Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 5 June 2014

Hatinya masih gelora bersama DAP.. Biarlah..

Dyana Sofya jawab ramalan Tunku Aziz
DYANA: Saya tidak akan keluar daripada DAP 
 
Calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau tidak akan keluar daripada parti itu seperti yang diramal oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
Tegas Dyana, beliau akan terus bersama DAP kerana baginya parti itu adalah sebuah parti pelbagai kaum yang sebenar.

"Saya akan tetap berjuang bersama DAP. Tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini. Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Tunku Aziz pada Isnin meramalkan Dyana akan meninggalkan DAP suatu hari nanti apabila beliau sedar parti itu bukannya sebuah parti berbilang kaum. Beliau membuat kenyataan itu berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.

Dalam satu kenyataan media berasingan, Dyana menegaskan pengalaman beliau tidak sama dengan apa yang dilalui oleh Tunku Aziz.

"Saya menyertai DAP sebagai ahli biasa selepas mengenali sesetengah ahli dan pemimpin parti itu. Saya memahami dan mengkagumi perjuangan pemimpinnya serta prinsip kepelbagaian budayanya.

"Saya menghargai konsistensinya dalam membela semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Saya percaya kepada prinsipnya melakukan apa yang betul biarpun ada risiko dan akibat," katanya.

Tambah Dyana, beliau tidak menyertai DAP dengan cita-cita mendapatkan jawatan sebaliknya hanya mahu bersama-sama mereka yang "sealiran fikiran, wawasan dan misi" serta bersama-sama berjuang untuk Malaysia yang lebih sejahtera.

"Dalam DAP, saya menemui kawan-kawan dan rakan seperjuangan," katanya, yang turut menyifatkan DAP baginya bukan lagi sebuah parti politik tetapi sebuah keluarga.

Dyana bagaimanapun berharap kenyataannya tidak disalah tafsir. Katanya, beliau bangga jadi seorang Melayu dan bangga dengan asal-usul serta warisannya.

"Tetapi saya tidak percaya dengan menyalahgunakan (kedudukan kaum) itu sehingga menjejaskan warga Malaysia yang lain," katanya.

Tambah Dyana, beliau yakin Tunku Aziz akan merasai apa yang beliau rasa iaitu semangat Malaysia yang tulen sekiranya bekas senator itu  meluangkan masa yang lebih banyak bersama akar umbi.

Beliau juga percaya sekiranya rakyat negara ini memberikan tumpuan kepada persamaan dan bukannya perbezaan, "kita akan melihat dunia ini sama seperti murid Tahun Satu -- buta warna kulit".

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP selepas pilihan raya umum 2008 dan dilantik sebagai naib pengerusi. Beliau seterusnya dilantik sebagai Senator mewakili Pulau Pinang.

Hubungan Tunku Abdul Aziz dengan DAP bagaimanapun mula tegang apabila beliau secara terbuka mengkritik perhimpunan Bersih 3.0 pada Mei 2012.

DAP kemudian tidak menyambung mandat penggal kedua beliau sebagai senator Dewan Rakyat. Tunku Abdul Aziz tidak lama selepas itu meletakkan jawatan dan mengumumkan keluar daripada DAP.

Dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada Sabtu lalu, Dyana kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti kecil 238 undi.

No comments:

Post a Comment