Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 23 April 2014

Tragedi Mamali : Musa Hitam Dibayar Putarbelit Fakta Atau Menyesal Keluarkan Arahan Bunuh?

mamali parang2 



Apakah motif Musa Hitam mempertikaikan tarikh Tun Mahathir berada di Malaysia pada hari tragedi Mamali dan dua tiga hari selepas kejadian tersebut? Musa telah berkata, “Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, “Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur.”

Kemunculan Musa Hitam secara tiba-tiba di arena politik negara seolah-olah cuba membantu pakatan pembangkang dalam mencetuskan provokasi dikala mereka ketandusan isu dilihat sebagai tindakan terdesak beliau “seperti dibayar”. Ataupun adakah Musa Hitam “dihantui” rasa bersalah memandangkan beliau merupakan orang yang mengeluarkan arahan pembunuhan ke atas Ibrahim Libya pada pagi 19 November. Dia sendiri yang menandatangani Kertas Putih.

Mengimbas kembali Peristiwa Memali yang berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat. Musa Hitam telah mengeluarkan arahan pembunuhan ke atas Ibrahim Libya pada pagi 19 November. Dia sendiri yang menandatangani Kertas Putih. Sebagai seorang bercita-cita amat tinggi Musa Hitam telah mengingkari nasihat Tun Mahathir supaya menangkap Ibrahim Libya hidup-hidup. Namun kini beliau cuba mengalihkan isu seperti mahu menyalahkan Tun Mahathir sedangkan Musa Hitam merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu.

Walaubagaimanapun Musa Hitam tidak pernah kita persalahkan memandangkan tindakan tersebut ekoran dari tindakan ganas para pelampau agama. Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Sebenarnya tindakan Musa Hitam menuduh Tun Mahathir ada di Malaysia dua tiga hari selepas kejadian Mamali memang satu tindakan yang amat kurang cerdik. Pembohongan beliau telah dapat dikesan dengan begitu nyata.

Dalam ucapan Kit Siang pada 19 November 1985 jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir telah berada di China pada 20 November 1985. Kit Siang – “Tomorrow, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, will be leading a 250-strong delegation to China, the third Malaysian Prime Minister to visit China after the establishment of diplomatic relations between Malaysia and the People’s Republic of China 11 years ago.” kata Kit Siang, ketika itu menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka. Salah seorang delegasi ke China adalah Tan Sri Lee Lam Thye.

Manakala dalam Akhbar Singapura turut melaporkan Tun Mahathir Ke China. Akhbar Singapura, Straits Times pada 20 November 1985 bertajuk ” “Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier of the State Council of the People’s Republic of China”. Pada 24 November 1985, Straits Times memetik laporan Reuters bertajuk “I accept China stand on CPM: Mahathir”.

Dalam artikel tersebut menyebut, Tun Mahathir hadir pada 20 November 1985 untuk lawatan 8 hari dengan delegasi sejumlah 130 orang ahli perniagaan dan 20 orang diplomat. 

Lawatan itu termasuklah ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai. Dalam mukasurat sama, Straits Time turut melaporkan kejadian yang berlaku di Baling, “Baling incident: Law is supreme, says Musa.”

Tambahan pula Musa Hitam turut menghantar Mahathir Di Lapangan Terbang. Gambar dari NST bertarikh 20 November 1985 dengan tulisan bertulis “Datuk Musa Hitam and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad smile as seven-year-old Putri Mohamed Noh comes up to bid the Prime Minister farewell at the Subang Airport. The Prime Minister is leaving for China for a nine-day official visit.”

Selain dari itu juga ada bukti bergambar Kepulangan Tun Mahathir Dari China. Gambar dari NST bertarikh 28 November 1985, bertulis “The Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad being greeted by the newly elected MCA president Mr Tan Koon Swan and MCA youth leader Senator Kee Yong Wee (far right) upon arrival at the Subang Airport. Behind Dr Mahathir is MCA secretary-general Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir is returning from a visit to China.”. Ini membuktikan fakta bahawa Tun Mahathir memang berada di Cina pada 
20 hingga 28 November 1985.

Semasa Tun Mahathir di China beliau telah memeriksa Perbarisan dan gambar itu merupakan bukti Tun Mahathir di sana. Gambar dari NST yang menunjukkan Tun Mahathir memeriksa perbarisan di Peking, China ketika lawatan rasmi. Gambar tersebut bertulis “Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad memeriksa perbarisan setibanya di Peking untuk lawatan rasminya ke China.”. Gambar ini tidak bertarikh tetapi bertulis tahun sahaja iaitu 1985.

Arkib Ucapan Tun Mahathir juga merupakan bukti yang dapat menyangkal tuduhan Musa Hitam. Tun Mahathir menyampaikan 8 ucapan di China. Menerusi arkib ucapan Tun Mahathir pada 1985, satu ucapan bertajuk “The Welcoming Banquet Hosted by H.E. Zhao Ziyang, Premier of the State Council of the People” pada 20 November 1985. Kemudian pada 22 November 1985, Tun Mahathir memberikan satu lagi ucapan bertajuk “The Return Banquet Hosted in Honour of H.E. Premier Zhao Ziyang”. Pada hari yang sama Tun Mahathir memberikan ucapan yang ketiga bertajuk “Qing Hua University, Beijing, Regional Co-Operation: Challenges and Prospects”. Lima lagi ucapan Tun Mahathir disampaikan antara tarikh 23 hinga 27 November 1985 di Hangzhou, Xian dan Guangzhou China.

Tulisan Akademik lawatan Tun Mahathir ke China turut menjadi bukti. Dalam buku karya Joseph Chinyong Liow bertajuk “China and Southeast Asia” mukasurat 290, bertulis “Mahathir first visit to Beijing, in 1985, was also his only visit in the 1980s”. Artikel ini mengesahkan lagi lawatan Tun Mahathir pada era 1980an hanyalah pada tahun 1985 sahaja.

Pembohongan Musa Hitam turut terbongkar dengan Kajian yang mengesahkan Lawatan Tun Mahathir Ke China. Dalam buku tulisan Dr Pobzeb Vang bertajuk “Five Principles Of Chinese Foreign Policies” mukasurat 404 menyatakan “On November 20-28, 1985, Malaysian Prime Minister, Mahathir Mohamad visited China and he meet with Chinese Premier Zhao Ziyang and other Chinese government officials and leaders”.

Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa kewujudan puak pelampau agama ini mengancam keselamatan negara. Namun tindakan pakatan pembangkang menabur fitnah tentang isu Mamali turut dilihat sebagai tindakan provokasi melampau untuk mengancam keselamatan negara. Anak-anak kecil dan ibu-ibu menjadi benteng di hadapan semasa peristiwa Mamali. Ini jelas mereka mempergunakan wanita dan kanak-kanak dalam agenda menentang negara. Gelagat makcik-makcik yang seperti dirasuk jelas dalam dilihat dalam video Mamali. Tindakan pihak polis sebenarnya lebih kepada tindakan mempertahankan diri.

Tambahan pula ayah Ibrahim Libya sendiri menceritakan kesesatan mereka. Sebelum ini timbul isu PAS “makan duit” Tabung Mamali disamping cuba mewujudkan ciri-ciri kurafat kononnya mangsa Mamali mati syahid sedangkan mereka telah mengganas. Kubur mangsa Mamali telah ditabur minyak wangi untuk mewujudkan unsur “syahid”. Sesungguh Islam mahukan kesederhanaan dalam kehidupan. Tindakan puak pelampau bukan tindakan Islam. Wasatiyyah iaitu kesederhanaan yang dituntut dalam Islam.


No comments:

Post a Comment