Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label Datuk Rosnah Shirlin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Rosnah Shirlin. Show all posts

Tuesday, 27 December 2011

KENYATAAN YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI ISU BEBAS


Pergerakan Puteri UMNO kecewa dan mengecam tindakan kurang ajar, biadap dan tidak menghormati orang lain oleh sekelompok mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember 2011 yang  lalu.

Tindakan kumpulan mahasiswa yang berhimpun di PWTC kononnya kerana menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta itu juga amat beremosi dan terbukti sangat tidak matang.

Biar pun mereka yang terlibat dalam Himpunan BEBAS itu tidak ramai namun ia cukup untuk mengambarkan imej buruk mahasiswa secara keseluruhannya.

Pergerakan Puteri UMNO dan semua pihak menghormati hak mahasiswa untuk bersuara dan kerajaan sentiasa memberi ruang kepada mereka untuk menyatakan pendapat, pandangan dan apa juga idea menggunakan saluran yang betul seperti konvensyen, dialog, debat terbuka, forum dan seminar.

Malah mereka juga dibenarkan berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum, namun tindakan menurunkan bendera semata-mata kerana ingin menunjukkan bantahan terhadap AUKU tidak sepatutnya dilakukan oleh mahasiswa kerana ia tidak rasional dan tidak bertamadun.

Pergerakan Puteri UMNO juga telah melihat senarai tuntutan BEBAS dan mendapati ia kurang berasas antaranya kerana:

1. Memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta 174 dan Akta 555. Tuntutan ini sama seperti menutup terus Kementerian Pengajian Tinggi. Saya bersetuju pindaan bagi Seksyen 15 dan ia adalah lambang keterbukaan kerajaan dalam memperkasa suara mahasiswa.

2. Bebaskan Ilmuwan untuk Berakademik. Adakah selama ini Ilmuwan kita tidak bebas untuk berakademik? Menyatakan pandangan dan pendirian politik atas topi parti bukan kebebasan untuk berakademik tulen. Saya percaya isu ini timbul akibat sentimen terhadap kes Prof Aziz Bari di UIA dan halangan pembentangan buku Datuk Saifudin Abdullah (buku berjudul Kalau Saya Mahasiswa) dan ini dijadikan modal untuk menghentam kerajaan tanpa asas.

3. Bebaskan Mahasiswa Bersuara Kebebasan bersuara yang bagaimana lagi yang mereka mahukan? Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuka ruang seluas-luasnya untuk mendengar suara mahasiswa melalui pelbagai pendekatan. Kenapa tidak menggunakan saluran disediakan?

4. Bebaskan Mahasiswa Mengurus Pilihanraya Kampus. Mahasiswa sendiri tidak bersifat berkecuali seandainya mereka diberi tanggungjawab ini dan akan terdedah kepada pelbagai agenda yang tidak bersesuaian dengan tujuan asal pilihan raya kampus. Tuntutan untuk menggunakan SPR dalam mengurus pilihan raya kampus juga agak pelik kerana kelompok pro mahasiswa inilah yang menyatakan kononnya SPR tidak telus.

5. Bebaskan Mahasiswa Mengurus Tadbir Persatuan dan Aktiviti HEP hanya bertindak sebagai pemudah cara dan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya program dan aktiviti pelajar tidak terpesong dari maksud asal program. Apa yang dikatakan sebagai kebebasan urus tadbir? Persatuan dan aktiviti tidak berdaftar sememangnya akan dihalang kerana setiap aktiviti perlu membawa manfaat kepada mahasiswa secara keseluruhan dan bukan sekadar sebagai alat pihak tertentu. Tuntutan ini tidak lebih sekadar provokasi dan usaha awal untuk menutup terus HEP sebagai jabatan yang mengawal dan mengurus tadbir aktiviti pelajar.

6. Bebaskan Mahasiswa mengambil bahagian dalam Politik. Perdana Menteri sendiri bersetuju meminda Seksyen 15 AUKU yang memberi kebenaran kepada mahasiswa untuk menjadi ahli parti politik dan ia sedang diproses. Kebebasan bagaimana lagi mahasiswa mahukan?

