Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label Tun Mahathir Mohamed. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir Mohamed. Show all posts

Tuesday, 20 September 2011

Tun Dr. M kata I.S.A tak kejam, yang kejam pembangkang


Mantan Perdana Menteri Malaysia
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin menyatakan sokongan beliau terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata langkah itu akan memberi lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia.
Namun, Dr Mahathir menegaskan ISA yang diwarisi sejak zaman British sebenarnya tidaklah terlalu kejam kerana rakyat Malaysia masih bebas memberi pandangan dan pendapat mereka.
"Tidak semua mereka yang membuka mulut terus ditahan di bawah ISA, dan tanggapan bahawa Malaysia tidak bebas kerana ISA juga tidak tepat," katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran KelabChedet.com di sini.
Bernama melaporkan, Dr Mahathir berkata tindakan menghapuskan ISA meletakkan Malaysia "pada tahap moral yang tinggi", malah boleh dianggap setahap lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.
"Selepas penghapusan akta itu, kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara, sebagai contoh, di kem tahanan Teluk Guantanamo.
"Masih ada yang ditahan sejak 10 tahun lepas dan tidak dibicarakan, ditahan hanya kerana mereka orang Islam," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata Malaysia kini lebih liberal dengan penghapusan ISA dan berhak membuat tuntutan seumpama itu terhadap negara seperti Amerika dan Britain.
"Dulu mereka menegur Malaysia kononnya zalim, menahan tahanan tanpa perbicaraan, namun itu yang mereka lakukan sekarang ini.
"Mungkin mereka baru sedar dalam situasi tertentu, Malaysia terpaksa menahan orang tanpa perbicaraan, namun apa yang mereka lakukan di Teluk Guantanamo lebih kejam dengan meluluskan undang-undang yang membenarkan penyeksaan tahanan," katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir khuatir puak pelampau dan perkauman di Malaysia akan mengambil kesempatan untuk membuat kenyataan yang akan merugikan negara apabila ISA dihapuskan.
Sementara itu, bekas perdana menteri itu berkata beliau menggunakan blog sebagai medium untuk berkomunikasi dengan orang ramai.
"Melalui blog saya mampu membuat teguran dan menyampaikan pandangan untuk dikongsi bersama," katanya.
Berpendapat teguran yang dibuat dalam blog beliau sebagai satu keperluan, Dr Mahathir berkata blog harus digunakan untuk menyampaikan sesuatu yang betul.

Monday, 5 September 2011

Tun Dr. M - Akhbar melaporkan sesuatu yang pelik!!!


Sesuatu yang boleh dikongsi perlu di baca.. Membongkar kunci kebenaran..
Tun Dr. Mahathir Mohamed (Perwira Negara) 

Disebalik isu-isu yang berlaku hari ini, Tun Dr. Mahathir Mohamed pantas dengan buah fikiran dan tafsiran tepat pada kedangkalan pemimpin PAS dan DAP. Mungkin Melayu Mudah Lupa!!!


Karpal Singh dan Mohamad Sabu

1. Akhbar melaporkan sesuatu yang pelik.
2. Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.
3. Sungguh aneh sikap Karpal. Tetapi sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.
4. Sebab itu ia dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak.
5. Sesungguhnya di masa lampau terdapat satu usaha dikalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis. Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin Umno dahulu yang telah dapat membatal rancangan Malayan Union British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara.
6. Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.
7. Anwar Ibrahim pula pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.
8. Pas sekarang sudah gugur matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Juga digugur ialah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Bersama dengan pembersihan pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.
9. Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan. Sedikit sebanyak sokongan rakyat, terutama dikalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka akan terhakis. Saya percaya pemimpin yang lebih berpengalaman diantara mereka seperti Karpal Singh akan cuba mengurangkan kelancaran ke arah pembersihan komunis Malaysia untuk tidak terlalu memburukkan persepsi rakyat, khususnya mereka yang telah berkorban untuk menyelamatkan negara ini.
10. Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.
11. Pas sekarang tidak lagi Pas Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Na’uzubillah.
Sumber : http://chedet.cc/blog/?p=590#more-590


Gerbang Tempur Puteri UMNO Malaysia pernah mempertikaikan disebalik ulasan Karpal Singh yang bercanggah dengan Mat Sabu berkaitan peristiwa Bukit Kepong dengan tajuk Jangan Mudah Terjerat dengan Kenyataan Karpal Singh Lidah Bercabang!!!! <<<<< Klik sebelah kiri. 


p/s : Ini seterusnya membuktikan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia tidak mentah dalam era perjuangan politik Malaysia dan kami sangat 'serius' dalam memperkasakan UMNO seterusnya Barisan Nasional.


Terima kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jasamu sentiasa di kenang oleh kami generasi muda. Salam kemerdekaan Tun!!!!! 




Sunday, 21 August 2011

Relevannya Tun Mahathir berbanding Nik Aziz


Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ketika ini masyarakat Islam Malaysia berpecah kepada tiga puak sehingga mereka menjadi lemah dan boleh membuka ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan.

Menurut beliau, tiga puak berkenaan sebenarnya 'berperang' sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti kebanyakan negara Islam lain yang menghadapi pelbagai masalah. 

"Saya percaya jika terus berpecah belah dan terbahagi kepada tiga puak yang masing-masing lemah kerana sokongan tidak mencukupi, sekali lagi kita akan dijajah oleh pihak lain kerana kelemahan ini."

"Sebagai orang Islam kita harus ingat sepanjang masa bahawa dalam keadaan kita lemah hanya perpaduan sahaja yang boleh menjaddi benteng dalam mempertahankan hak kita." kata Tun ketika majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Massjid al-Ehsan, Batu 3, semalam.

Dr. Mahathir berkata, masyarakat Islam di negara ini harus bersyukur kerana walaupun Malaysia mengamalkan perkongsian kuasa, namun yang menjadi tunjang pemerintahan ialah orang Islam.

Bagaimana pun, kata beliau apa yang dinikmati itu akan berakhir jika orang Islam hilang kuasa pemerintah.

"Apabila kita sudah tidak berkuassa dan tidak menjadi tunjang kerajaan, maka percayalah kita akan mengalami nasib yang sama seperti orang Islam lain yang terpaksa tinggal di mana orang Islam tidak berkuasa lagi." Katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir membidas PAS kerana sanggup 'menghalalkan' segala perbuatan yang dilakukan oleh orang bukan Islam kerana mendapat sokongan golongan itu dan menjaga kerjasama dengan ssekutunya dalam pakatan pembangkang.


Katanya, tindakan PAS itu tidak pelik kerana parti tersebut juga sanggup menggugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan hukum Hudud serta digantikan dengan negara Berkebajikan.

"Oleh kerana kerjasama dengan orang itu, apa orang itu buat pun dia nak halalkan. Sekarang nak perjuang agama Islam sudah gugur, hukum hudud dah gugur dan diganti dengan negara berkebajikan.

"Apa orang itu buat semua halal pasal nak undi (dan)sokongan daripada orang itu," Ujar Dr. Mahathir.

Sumber : Blog Mim

Sedikit cebisan dari Tun M di sini!!!! Selagi ada hasutan PAKATAN HARAM selagi itu budaya fitnah memfitnah berleluasa.