Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Monday, 1 August 2011

Yang ini betul-betul sakit, bukan cobaaan..


Menteri Besar Negeri Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkeadaan stabil dan mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Walaupun berlainan fahaman politik, pada bulan Ramadhan yang diberkati dan dimuliakan, semoga Allah memberi rahmat ke atas beliau.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantung ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya." Ujar Mohd Helmi Khalid, Setiausaha Akhbar beliau.


Turut menyusul pada hari ini ialah Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang mengadu sakit jantung dan dihantar segera ke Institut Jantung Negara (IJN). 

p/s : ada masa terfikir-fikir dibenak fikiran, waktu sihat dan mampu menggunakan akal yang waras tidak terfikir pula tentang sakit dan di mana akan mendapatkan rawatan? 

Zalim kah IJN merawat mereka ini maklumlah IJN dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan berada di bawah Kementerian Kewangan.

Thursday, 28 July 2011

Sistem Biometrik VS Dakwat Kekal

Pembangkang berkeras menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan proses pengundian akan menjadi lebih telus menerusi perkongsian maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS tetap dengan pendirian menuntut SPR menggunakan dakwat kekal sambil mendakwa, sistem biometrik tidak praktikal kerana masih baru diguna di Malaysia dan dibimbangi banyak kecacatan.

Gila isim sudah puak-puak pembangkang nih. Macam ni lah bila otak dah kuning dah tak tau membezakan antara baik dan buruk.


Ini dakwaan pembangkang;

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata sistem biometrik memerlukan masa selain kos mencecah RM3 juta untuk diselenggara berbanding dakwat kekal yang lebih praktikal dan murah. 

“Sistem biometrik tidak praktikal kerana ia rumit. SPR perlu betul-betul bersiap sedia mengendalikannya kerana memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi banyak. Kita khuatir SPR tidak akan dapat mengendalikannya dengan baik. Lebih baik gunakan dakwat kekal kerana murah dan praktikal bagi mengelak penipuan,” katanya. 

Mengaku jerlah sudah kalah maaaa.., kenapa mau takut dengan teknologi terkini??

Ini jawapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan yang dikemukakan oleh SPR itu adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan mengelak pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini seperti yang sering didakwa oleh pembangkang sendiri seolah-olah Daftar Pemilih tidak bersih.
"Pas jangan terlalu terburu-buru membuat penolakan sebaliknya memberi peluang kepada SPR untuk mengemukakan cadangan mereka dan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan pihak terbabit sebelum sistem itu betul-betul dilaksanakan.
Dia punya cara pemikiran itu terlalu ortodoks. Cadangan yang dikemukakan oleh SPR adalah untuk menambah baik sistem pendaftaran pemilih dan hendak mengelakkan pelbagai salah faham yang berbangkit sebelum ini.

Wednesday, 11 May 2011

IMBASAN SEMULA KENAPA KITA PERLU SALING MENGHARGAI

Sempena menyambut ulang tahun UMNO ke 65, suka puteri mengajak sahabat mengimbas semula perjuangan Tokoh pejuang bangsa kita, sebagai renungan dan ingatan diri kita, di mana sebenarnya hala tuju perjuangan dalam UMNO.

" orang melayu, china, India, Dan lain-lain kaum yang hendak menumpukan taat setia Dan tinggal bersama serta menumpukan Dan menumpahkan darah serta bekerja membanting tulang di negeri ini, tinggallah dengan baik antara satu dengan yang lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang Ada di dunia. Jadi demgan keadaan demikian tidakkah boleh satu bangsa hendak mengatasi dengan mendapat seratus peratus  faedahnya"- Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj 20 februari 1956 di Padang Bandar Hilir Melaka.


Kemerdekaan tidak diperolehi dengan mudag. Hal ini pembangkang sangat lupa. Mereka sanggup korbankan apa sahaja perkara yang bukan hak mereka sahaja tetapi hak orang lain. Matlamat mereka adalah mencapai impian mereka. kasihan sungguh keran pengikut mereka ini juga jadi alatan untuk naik ke atas.

sengaja lakukan penulisan ringan sempena sambutan ulang tahun UMNO hari ini. Sekadar perkongsian untuk renungan semua.

nota : tahniah kepada 2 tokoh Melayu terbilang UMNO 2011 prof dr Syed Muhammad Naquib Al Attas dan Prof Dr Mazlan Othman

Tuesday, 10 May 2011

PERKARA TIDAK BOLEH DILUPAKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA

Perkara 3(1) iaitu Agama Islam sebagai Agama Rasmi,
Perkara 151(1): Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa melayu.
Perkara 153: Hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan 
Perkara 181: Kedaulatan, Kuasa  dan bidang kuasa Raja raja melayu

Sebelum mencapai kemerdekaan. Satu suruhanjaya perlembagaan telah ditubuhkan pada mac 1956.  Suruhanjaya ini dikenali sebagai Suruhanjaya REID. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Reid dari Britain.  Suruhanjaya ini ditugaskan menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang berasaskan  kepada pemerintahan secara demokrasi berparlimen. Ia diminta untuk mengambil kira perkara-perkara yang menjadi asas penting dalam pembentukan kemerdekaan. Setelah bersidang sebanyak 118 kali menghadapi  pelbagai tapisan, bantahan, akhirnya pada  bulan februari 1957 telah diputuskan perkara-perkara yang dipersetujui.


Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para pemimpin Melayu, Cina  dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan  masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu. Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah  bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah. Ia juga merupakan perkaitan dengan  semangat Perlembagaan. Dengan adanya kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah  dapat dilakukan untuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum  yang mewarnai Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri perlembagaan itu.

Peliknya, kenapa perkara-perkara ini dibangkitkan semula dan dipertikaikan? Sudah lupakah?

UBAH PENDEKATAN

Berubah ataupun rebah. Ayat yang kejam tetapi perlu dijadikan panduan untuk menghadapi situasi politik Malaysia yang sejak akhir- akhir ini sentiasa pasang tidak memperlihatkan tanda-tanda surutnya kecuali pilihanraya umum diumumkan. Itupun hanya seketika sahaja. Tenang kerana kekejutannja mendengar pengumuman siapa calon dalam kawasan. Kemudian Arus mulai deras Dan sudah pasti gelombang ala-ala Tsunami Akan menggegarkan seluruh dunia.

Kepimpinan puteri Dan ahli- ahli puteri perlu berganding bahu untuk mendekati golongan sasaran. Bukan sahaja menarik mereka menyertai puteri UMNO malahan menyedari pentingnya kehadiran mereka dalam sayap UMNO. Peka dengan apa yang disukai golongan sasaran. Itulah intimate utama yang memainkan peranan dalam melaksanakan misi tersebut. Zaman syok sendiri sudah berlalu. Perlu peka, memahami Dan menyedari apa yang dikehendaki. Bukan mahukan mereka mengikut rentak yang sudah berlagu dalam pergerakan tersebut. Kepimpinan puteri sudah berada 3 generasi. Pendekatan dare generasi ke generasi berbeza Dan ia Akan terus berubah mengikuti perkembangan semassa.

Untuk generasi sekarang, persiapan menerima generasi baru kepimpinan puteri, mereka yang diamanahkan perlu sedar bahawa kemahiran menggunakan Internet sangat perlu, bukan itu sahaja, penguasaan berinteraksi dalam berkomunikasi juga sangat penting. Menguasai psikologi juga sangat perlu. Mengetahuinya perkara-perkara yang berkaitan xengan golongan sasar juga sangat perlu. Hal ini bukan sahaja diletakkan ke bahu kepimpinan puteri sahaja, tetapi semua ahli puteri.