Pergerakan Puteri UMNO percaya, kesemua tuntutan ini hanya bersifat retorik. Bagaimanapun kelompok seperti ini harus didekati sebelum mereka semakin hanyut dalam taktik kotor pembangkang yang hanya memperalat mahasiswa untuk memenuhi keperluan politik mereka yang terdesak.

Sekian, terima kasih.

Thursday, 17 November 2011

AMANAT PRESIDEN UMNO KEPADA KEPIMPINAN SAYAP- SAYAP UMNO 20 NOVEMBER INI

KUALA LUMPUR, 16 Nov – UMNO bakal melakar sejarah apabila buat pertama kalinya, Presiden Parti, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan sendiri amanat penting kepada kepimpinan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO sebelum menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bakal berlangsung hujung bulan ini. 

Majlis amanat yang bakal berlangsung pada 20 November di Dewan Merdeka, PWTC ini dirasakan amat bertepatan pada waktunya memandangkan persidangan kali ini berkemungkinan merupakan perhimpunan yang terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU). 

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam sidang medianya di Parlimen hari ini berkata," majlis anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO ini adalah bertujuan memberi ruang kepada kepimpinan Pemuda dan Puteri peringkat bahagian, berkumpul dan mendengar aspirasi serta harapan Presiden parti sebelum menjelang PRU akan datang". 

“Pergerakan Pemuda dan Puteri merasakan, amanat ini amat penting sebagai satu persediaan kepada sayap-sayap yang mewakili generasi muda selain sebagai persediaan menghadapi Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung hujung bulan ini.

 “Malah ini juga merupakan saluran yang sesuai untuk Presiden parti menyuntik kata-kata semangat kepada Pemuda dan Puteri sebagai bekalan memperjuangkan hala tuju parti dalam memenuhi tanggungjawab membela nasib rakyat serta tanggungjawab menjamin kesejahteraan negara, bangsa dan agama. 

“Kita juga berharap agar generasi muda akan berasa yakin bahawa Pemuda dan Puteri adalah jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap memartabatkan perjuangan parti malah sekaligus mengiktiraf Pemuda dan Puteri sebagai pemangkin transformasi kerajaan,” ujarnya.

 Majlis Amanat Presiden UMNO ini dijangka juga bakal disertai oleh seluruh peringkat kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi Pemuda dan Puteri UMNO seluruh bahagian dan ianya turut akan disertai oleh Timbalan Presiden Parti, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Friday, 4 November 2011

Bukan merdeka tapi seks bebas dan songsang !!!...


Pergerakan Puteri UMNO pelik dengan keghairahan pemimpin-pemimpin Pas menentang program seksualiti merdeka sedangkan mereka juga merupakan pihak yang paling memberi sokongan kepada Datuk S. Ambiga semasa perhimpunan haram yang dinamakan Bersih tidak lama dulu.

Nampaknya Pas terkeliru dengan perjuangan sendiri apabila perhimpunan menghimpunkan sejuta umat Islam bagi menangani gejala murtad tidak menerima sokongan parti itu tetapi dalam hal-hal gejala sosial seperti seks bebas dan songsang mereka beriya-iya pula menyatakan bantahan.

Puteri UMNO ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin Pas, “ Adakah soal iman dan pegangan umat Islam kurang penting jika dibandingkan dengan seks bebas dan songsang? ” sehingga Pas memilih yang kedua dan bukannya isu yang pertama untuk memberi suara bersifat sokongan.

Bukankah pendirian Pas sekarang amat bercelaru sehingga gagal mengenal pasti isu yang patut mereka perjuangkan dan isu yang sepatutnya ditolak?

Puteri UMNO juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan pemimpin PKR menyatakan pendirian tentang program Seksualiti Merdeka yang Ambiga merupakan salah seorang penganjurnya. Kita tidak mahu Anwar berdiam diri dalam hal ini, kerana berdiam diri membawa seribu makna tetapi lebih cenderung kepada bersetuju dengan program tersebut.

