dan diganti dengan negara berkebajikan.

"Apa orang itu buat semua halal pasal nak undi (dan)sokongan daripada orang itu," Ujar Dr. Mahathir.

Sumber : Blog Mim

Sedikit cebisan dari Tun M di sini!!!! Selagi ada hasutan PAKATAN HARAM selagi itu budaya fitnah memfitnah berleluasa.

Saturday, 20 August 2011

Trio Temberang

Wajah-wajah Penuh Dendam dengan BN/UMNO

PAS suka membohongi rakyat dengan mempergunakan agama untuk kepentingan dan sandiwara politik. Kini Allah SWT menunjukkan tembelang pemimpin PAS yang munafik dengan sikap berdolak dalih dalam kenyataannya.

Berikut adalah bukti-buktinya:-

  1. Berdusta kononnya nak tegak Negara Islam. Pas mendakwa ingin menegakkan sebuah negara Islam berteraskan Perlembagaan Madinah. (Perkara ini ditekan dalam Manifesto PAS 1990 dan siri ceramahnya menjelang pilihanraya sekarang) Sebenarnya konsep negara Islam tidak pun disebut dalam Perlembagaan PAS pada 1990 lagi. Dalam Manifesto Pakatan Barisan Alternatif (BA) dahulu pun yang mana PAS menjadi teraju, syarat negara Islam digugurkan sendiri oleh PAS atas desakan dan untuk jaga hati DAP yang anti Islam.

  1. Sanggup terima Perdana Menteri bukan Islam. Nik Aziz berkata orang bukan Islam juga boleh menjadi Perdana Menteri, (9 Oktober 1999). Ini bertentangan dengan perjuangan UMNO dan pegangan Barisan Nasional biarpun MCA dan MIC bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah daripada orang Melayu. Ini bukti yang PAS tidak mempunyai semangat perjuangan Islam sebenar dan membuat kenyataan hanya untuk kepentingan politiknya yang sempit. Malah kenyataan ini boleh membahayakan negara dan kepentingan orang Melayu.

  1. PAS dakwa Islam mengalakkan umatnya mencarut. Nik Aziz berkata ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempatnya. Katanya, novel kontroversi SHIT karya Shahnon Ahmad yang meenggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam ( 27 April 1999)

  1. PAS dakwa Allah SWT juga memaki dan mencarut. Nik Aziz berkata Allah sendiri guna perkataan memaki, mencemuh atau mencarut. Jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tetapi terserah kepada manusia di mana tempatnya. (27 April 1999)

5.       Kerajaan PAS melarang wanita bekerja. Nik Aziz berkata kerajaan PAS Kelantan akan menkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita bekerja kerana lelaki dari segi fitrah mempunyai tanggungjawab mencari nafkah menanggung keluarga, (16 Mac 1999). Apa akan jadi dengan wanita kini bekerja untuk menyara keluarga. Ini bermakna PAS tidak mahu wanita membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Ini amalan diskriminasi kepada wanita yang dianggap oleh PAS hanya layak duduk di dapur.

6.       Hanya wanita kurang rupawan sahaja boleh bekerja. Nik Aziz berkata cadangan kerajaan negeri untuk memberi pekerjaan kepada wanita kurang cantik sahaja kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Oleh itu katanya, jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka (20 Julai 1999)

7.       Pas akan lelong Putrajaya. Dato’ Fadhil Noor berkata; PAS akan melelong Putrajaya kepada raja-raja terkaya di seluruh dunia jika PAS menang dalam pilihanraya.

8.       Tuduh UMNO kafir bekerjasama dengan MCA dan MIC. UMNO kerjasama dengan bukan Islam dikatakan haram. Bagaimanapun bila PAS sendiri bekerjasama dengan DAP (benci Islam), Keadilan dan PSRM, ulama PAS dan Nik Aziz ubah hukum pula yang kerjasamanya dengan bukan Islam itu adalah HARUS. Jelas hukum dan fatwa PAS adalah ’double standard’ dan kalau PAS buat semuanya HALAL tapi orang lain yang melibatkan UMNO semuanya HARAM.

9.       PAS mahu kerjasama dengan UMNO jika terima Islam. Suruh UMNO terima Islam sebagai Ad-Din barulah PAS sanggup menerimanya. (Kenyataan kepada pemberita di Kota Bharu, 4 Oktober 1996) Nampaknya PAS meletakkan bermacam-macam syarat untuk bekerjasama dengan UMNO biarpun UMNO memang mengutamakan Islam dan anggota parti pun Islam. Malah UMNO berjuang meletakkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan agama rasminya Islam. Sebaliknya DAP meletakkan syarat kepada PAS jika mahu bersamanya perlu gugurkan penubuhan negara Islam malahan PAS menerimanya dengan rakus. Ini  satu pengkhianat terhadap Islam dan PAS bangga berbuat begitu.

10.    Sanggup bekerjasama dengan DAP biarpun mengorbankan Islam. Nik Aziz berkata; ”Saya bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan kita mendirikan negara Islam. (Kenyataannya pada 12 Mei 1999). DAP yang kafir dan terang-terang menentang Islam dan tidak mahu lihat penubuhan negara Islam sebenarnya musuh Islam. Bagi PAS musuh Islam adalah kawannya dan tak perlu tubuh negara Islam pun tak apa asal dapat berbaik dengan DAP untuk memerintah negara. Inilah semangat perjuangan PAS untuk Islam.

11.    Sedia kerjasama dengan setan asal dapat kuasa. ”Siapa saja yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima. Kalau mereka nak tolong kenapa kita perlu tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, Syaitan pun boleh saya terima.” (24 Januari 1999). Dulu pada 1990, Nik Aziz kata malaikat yang tolong PAS semua kerusi. Sekarang terbalik, mungkin malaikat sudah bantu BN sehingga PAS tewas 2 kerusi di Parlimen dan 7 kerusi DUN dan bertambah lagi dengan kemasukan Semangat 46. Nik Aziz melatah dan beralih kepada bantuan Syaitan pula. Syaitan mana ada yang baik bukan seperti jin dan Islam dan Kafir.

12.    Berjanji haramkan kegiatan judi dan arak di Kelantan. Semasa kempen pilihanraya umum 1990, PAS berjanji untuk haramkan semua kegiatan judi dan arak. Bagaimanapun pada 19 November 1992, PAS buat kenyataan lain pula; ”Kita mengharamkan sama sekali penjualan judi. Sementara bagi arak, ia hanya dibenar dijual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja kerana jika diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya.”

13.    Merosakkan fikiran kanak-kanak untuk tujuan politik. Nik Aziz mendakwa tidak salahnya jika PAS mendidik anak-anak menentang Barisan Nasional (BN). Katanya BN sememangnya perlu ditentang kerana membawa pelbagai kemungkaran menolak hukum Tuhan. (12 Oktober 1999) UMNO tidak mempergunakan kanak-kanak untuk kepentingan politik. Sebaliknya mereka di asuh dan dididik untuk mengejar kepentingan ilmu untuk membangunkan agama, bangsa dan negara. UMNO mahu kanak-kanak menjadi generasi pembangun bangsa tetapi PAS mahu kanak-kanak membesar sebagai PEROSAK BANGSA.

14.    Keluar fatwa UMNO/BN adalah haram untuk umat Islam. Nik Aziz berkata jika beliau dilantik menjadi Mufti Kelantan, UMNO/BN akan diistiharkan haram bagi umat Islam. Katanya, perkara ini adalah tindakan pertama yang akan dilakukan jika beliau dilantik menjawat jawatan berkenaan oleh UMNO. (20 September 1999)

 Sumber : klik sini

Apa??? Anuar Ibrahim buat solat taubat malam ni..

Apa bezanya Sumpah Laknat yang dibuat Saiful Bukhari Azlan dan Solat Hajat Anuar Ibrahim malam ini??

Alangkah bagusnya kalau Anwar Ibrahim membuat solat Taubat diri dan keluarga 69 nya.

Memang benar hari baik bulan baik kita wajib bermaaf-maafan, tetapi lebih baik Anwar memohon kemaafan daripada Allah Taala di atas kecelaruan identitinya sendiri.

Adakah dunia hari ini kejam memperlakukan dia sebegitu rupa? Apa pung 'abe Nuar' weh.. ambo kecek doh lamo doh.. 

Tapi, Aiman tak kisah, syukurlah dengan permainan memporak perandakan kami di bumi Malaysia ini dan bersatunya kami di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak yang tenang dan sabar, kami masih bersama untuk melihat Malaysia terus bahagia. 

Semoga dengan solat Hajat yang dibuat oleh Anwar Ibrahim malam ini, Allah menunjukkan jalan taubat kepada abang Anuar yerrrr..

Apa pun terima kasih jemput kami;

"Jemputan munajat rakyat menolak fitnah UMNO/BN akan dilakukan malam ini (20 Ogos 2011) selepas solat  Tarawikh bertempat dikediaman rasmi DSAI. Pohon hadir untuk bersama-sama menolak UMNO/BN ke atas DSAI." Hatta katanya yang disebarkan melalui BBM, FB dan Twitter hari ini. Insya Allah, kami Pergerakan Puteri UMNO akan hadir yer bang Nuar..

Semoga Allah Taala memberi petunjuk dan menyelamatkan bumi Malaysia dari manusia yang konflik identiti seperti bang Anuar. Amin. 

22 Ogos 2011 akan bermulanya tarikh fasa baru untuk Anuar Ibrahim melanjutkan pelajarannya di Universiti Sungai Buloh. Semoga Allah mengampun dosa Anuar Ibrahim dan Malaysia bebas dari tuduhan Keluarga 69 ni.