Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label KPUM. Show all posts
Showing posts with label KPUM. Show all posts

Sunday, 9 October 2011

KENYATAAN MEDIA YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Datuk Rosnah Shirlin binti Abd Rashid Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 

Pergerakan Puteri UMNO hairan mengapa Pakatan Pembangkang tidak menubuhkan kabinet bayangan yang sepatutnya diwujudkan terlebih dahulu sebelum mereka boleh `membentangkan' bajet bayangan. Ini kerana bajet bayangan negara pakatan pembangkang mesti dideraf, dibincang dan dipersetujui oleh barisan `kabinet' sebelum ia boleh dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan. Tetapi agak lucu dalam kes bajet bayangan pakatan pembangkang, ia tiba-tiba muncul tanpa diketahui siapa `Menteri Kewangan' dan anggota `kabinet' pembangkang yang telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk dibentangkan kelak.

Pergerakan Puteri UMNO ingin tahu siapa agaknya Menteri Kewangan bayangan pakatan pembangkang. Mungkinkah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau pun Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR atau Menteri Kewangan itu ialah Datuk Seri  Anwar Ibrahim sendiri tetapi beliau telah menggunakan orang lain untuk mengusulkan pembentangan bajet tersebut? Ataupun umpama sudah terang lagi bersuluh, Datuk Seri Anwar cuba mengelirukan dan menipu rakyat sekali lagi sebagaimana yang dilakukan dalam impian menuju ke Putrajaya tiga tahun lalu.

Pakatan pembangkang sepatutnya menamakan siapa Menteri Kewangan dan kabinet bayangan mereka untuk meraih keyakinan rakyat bahawa mereka benar-benar ikhlas dan berani mengusulkan bajet bayangan, bukan sekadar pandai berkata-kata tapi kosong belaka.

Jelas budget kerajaan Barisan  Nasional lebih telus, ikhlas, realistik dan ke hadapan jika dibandingkan denga bajet Pakatan Pembangkang yang lebih bersifat angan-angan Mat Jenin, yang tidak berpijak di bumi nyata dan lebih berlandaskan kepada keinginan mereka untuk memenangi Pilihanraya yang akan datang. 



Datuk Rosnah Shirlin Abd Rashir Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Saturday, 26 March 2011

BN Job Fair PWTC 25 March - 27 March anjuran Pemuda BN Malaysia

Dato' Rosnah antara pemimpin BN yang telah  ahdir dalam majlis perasmian BN Jon Fair  di PWTC anjuaran Pemuda BN yang telah dirasmikan  oelh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak semalam.

Friday, 4 March 2011

Ketua Puteri UMNO Malaysia membantu kempen BN di Merlimau

Merlimau 3 Mar ; Lawatan dan sumbangan  daripada ketua Puteri UMNO Malaysia  serta pemeriksaan  kesihatan  percuma oleh Poliklinik Merlimau bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap timbalan  menteri kesihatan  Malaysia.  YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN.
4 - Mar : Lawatan Kerja ke DUN Kerdau.


Untuk melayari  gambar selanjutnya sila layari slide show GT Puteri.