Pergerakan Puteri UMNO juga membidas Majlis Peguam yang kini dilihat semakin hilang arah tuju dan menjadikan isu-isu hak asasi manusia terlampau termasuk kebebasan seks sebagai perkara utama yang mendapat tempat dalam perjuangan mereka. Perkembangan terbaru yang menyaksikan sokongan Majlis Peguam terhadap program seksualiti merdeka atau ingin diubah namanya oleh Pergerakan Puteri UMNO sebagai program seks bebas dan sumbang jelas menunjukkan betapa pertubuhan itu kini semakin tersasar dan amat memalukan profesion undang-undang yang kini dilihat menjadi penggerak kepada agenda seks bebas dan songsang.

Pergerakan Puteri UMNO kesal kerana program yang amat bercanggah dengan kemuliaan agama dan tatasusila serta adab resam ini diagung-agungkan oleh Majlis Peguam dan 20 NGO lain serta individu tertentu seolah-olah mereka mahu mencabar kerajaan dan menunjukkan bahawa mereka adalah lebih berkuasa dalam menentukan corak masyarakat di negara ini.

Jika sebelum ini, Majlis Peguam menghalalkan hubungan sejenis menerusi sokongan terhadap individu tertentu yang diketahui umum mengamalkan gaya hidup songsang, kini mereka tidak lagi berselindung di sebalik sokongan sebaliknya menjadi penganjur untuk mempromosikan amalam seks bebas dan songsang di kalangan rakyat tanpa mengira agama yang dianuti.

Sehubungan itu, Pergerakan Puteri UMNO mendesak kerajaan bertegas dan menetapkan pendirian bahawa apa yang diperjuangkan oleh Majlis Peguam tidak akan dibenarkan sama sekali bertapak di negara ini dan sesiapa sahaja yang didapati menjadi dalang untuk melaksanakan program seumpama itu mesti dihukum sekeras-kerasnya.


YB Datuk Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin
( Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia )

Sunday, 9 October 2011

KENYATAAN MEDIA YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Datuk Rosnah Shirlin binti Abd Rashid Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 

Pergerakan Puteri UMNO hairan mengapa Pakatan Pembangkang tidak menubuhkan kabinet bayangan yang sepatutnya diwujudkan terlebih dahulu sebelum mereka boleh `membentangkan' bajet bayangan. Ini kerana bajet bayangan negara pakatan pembangkang mesti dideraf, dibincang dan dipersetujui oleh barisan `kabinet' sebelum ia boleh dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan. Tetapi agak lucu dalam kes bajet bayangan pakatan pembangkang, ia tiba-tiba muncul tanpa diketahui siapa `Menteri Kewangan' dan anggota `kabinet' pembangkang yang telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk dibentangkan kelak.

Pergerakan Puteri UMNO ingin tahu siapa agaknya Menteri Kewangan bayangan pakatan pembangkang. Mungkinkah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau pun Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR atau Menteri Kewangan itu ialah Datuk Seri  Anwar Ibrahim sendiri tetapi beliau telah menggunakan orang lain untuk mengusulkan pembentangan bajet tersebut? Ataupun umpama sudah terang lagi bersuluh, Datuk Seri Anwar cuba mengelirukan dan menipu rakyat sekali lagi sebagaimana yang dilakukan dalam impian menuju ke Putrajaya tiga tahun lalu.

Pakatan pembangkang sepatutnya menamakan siapa Menteri Kewangan dan kabinet bayangan mereka untuk meraih keyakinan rakyat bahawa mereka benar-benar ikhlas dan berani mengusulkan bajet bayangan, bukan sekadar pandai berkata-kata tapi kosong belaka.

Jelas budget kerajaan Barisan  Nasional lebih telus, ikhlas, realistik dan ke hadapan jika dibandingkan denga bajet Pakatan Pembangkang yang lebih bersifat angan-angan Mat Jenin, yang tidak berpijak di bumi nyata dan lebih berlandaskan kepada keinginan mereka untuk memenangi Pilihanraya yang akan datang. 



Datuk Rosnah Shirlin Abd Rashir Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia